Monday, 6 April 2009

KEMATIAN KUGAN : LAPURAN JAWATANKUASA BEBAS

Utusan Malaysia

Kugan mati akibat paru-paru berair
06/04/2009 4:58pm

PUTRAJAYA 6 April – Jawatankuasa Bebas Siasatan kes kematian A. Kugan mendapati punca kematian tahanan itu adalah disebabkan paru-paru berair akibat radang jantung dan diburukkan lagi oleh kecederaan berganda akibat objek tumpul. - Utusan

Penghuni Gua : Akhir terurai juga tentang sebab musabab kematian penjenayah K. Kugan yang sebenar. Sebelum ini PDRM teruk dipersalahkan kerana dikatakan melindungi anggotanya atas tuduhan membunuh Kugan. lapuran doktor yang pertama yang diumumkan oleh PDRM Selangor tentang sebab-sebab kematian Kugan adalah disebabkan paru-paru berair tidak dipercayai.

Berbagai pihak menuding jari kepada pihak polis termasuk dari pemimpin kerajaan.Rumah mayat disebu dan barang bukti diganggu oleh keluarga penjenayah ini. Dan mereka mendakwa pihak polis membunuh Kugan atas kesan kecederaan fizikal ditubuhnya yang dilihat semasa serbuan ke rumah mayat tersebut. Kes kemudian di klasifikasi sebagai kes bunuh oleh Peguam Negara. Kemudian atas permintaan keluarga penjenayah ini, pembedahan kedua dilakukan tanpa kehadiran pegawai penyiasat polis. Lapuran kedua dilihat bercanggah dengan lapuran post mortem pertama.

Jadi dari semua senerio di atas jelas pihak polis bercakap benar berdasarkan sidang akhbar berkaitan kematian K. Kugan oleh Ketua Polis Selangor : Dato Khalid. Bahawa kematian penjenayah ini adalah atas sebab paru-paru berair.

Kesannya : disebabkan banyak pihak ingin menjadi jaguh dan tanpa mengikut prosedur yang betul mengikut undang-undang akhirnya pihak polis menerima kesan yang amat buruk. PDRM diperlekeh hingga ke maruah yang serendahnya.

Dengan lapuran dari Jawatan kuasa Bebas ini apakah mereka yang memburukkan dan memperlekehkan PDRM dan Potologist pertama yang melakukan post mortem ini akan memohon maaf. Atau ada lagi dakwaan lain selepas ini ?

Pihak polis sewajarnya mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanggung jawab sehingga kes ini menjadi isu. Kesalahan mengusik dan mengubah bahan bukti ( menyentuh mayat penjenayah ini di rumah mayat ) adalah satu kesalahan yang serius yang tidak boleh dimaafkan. Ia akan dan telah mencacatkan kes.

Jika kes ini tidak dapat dibawa ke mahkamah disebabkan perkara di atas atau mahkamah akan membuang kes apabila dibicarakan juga atas sebab yang sama, maka mereka ini akan terus mempertikaikan siasatan pihak berkuasa dalam cara yang berlainan dan menjadikan ia isu politik dan perkauman sempit.

Jadi belajarlah sesuatu dari isu ini. Ini seruan kepada semua pihak. Ada perkara yang boleh dipolitikkan ada perkara yang perlu dilihat secara holistik dan secara telus dan jujur / rasional.

Kerosakan kepada kementerian kesihatan dan PDRM telah berlaku. Siapa yang akan membayar harga kerosakan ini.?

Jawapannya : semuanya akan cuci tangan.

Penghuni Gua : Hanya cuci mulut.

No comments:

Post a Comment