Monday, 13 April 2009

KEPUNGAN KEDIAMAN PM AUSTRALIA :

Berita Harian
13 apr 2009

Polis dikerah ke kediaman Perdana Menteri Australia di Sydney


MELBOURNE: Polis rusuhan dikerah ke kediaman Perdana Menteri, Kevin Rudd di Kirribilli House di Sydney malam tadi selepas lebih 1,000 penunjuk perasaan Tamil yang membuat bising enggan meninggalkan kawasan itu.


Penunjuk perasaan yang mengibarkan bendera merah Tamil dan melaungkan 'kebebasan' mendesak supaya dilaksanakan segera gencatan senjata dan meminta tentera kerajaan Sri Lanka menghentikan operasi terhadap pemberontak Tamil Tiger di bahagian timur laut negara itu, lapor Australian Associated Press (AAP).


Tiga orang daripada penunjuk perasaan itu yang mogok lapar, berkata mereka rela 'mati kebuluran' bagi menarik perhatian terhadap nasib keluarga mereka yang kini menghadapi serangan bom berterusan kerajaan di sana. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Ini juga akan berlaku di negara ini. Dan sedikit sebanyak sudah pun berlaku walaupun mereka masih belum bertindak mengepung rumah pemimpin negara. Jika dibiarkan , tidak mustahil ianya akan berlaku. Elemen dan ciri-ciri yang yang hampir sama sudah pun ada. Jika kerajaan tidak bertegas menangani isu -isu kaum dan demontrasi jalanan serta berbagai demontrasi yang dijalankan di negara ini maka ia pasti terjadi .


Kejadian lebih buruk bukan mustahil berlaku. Kerajaan harus mengambil tindakan proaktif dalam menangani perkara ini. Jangan sesekali berlembut. Selain itu ramai juga mereka yang bersimpati terhadap LTTE di Malaysia. Salah seorang pemimpin pembangkang pun adalah seorang penyokong kuat LTTE : KLIK


Jadi kepada kerajaan jangan sesekali bertolak ansur dengan segala gerakan kebebasan dan demontrasi walau apa namanya sekalipun seperti hak asasi atau kebebasan.


Beraninya mereka ni tak kira di mana. !!!!!!!!!!!!!!!!! Tunjukkan keberanian kerajaan pula. Bertegas !!

No comments:

Post a Comment