Thursday, 9 April 2009

ATLANTUYA : PEMBUNUHNYA DI GANTUNG SAMPAI MATI



Berita Harian
9 apr 2009

Azilah, Sirul dihukum gantung bunuh Altantuya

KUALA LUMPUR: Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Prosiding perbicaraan kes bunuh Altantuya masuk hari ke-160 hari ini. Pada 31 Oktober 2008, Abdul Razak Abdullah Baginda dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan bersubahat dengan kedua-dua tertuduh kerana membunuh Altantuya.

Penghuni Gua : Kehakiman kita tetap utuh. Hanya anai-anai sahaja yang masih bising dan menfitnah tak berhenti-henti. Mereka ini jika dapat memerintah negara akan menggunakan prinsip "Rule By Law". Berbanding kerajaan sekarang yang mengamalkan prinsip " Rule of Law ".


Ini jika dilihat tindakan-tindakan mereka yang kerap menabur fitnah dan membuat tuduhan melulu dan tanpa bukti mendesak pihak berkuasa menjalankan siasatan. Jika tak siasat maka kerajaan dikatakan memihak. Inilah kalau meletakkan undang-undang ditangan sendiri dan mentafsir undang-undang mengikut selera masing-masing.

1 comment:

  1. Sepatutnya sesiapa yang masih menyebar fitnah patut dihukum juga.

    Memfitnah ini lebih kejam dari membunuh.

    Cari mereka ini.

    ReplyDelete