Friday, 6 March 2009

TENGOK ! UMNO TAK BISING PUN !






Malaysiakini
Mar 6, 09 12:08pm


Setiausaha politik seorang menteri Umno telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, kerana disyaki terbabit dalam rasuah melibatkan RM70,000.

Dia dibebaskan awal pagi semalam.

Difahamkan, menteri berkenaan akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi dalam pemlihan parti itu hujung bulan ini. Berita lanjut :......


Penghuni Gua : Tengoklah wahai semua yang suka memfitnah dan melihat sesuatu dari sudut politik. Bukalah minda anda dan lihatlah dari luar kotak fikiran parti anda dan fikiran anda sendiri. Dalam kes ini tidak adapun UMNO nak kata ini konspirasi ke , nak mempertahankan SU ini ke atau minta SPRM bebaskan ke. Ini kalau yang lain ditangkap atas tuduhan rasuah atau kes jenayah ( liwat ? ) kecoh satu dunia katakan ini konspirasi kerajaan , konspirasi UMNO lah dan sebagainya dengan tuduhan lain tanpa bukti . Jadi bertaubatlah semua yang membuat tuduhan tak berasas dan fitnah. Berikan bukti jika ada. Jangan pandai bercakap aje. Neraka tempat kita kalau asyik memfitnah . Kalau ada kelewatan atau kecuaian dari segi siasatan sepatutnya pihak ini tidak menyalahkan kerajaan . Yang patut disalahkan ialah badan penguatkuasa atau pegawai yang diamanahkan menjalankan penyiasatan tersebut. Kepada UMNO , jangan kompromi tentang isu ini. Bersihkan parti anda dari GEJALA YANG LEBIH HINA dari kucing kurap ini. Jangan sesekali mempertahankan mereka seperti ini sepertimana pihak yang satu lagi lakukan.


Penghuni Gua : Rasuah isteri aje. Itupun rasuah dengan puji-pujian aje. Balasan / habuannnya berbaloi bila matahari mula berlabuh. Huk huk !!.

No comments:

Post a Comment