Thursday, 16 April 2009

GANTUNG YB SIVA : TAK SAH , KATA HAKIM

Kemas kini 1738 hrs

Utusan Malaysia

Terima keputusan mahkamah dengan sebaikanya - Dr. Zambry
16/04/2009 5:02pm

LUMUT 16 April — Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir meminta pihak pembangkang di Perak dan penyokong mereka menerima dengan baik dan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan perintah penggantungan terhadapnya dan enam anggota exco negeri daripada menghadiri persidangan dewan undangan negeri.


Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel lima anggota diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.

Mahkamah itu memutuskan bahawa perintah penggantungan itu selama 18 bulan ke atas Zambry dan 12 bulan ke atas anggota exco itu oleh Speaker negeri V. Sivakumar adalah melampaui perlembagaan negeri, oleh itu tidak sah dan batal. - Bernama

PUTRAJAYA 16 April - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan penggantungan Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abdul Kadir dan enam Exco Kerajaan Negeri yang dibuat oleh Speaker, V. Sivakumar adalah batal dan tidak sah kerana seorang speaker tidak ada kuasa berbuat demikian.



Penghuni Gua : Tahniah YB Dato Zambry. Segera hadir ke dewan dan buat undian untuk memilih speaker baru serta merta dalam sidang DUN ini. Jangan dilengahkan lagi kerana ia akan di manipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Sidang DUN ini penting untuk di selaraskan dari segi pengantian Speaker dan Tim. Speaker kerana dala tahun ini juga iaitu pada Nov atau Dis 2009 , bajet akan dibentangkan oleh kerajaan negeri. Jadi jangan berlengah lagi.



Juga tahniah sekali lagi dan kepada PR yang kalah itu , mengaku aje lah. Proses mahkamah sudah menentukannya. Jangan nak putar belitkan lagi. Atau anda semua nak tuduh hakim pula berat sebelah dan tidak adil.



Kepada Sikumar, bacalah undang-undang lebih sikit dan tanyakan pendapat kedua. Kalau setakat ijazah undang-undang ijazah pertama tu, banyak lagi le kena belajar. Itu pun kelas rrendah sekali kot.


Dalam hal ini Penghuni Gua nak tanya satu aje kepada Prof Aziz Bari ini tempat berpautnya orang PAS bila nak bincangkan politik Perak . Apa komen anda. Hakim tersilap dan tidak berpelembagaan?. Bertukarlah pandangan anda sikit dengan orang lain barulah pendapat kita lebih berhemah dan lebih mantap.



Kalau asyik dikelilingi orang yang sama pendapat, kita jadi jumud. Dengar tepukan dari hadirin memang lah bergemuruh. Tapi sokongan itu sokongan yang membawa rebah. Jengok keluar jendela anda sikit. Dalam hal ini Penghuni Gua lihat pendapat Prof Dr Rani dari Universiti Islam Antarabangsa adalah begitu mantap dan sama dengan keputusan YAA hakim di atas. Tahniah Prof Dr. Anda tidak seperti loyar buruk yang lain yang merosakkan fikiran rakyat. Anda telah jalankan tanggungjawab anda dengan baik. Tahniah.



Kepada penyokong PR, jangan pula anda baring atau tidor pula di tengah jalan depan mahkamah di Putra Jaya atau Ipoh pulak. Burok benor nampaknya.

2 comments:

  1. isunya sekarang, apakah tindakan jenayah (pendakwaan) akan diambil terhadap beliau?

    Bermakna masaalah besar akan menimpa Speaker kerana “pandai-pandai” menggantung mereka-mereka tersebut dengan menggunakan kuasa yang salah atau salah guna kuasa (apa bezanya –fikir sendiri).

    Dibawah kanun Keseksaan (dibawah), jika sabit kesalahan, hukumannya (termasuk mereka2 yang bersekongkol juga) adalah berat;

    121B. Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Rulers or Yang di-Pertua Negeri.
    Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.

    121C. Abetting offences under section 121A or 121B.
    Whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.

