Penghuni Gua : Ini gambar terbaru darurat di Thailand. Jangan sesekali ini dibenarkan terjadi di negara kita. Ia terjadi kerana kerajaan dilihat lemah dalam menguatkuasakan undang-undang dan pihak kerajaan tidak dapat mengawal dan menguasai pasukan keselamatan. Pasukan keselamatan menganggap kerajaan tidak pernah bertanggungjawab.
Pasukan keselamatan kerap dipersalahkan jika terjadinya pertumpahan darah. hari ini Tim Perdana Menteri Thailand terpaksa merayu agar tentera dan polis agar menguatkuasakan darurat. Jadi kepada kerajaan Malaysia, tentukan kita bertegas dari awal. Jangan berulang lagi apa yang telah terjadi dalam pemerintahan sebelum ini di mana kerajaan dilihat tidak tegas dan lemah dan pasukan keselamatan juga dibiarkan untuk diperlekeh dan dihina.
Jagalah pasukan ini ( PDRM ) kerana merekalah yang menjaga ketuanan negara ini setiap kali krisis berlaku. Jangan sehingga terjadi seperti di Thailand.
Betul tu, sebelum nasi menjadi bubur, lakukan tindakan awal.
ReplyDeleteJangan berlembut dengan pengkhianat Negara ini.
Jadikan ape yang berlaku di negara tetangga sebagai pengajaran wat kita.