Berita Harian
27 mac 2009
Shahrir tetap lepas jawatan menteri
KUALA LUMPUR: Datuk Shahrir Samad menegaskan beliau akan melepaskan jawatan menteri selepas tewas pemilihan ahli Majis Tertinggi (MT) Umno semalam. Shahrir yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, beliau akan mengemukakan keputusan itu kepada mesyuarat Kabinet Rabu depan.
KUALA LUMPUR: Datuk Shahrir Samad menegaskan beliau akan melepaskan jawatan menteri selepas tewas pemilihan ahli Majis Tertinggi (MT) Umno semalam. Shahrir yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, beliau akan mengemukakan keputusan itu kepada mesyuarat Kabinet Rabu depan.
"Keputusan saya adalah muktamad kerana berpegang kepada prinsip parti sesiapa yang tidak lagi dipilih dalam MT beliau tidak layak memegang jawatan dalam Kabinet," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Penghuni Gua : Tahniah Dato. Sikap beginilah yang sepatutnya ada di dalam diri setiap pemimpin negara. Inilah sifat dan sikap terpuji yang jarang-jarang dimiliki oleh pemimpin di negara ini. Dengan mengambil tindakan begini ia akan meringankan beban kepada DS Najib yang bakal mengambil alih jawatan PM dalam tempoh terdekat untuk menyusun kabinet baru. Diseru agar semua mereka yang kalah pemilihan Agung semalam ( apa tah lagi yang tak menang dalam pilihanraya umum ke 12) seharusnnya mengambil tindakan yang sama seperti YB Shahrir. Akar umbi sudah menilai dan membuat pilihan. Maka sekarang giliran pemimpin pula untuk membaca isyarat pemilihan tersebut. Jangan anda membutakan mata dan memekakan telinga dan bersifat ingin menongkat langit.
Sekiranya tidak terpilih maka fahamilah dan berlaku gentelmen serta bersikap lelaki sejati. Keluarlah dari barisan kepimpinan. Apatah lagi dalam keadaan begitu sukar DS Najib untuk menyusun strategi bagi memilih pemimpin untuk menangani cabaran ke atas parti dan negara. Segerakan tindakan anda untuk meletakkan jawatan dan mengundur diri secara terhormat. Jangan terhegeh-hegeh menagih jawatan dari pemimpin atasan. Ini akan menyusahkan lagi kepimpinan baru nanti. Dan ada yang lebih teruk , cuba mengugut kepimpinan tertinggi parti dan kerajaan untuk meninggalkan parti serta melakukan sabotaj di dalam pilihanraya sekiranya tidak mendapat jawatan Menteri dan Tim. Menteri , atau S.U Parlimen seperti yang diminta.
Sekiranya anda semua masih berlengah-lengah untuk mengundur diri dari jawatan kabinet yang disandang ian juga akan menyekat dan menafikan peluang pemimpin lain untuk mencurah bakti dan menunjukkan prestasi masing-masing yang mungkin lebih cemerlang dari aanda semua sebelumnya. Jadi berundur lah secara terhormat dan sebagaai seorang gentelmen. Jangan menjadi liabiliti kepada DS Najib dan Tan Sri Muhyiddin.
Banyak lagi perkara yang perlu difikirkan oleh mereka berdua selain dari hendak melayan kerenah anda semua yang telah kalah. Berilah sumbangan anda dalam bentuk yang berlainan dan saluran. Menteri san Tim. Menteri mana yang telah tidak terpilih dalam PAU semalam. Antara yang diingati ialah Tan Sri Mohamad Taib, Dato Azalina, Dato Khalid Nordin, Dato Rais Yatim, Dato Syed Hamid Albar, dan beberapa nama lagi yang lain.
Pada pandangan Penghuni Gua dan pilihan Penghuni Gua yang patut kekal walaupun kalah ialah Dato Rais Yatim dan Dato Syed Hamid Albar sahaja. Yang lain tu faham-faham aje le. Belayarlah sebalum anda dilayarkan. Lebih senang dan memudahkan pemimpin utama membuat keputusan. Sebab apa Penghuni pilih mereka , kerana mereka pemikir dan tegas dalam tindakan dan momentum mereka tetap stabil dalam keadaan apa sekali pun. Keduanya tidak nampak macam lalang. Mereka mempunyai pendirian dan kekal dengan pendirian tersebut.
Penghuni Gua : Selamat bersara YB Dato Shahrir. Anda telah menjalankan tugas Menteri dengan cemerlang. Tahniah atas tindakan anda tersebut dan anda adalah pemimpin sejati. Begitulah sikap anda dari dulu. Disitulah penghormatan saya terhadap Dato.
Benarkah Kerana Prinsip?