    124. Assaulting Member of Parliament, etc., with intent to compel or restrain the exercise of any lawful power.
    Whoever, with the intention of inducing or compelling or attempting to induce or compel a member of Parliament or of any Legislative Assembly or of any State Executive Council to exercise or refrain from exercising in any manner the lawful powers of such member, assaults or wrongfully restrains, or attempts wrongfully to restrain, or overawes by means of criminal force, or the show of criminal force, or attempts so to overawe, such member shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah (Jabatan Undang2 Awam)
    Kulliyah Undang2 IIUM

    ReplyDelete
  2. Terimakasih En Arif Omar,

    Kertas Perlembagaan Persekutuan adalah kertas asas (core paper) bagi semua orang/ pelajarr/ graduan yang memiliki Sarjana Muda Undang2 (LL.B). Maka saya tidak nampak relevannya samada seseorang itu pensayarah atau tidak ataupun pensyarah itu mengajar subjek (Perlembagaan Persekutuan) tersebut.

    Apapun seseorang Pensyarah yang mengajar subjek tersebut sepatutunya memilik kelebihan. Pun begitu, isu Kemelut Perak biasanya tidak didedahkan (diajar) dalam syalabus itu kepada pelajar2 ataupun Pensayrah itu sendiri mengetahui akannya kecuali pensyarah itu sendiri menyelidiki isu itu dan undang2 berkaian.

    justeru, bila kemelut Perak ini terjadi, Isteri saya memgomel kenapa saya menghabiskan banyak masa memberikan komen dalam blog2. Saya mengatakan bahawa mungkin selepas ini, jika saya tidak babitkan diri dengan memberikan pandangan saya, mungkin saya tidak berpeluang lagi kerana isu seperti kemelut Perak tidak datang selalu. Dari sisnilah saya dapat uji ketajaman tafsian dan keberanian pemahaman undang2 saya. Jika pandangan itu diberikan selepas keputusan dibuat - apa gunanaya - siapa2pun boleh buat begitu. Apa gunaya digelar "panglima perang" contohya jika semasa perang tidak pergi berperang? Dalam keadaan peranglah, seorang panglima perang berkesemapatan pergi menunjukkan kebolehan dan keberanian dia berperang. Ini adalah perang tak selalu berlaku.

    Saya amat kesal,ramai pensyarah2 Undang2 termasuk yang mengajar subjek Perlembagaan Persekutuan "dayus" dalam memberikan komen dan berdiri atas pagar dan meliat saja. Dalam hal ini, saya hormati Prof Dr Aziz Bari, rakan sejabatan dengan saya kerana berani memberikan pandangan walaupun pandangan beliau tidak diterima oleh kelima-lima Yang Amat Arif Hakim2 Mahkamah Persekutuan yang memberikan keputusanyang sepakat.

    Di Fakulti Undang2 kita bukan belajar Undang2 tapi membaca Undang2 (read law not study law). Maka intipatinya ialah menghayati pembacaan Undang2 itu dan dalam hal ini,biasalah tafsiran satu dengan yang lain akan terdapat perbezaan pendapat. Inilah yang menyeronokkan kerana yang menang biasanya adalah bagaimana dia menghujahkan pendapatnya dengan baik dan menyakinkan.

    Adakalanya saya dicemuh kononnya saya tidak layak memberikan apa-apa komen hanya kerana saya tidak mengajar subjek tersebut. Apakah, Karpal Singh, Presiden Majlis Peguam, En Sulaiman (adjunct Professor of Law di IIUM) dan sebagainya juga mengajar subjek tersebut?

    Perlembagaan Persekutuan terlalu luas untuk di kuasai oleh mana-mana orang kerana satu Artikel contohnya merupakan satu subjek tersendiri. Contohnya, untuk memahami "kebebasan Peribadi - personal liberty" seorang pensyarah itu perlu mengetahui bukan sahaja artikel 5 perlembagaan tetapi dibaca bersama Kanun Prosedur Jenayah, Kanun Keseksaan, ISA dan banyak lagi. Itu hanya nak mendalami satu srtikel sahaja belum menyentuh artikel=artikel lain dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kebebasanberagamaatau kebebasan berpersatuan dan banyak lagi.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 (jabatan Undang2 Awam)
    Kulliyah Undang2 IIUM

    ReplyDelete