Saturday, 11 April 2009

DEMONTRASI DI PATTAYA THAILAND : PETUNJUK ISA TIDAK BOLEH DIUBAH / DIHAPUS

Berita Terkini di Thailand

Kesudahan yang tak dijangka: Najib

PATTAYA: "Satu kesudahan yang tidak dijangka", begitulah gambaran yang diberikan Datuk Seri Najib Razak berhubung penangguhan Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan sidang kemuncak berkaitan apabila beliau mengadakan sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di sini, hari ini. Ditanya mengenai apa yang dilaluinya hari ini, Perdana Menteri berkata:


"Ia satu hari yang mengecewakan. Saya sudah tentunya bersedia untuk bertemu mereka (pemimpin lain pada sidang kemuncak berkenaan). Saya berasa tidak sabar untuk menemui mereka. "Malangnya, pertemuan itu tidak dapat diadakan. Kami tidak pasti apa yang akan berlaku selepas itu, jadi saya berada dalam keadaan tertanya-tanya."



Najib berkata, beliau diberitahu mengenai penangguhan itu pada tengah hari. Ketika kekalutan itu berlaku, Menteri Luar, Datuk Anifah Aman, dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, sedang menikmati jamuan tengah hari berhadapan tempat persidangan Royal Cliff Beach Hotel. Seorang pegawai Malaysia yang turut hadir berkata mereka melihat ramai anggota tentera bersenjata memasuki dewan jamuan.

Ketika ditanya apakah yang sedang berlaku, rakyat Thailand (yang berada di situ) dengan yakin menyatakan bahawa anggota tentera itu ingin makan tengah hari," katanya . Berita lanjut : KLIK

Berita Harian

11 apr 2009

1. Pemimpin Asean dibawa keluar dengan helikopter

PATTAYA: Helikopters mula membawa keluar pemimpin negara anggota selepas tunjuk perasaan anti-kerajaan Thailand memaksa Sidang Kemuncak Asean dan sidang kemuncak berkaitan ditunda. Wartawan AFP melaporkan Presiden Filipina, Gloria Arroyo, menaiki helikopter awam yang mendarat di bumbung resort mewah tepi pantai di Pattaya di mana persidangan itu diadakan. Police pula berkata Perdana Menteri Myanmar, Thein Sein, juga dibawa keluar dengan helikopter ke padang terbang tentera berhampiran. - AFP


2. Penunjuk perasaan tinggalkan hotel, Najib selamat

PATTAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang sedang menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke 14 selamat walaupun hotel penginapannya Royal Cliff Grand Hotel dan Spa di sini cuba diserbu masuk oleh perusuh anti-kerajaan Thailand kira-kira jam 2 petang tadi. Bagaimanapun, perusuh terbabit sudah meninggalkan tempat itu setengah jam kemudian selepas rundingan dengan pasukan keselamatan. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Dua berita di atas jelas menunjukkan bahawa apa yang berlaku di Pattaya Thailand semasa PM Malaysia hadir di sana untuk urusan rasmi akan berlaku di Malaysia jika hasrat kerajaan untuk tunduk kepada desakan bagi menghapus / mengubahsuai ISA. Juga peristiwa ini akan berlaku juga di negara ini jika kerajaan mengambil tindakan popular dan berlembut terhadap perosak negara ini atas nama hak asasi manusia dan demokkrasi.

Betapa terjejasnya kerajaan Thailand di mata dunia. Siapa yang akan melabur modal berbillion ringgit jika pasukan keselamatan di lihat lemah dalam menangani peristiwa ini. Bagaimana menurut pelabur asing , penguatkuasa akan melindungi aset mereka jika melabur di Thailand ? Adakah selamat aset mereka. ?

Jadi kepada kerajaan Malaysia : Jangan sesekali mengubahsuai ISA untuk menjadi popular. Jika pengubahsuaian itu untuk memperketatkan lagi hukuman dan memudahkan lagi prosedur penahanannya termasuk memudahkan asas untuk penahanan seseorang , Penghuni Gua 100 % bersetuju. Semua negara barat membuat undang-undang anti pengganas mereka dengan begitu keras. Adakah kita ingin mengundur kebelakang. Ia akan membawa penyesalan yang tak sudah jika apa-apa berlaku kepada negara ini dari segi ancaman keselamatan.

Bapa Hak Asasi manusia Dunia ( USA ) pun mengambil contoh ISA kita dalam menggubal undang-undang anti pengganasnya ( Patriot ). Adakah kita hendak mengundur jauh kebelakang dengan ancaman pengganas yang begitu canggih untuk mengancam sesebuah negara termasuk negara kita? Adakah kita hendak menggunakan undang - undang yang begitu mudah dan selekeh untuk menentang mereka yang begitu sofistikated ?

Ingat. Keselamatan negara adalah keutamaan terpenting. Hak asasi awam adalah yang teratas. Bukan hak asasi individu.

Penghuni Gua : Penyokong tegar ISA. Selamatkan ISA. Selamatkan ISA. Selamatkan ISA !!

No comments:

Post a Comment