Friday, 24 April 2009

CABARAN DEBAT YB DATO SERI RAIS : ZAID SETUJU

Malaysiakini

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyahut cabaran berdebat dengan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.Rais mendakwa Zaid sering dipetik oleh media asing untuk memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Oleh itu, Rais mencabar Zaid untuk berdebat di khalayak ramai jika beliau yakin dakwaan terhadap Najib itu benar.


"Saya tidak tahu apa yang dicakap atau dirujuk oleh Rais mengenai serangan terhadap Najib melalui media asing," kata Zaid.

"Tetapi jika beliau memberitahu secara khusus mengenai apa yang beliau mahu debat, saya bersedia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja," katanya kepada Malaysiakini. : Beita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Kepada YB Dato Seri Rais Yatim PG cadangkan jangan buang masa berdebat dengan zaid. Bukan ada faedahnya. Siapa dia. Zaid bukan apa-apa. Di Kelantan sendiri pun dia terpinggir. Apa lagi di peringkat persekutuan.


Berilah apa tiori dan hujah. Mereka yang pandai bercakap ini tidak akan terima . Orang yang pandai bercakap ini biasalah bukannya buat kerja. Hanya boleh bercakap dan kritik orang. itu sahaja. Bukan orang macam ni ada idea dan cadangan yang konkrit.


Lihat sahaja apa yang dia buat sepanjang bergiat dalam UMNO. Hanya kemusnahan . baik di Kelantan dan di peringkat pusat. Bahagian Pengkalan Chepa pun orang tak dengar cakapanya dan tak ada apa pun idea untuk bangunkan Pengkalan Che[a ke atau Kota Bharu ataupun Kelantan.


Sumbanganya yang ketara sepanjang penglibatannya dalam politk bersama UMNO ialah dia kaya raya kerana dasar ekonomi baru ( dapat jadi peguam atas perjanjian kontrak kerajaan : walaupun itu yang ditentangnya ) dan yang nyata lagi, pergolakkan sentiasa berlaku di pengkalan Chepa dan Kelantan keranannya. Kerana ia pandai sangat bercakap.


Dalam jabatan kerajaan pun , lihatlah. Mana kakitangan yang pandai bercakap dan mengkritik bos ni mana buat kerja. Asyik mengutuk orang adalah depan bos. Kerja haram tak buat. Tapi kalau dengar cakap mengalah Prof di universiti.


DSAI pun , kita lihat! apa sumbangannya pada Malaysia. Tak ada. Jahanamkan ekonomi Malaysia ada le. Mujur Tun Mahathir selamatkannya.


Berbalik kepada hasrat Dato seri rais nak berdebat dengan Zaid tu , pada pandangan PG tak usah le. Buang masa berdebat dengan orang begini. Bukan boleh menghasilakn apa-apa idea pun. Sekadar berdebat dan nak tunjuk kepetahan bercakap sahaja. Buang masa. Perkasakan RTM lagi baik. Biar rakyat faham tentang dasar 1 Malaysia. Lagi ada faedahnya. War-war kan seluas mungkin tentang konsep dan dasar ini. Ramai lagi yang tak faham.


Sekali lagi kepada Rais. Tak payahlah layan manusia jenis ini. Di Kelantan pun dia tak laku. Pergi le kesana kalau tak percaya. Sekarang mungkin ada le sikit boleh bersuara. Mungkin PAS nak pergunaknya untuk memburukkan UMNO. Itu memang kepakaran PAS le. Jadi bairakanlah. Debat tak usah buat.

No comments:

Post a Comment