Friday, 3 April 2009

BERSYUKURLAH KITA BERADA DI MALAYSIA !


Bersyukurlah kita hidup dan menjadi warga negara Malaysia. Kita tidak mengalami keadaan yang buruk serti peperangan atau pun bencana alam yang teruk atau keadaan seperti dalam gambar di atas. Insaflah semua orang muda. Perjalanan anda masih jauh. Hidup ni susah. Jadi jangan musnahkan apa yang ada dengan harapan dan impian akan mendapat sesuatu yang lebih baik pada pandangan kita. Yang kita impikan dan citakan itu belum tentu baiknya. Boleh kita bayangkan segala yang dicitakan tetapi yang yang kita angankan.

Bernegara ini sesuatu yang komplek. Ia bukan boleh diujikaji dan boleh dimainkan. Asas pembentukan negara jangan mudah nak dipinda dan diubah. Perkara lain boleh diubah. Asasnya jangan. Ia akan merobohkan sesebuah negara dan semua yang hidup di dalamnya.

Kita boleh mengkritik apa yang kerajaan lakukan dan buat untuk kita. Tetapi berikan cadangan dan pilihan. Bukan semistinya dengan memaki hamun, memfitnah dan mencerca. Ini tak membantu membina negara.

Jadilah kita rakyat yang bertanggungjawab dan setia pada negara. Bertanggung jawab atas semua yang kita buat. Terutama tentang tulisan dan pandangan serta kritikan kita. jagalah negara ini dengan baik .

Apa pun, kita kena ingat, Malaysia adalah tempat terbaik untuk dihuni oleh semua manusia di bumi ini. Percayalah. Jadi jaga dan peliharalah baik-baik kerana anda yang muda adalah pewarisnya. Jangan rosak kan apa yang ada. Jangan rosakkkan juga kerana kita ingin sesuatu yang belum tentu baik pada keadaan sebenarnya. Fikirkan untuk kehidupan 27 juta penduduk Malaysia yang lain.

No comments:

Post a Comment