ReplyDeleteDatuk Shahrir Samad menegaskan beliau akan melepaskan jawatan menteri selepas tewas pemilihan ahli Majis Tertinggi (MT) Umno semalam. Shahrir yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, beliau akan mengemukakan keputusan itu kepada mesyuarat Kabinet Rabu depan.
"Keputusan saya adalah muktamad kerana berpegang kepada prinsip parti sesiapa yang tidak lagi dipilih dalam MT beliau tidak layak memegang jawatan dalam Kabinet," katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Shahril memang terkenal dengan perjuangan politik melalui prinsip. Prinsip yang dipegang oleh Shahril jarang-jarang ada di kalangan ahli UMNO. Menteri ini ketika di zaman payahnya pernah membuka kedai dobi untuk meneruskan kelangsungan hidupnya. Shahril yang diketahui umum adalah penyokong kuat Pak Lah. Perlu diingat barisan kabinet diwaktu ini adalah daripada team B yang didominasikan oleh penyokong Kuli dan Musa Hitam. Kemasukan Shahril dalam arus perdana politik negara adalah atas kehendak Pak Lah.
Saya ingin mengaitkan perletakan jawatan Shahril ini dengan kemenangan TS Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO. Hubungan Shahril dengan Muhyiddin tidak lah semesra mana walaupun mereka datang dari negeri dan parti yang sama. UMNO bahagian Johor Bahru sendiri mencalonkan Ali Rustam sebagai calon Timbalan Presiden UMNO dalam mesyuarat bahagiannya. Shahril yang terkenal dengan cara menongkah arus sekali lagi melawan arus kepada Badan Perhubungan Negeri Johor yang menyokong TS Muhyiddin.
Kemenangan Muhyiddin menjanjikan zaman gelap kepada Shahril yang berkemungkinan tidak akan dilantik semula sebagai menteri jika berlaku rombakan kabinet dalam waktu terdekat. Sebelum rombakan kabinet, Shahril sudah mengangak kedudukannya sebagai menteri seperti telur dihujung tanduk.
Sebelum apa-apa berlaku, Shahril mengambil langkah bijak dengan meletakkan jawatan terlebih dahulu. Tindakan Shahril ini boleh dibaca jika melihat kepada sejarah Perhimpunan Melayu Johor (PMJ).PMJ diadakan berikutan wujudnya perpecahan di kalangan orang Melayu terutama di Johor apabila UMNO diharamkan pada 1987. Persaingan sengit merebut jawatan pucuk pimpinan UMNO antara Team A di bawah Dr Mahathir dengan Team B yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Musa Hitam (Tun). Kekalahan Team B telah mengheret UMNO ke mahkamah.
Golongan yang kecewa ini cuba menyediakan satu alternatif baru kepada orang Melayu dengan menubuhkan parti Semangat 46 (S46). Sebagai parti serpihan UMNO, parti S46 turut menjadikan konsep dan falsafah perjuangannya sama seperti UMNO. Orang Melayu yang berpecah-belah sama ada bertahan di dalam UMNO, atau menyertai S46. Gelora perpecahan Melayu ini semakin parah apabila diadakan Pilihan Raya Kecil Parlimen Johor Bahru dan Dewan Undangan Negeri Parit Raja.
Di Johor Bahru Datuk Shahrir Abdul Samad (bekas setiausaha politik Tun Musa)mengosongkan kerusi parlimen yang dimenanginya atas tiket Barisan Nasional pada 1986. Shahrir cuba menguji kekuatan UMNO dengan bertanding semula atas tiket bebas yang ditaja oleh kumpulan S46. Pilihan Raya Kecil Parlimen Johor Bahru diadakan pada 25 Ogos 1986, iaitu hampir tujuh bulan selepas UMNO diharamkan.
Ramai penganalisis politik tidak melihat pilihan raya itu sebagai medan menguji kekuatan UMNO. Sebaliknya mereka berkata ini hanyalah satu ujian populariti. Johor Bahru adalah kubu kuat Shahrir. Beliau menang pilihanraya itu bukan kerana parti S46 kuat dan UMNO lemah tetapi populariti Shahrir sendiri mengatasi faktor yang lain. Peristiwa ini berlaku ketika Muhyiddin sebagai Menteri Besar Johor. Pada ketika itu Muhyiddin adalah berpihak kepada Tun Mahathir sedangkan Shahril lebih condong kepada Tun Musa.
Shahril secara sekilas pandang memang tidak serasi dengan Muhyiddin. Jadi saya melihat, benarkah perletakkan jawatan Shahril berasaskan kepada prinsip atau faktor kemenangan TS Muhyiddin?
Amir Hamzah
Batu Pahat
www.amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com