By: Ramjit
KUANTAN, 11 April (Bernama) -- MCA akan membentuk satu jawatankuasa khas bagi memantau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menteri dan timbalan menteri daripada parti itu bagi setiap tiga bulan, kata Presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat................................................Mengenai tindakan yang akan diambil sekiranya prestasi menteri dan timbalan menteri terbabit kurang memuaskan, Ong berkata mereka tidak akan disingkirkan serta-merta sebaliknya dibantu terlebih dahulu dengan mengenalpasti punca masalah dan penyelesaiannya."Kalau masih lagi lemah, itu kena dilaporkan kepada pucuk pimpinan parti," katanya. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Apa ni. Dalam keadaan yang terdesak ni MCA nak bercakap berlapik lagi. Dahlah KPI anda dalam 2 PRK baru ni pun menunjukkan KPI paling bawah, sepatutnya jika KPI dalam pentadbiran sebagai menteri kabinet juga rendah buang terus mereka ini. Jangan cakap berlapik aje. Apa lagi nak kenal pasti punca masalahlah, dan sebagainya. Membazirkan duit kerajaan sahaja. Kalau prestasi anda kurang dari bekas YB Chan Kong Choy atau bekas Menteri Lim Liong Sik ke , baik anda semua letak jawatanlah. Hanya memalukan BN aje.
Cukuplah Kerajaan diperbodohkan oleh anda dan semasa PRK baru-baru ini. Ke mana anda semua. Asyik mendesak dan menuding jari dan meminta pemimpin UMNO minta maaf pandailah. Lain pada tu, anda hanya pandai bermain politik dan untuk kekalkan kedudukan masing-masing dan menjadi pembangkang dalam kerajaan. Dapat menteri kurang pun bising dan buat mesyuarat tergempar. Lihat dan cermin muka anda sendiri.
Kepada MCA, Jadilah anda semua seperti MCA semasa dahulu dan terakhir seperti masa Lim Liong Sik atau Dato Chan Kong Choy. Ini menteri yang ada Standard. Cara bercakap, berfikir dan cara berpolitik serta stail mentadbir kerajaan sebagai menteri bertaraf dunia. Jadi wakil kerajaan ke luar negara pun tidak memalukan kerajaan. Yang sekarang ni ? Alahai..............!Penghuni Gua : Cermin diri sendiri. dan fikirkanlah
Nota : MIC pun nak tunjuk besar kepala dengan nak ancam keluar kabinet walaupun masih kekal dalam BN. Keluarlah dengan terhormat. Ada anda semua pun , asyik nak mengancam dan menyusahkan PM sahaja. Menteri yang ada pun bertindak macam pembangkang dan tahu nak perlekehkan polis dan nak saman polis serta serbu bilik mayat sahaja.
Ini aje menteri dan Tim. Menteri yang anda ada. Pada pandangan Penghuni Gua , menteri yang mewakili MIC dalam kerajaan sekarang hanya layak menjadi pengerusi JKKK atau Guru Besar sekolah rendah aje. Jadi jangan nak ugut-ugut. Kami semua bukan bodoh. Kami semua di luar ni dah tahu cara tarian dan ugutan anda. Cakap aje lebih. Hampas pun tak ada. Tengok kalau dia di luar kabinet apa yang MIC boleh buat. Kerajaan ikut sekali tarian mereka yang buat ugutan. Dia mohon keluar, luluskan serta merta. Ikut rentak. Minta kita bagi.
Kepada kerajaan dan PM, Jangan layan ugutan sampah ini. Ini cara politik kampung. Mereka bukan hendak menjaga kepentingan negara keseluruhannya.
Nice blog. Beautiful photographs. God is Great. Let us pray for peace for the world. Let us protect our planet from pollution. Wish you all the best. you can add a TRANSLATOR gadget for your blog so that users knowing only ENGLISH can also relish reading your blog. you can get the link for the google gadget from my blog.
ReplyDeletehttp://health-care-you.blogspot.com