Tuesday, 28 April 2009

LIBERALISASI : PANDANGAN A. KADIR JASIN


Dipetik dari Blog : The Scribe A Kadir Jasin
Monday, April 27, 2009

Buang DEB Tapi Apa Gantinya?
A Kadir Jasin

SEMALAM, hari Ahad atau dalam loghat Kedah kemaghin (kelmarin) saya ambil bahagian dalam perbincangan panel ‘Memperkasa Budaya Korporat Dalam Perkhidmatan Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman’.Majlis itu diadakan bersempena ulang tahun ke-100 Perkhidmatan Tadbir Awam Negeri Kedah atau lebih terkenal dengan Kedah Civil Service (KCS).

KSC ni adalah antara perkhidmatan awan tertua di negara kita. Ia diasaskan oleh kesultanan Kedah lama sebelum British kononnya membawa sistem pentadbiran awam ke Tanah Melayu.Sebab itulah taat setia kepada Raja menjadi tonggak KCS. Kalau zaman saya lepas sekolah dulu, jadi pegawai KSC gerenti dapat bini cantik.

align="justify">
Semua nak jadi DO, ADO dan “Raja Tanah” – Pegawai Pemungut Hasil Tanah.Jadi dalam posting kali ini saya nak cakap yang mudah saja. Sana sini saya nak guna bahasa yang senang dan gaul (gui, kata orang Kedah) sikit dengan loghat Kedah. Minta maaf la. Saya kalau tak cakap atau tulis bahasa Melayu baku, loghat Kedah mai balik.Pasai (fasal) guna budaya korporat dalam perkhidmatan awam tu, saya dari awal-awal lagi bagi amaran ada percanggahan di antara dasar dan matlamat budaya korporat dengan budaya perkhidmatan awam.

align="justify">
Satu tujuannya buat untung paling besar walaupun susahkan pelanggan manakala yang satu lagi bagi khidmat paling baik dengan percuma atau pada harga paling rendah kepada pelanggan.Tapi saya kata, ada ciri-ciri budaya dan amalan korporat macam ikut waktu, cepat, jimat sumber dan kepuasan pelanggan boleh disesuaikan dan diguna pakai.

Macam mana pun, kenyataan saya yang nampaknya dapat reaksi luas dan spontan adalah tentang kelancaran peralihan pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah daripada Barisan Nasional kepada Pas selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

align="justify">
Ini pun ada kena mengena dengan prinsip KCS yang taat kepada Raja, berkhidmat kepada rakyat dan patuh kepada kerajaan yang memerintah.Bagi saya, nak senang cakap macam ni sajalah. Umno perintah ka atau Pas perintah ka pada dasarnya sama saja. Kalau nasib, kepentingan dan hak kaum majoriti, iaitu Melayu dan Bumiputera diabai, lambat laun bencana akan timpa.Bencana kepada Perlembagaan, kepada ekonomi, kepada parti yang memerintah dan yang kita sangat-sangat takut bencana ke atas keamanan macam peristiwa 13 Mei, 1969.

align="justify">
Maaf cakap. Bukan nak takutkan sesiapa, tapi kita kena ambil yang baik buat teladan dan yang buruk buat sempadan. Kalau kita lupa sejarah, kita akan ulang kesilapan kita.Saya tak kata tak boleh buka pasaran atau amal liberalisasi, globalisasi dan macam-macam “si” lagi. Meritokrasi pun buatlah.

align="justify">
Hapuskanlah kuota 30 peratus pemilikan Bumiputera dalam 27 sektor kecil (sub sectors) perkhidmatan atau bukalah lagi sektor perbankan kepada pelabur asing.Tapi kalau hapus satu, kenalah ganti dengan yang lain. Tak kan kaum Bumiputera yang terdiri daripada 60 peratus penduduk Malaysia ni tak ada apa-apa lagi.Kalau nak keadilan untuk semua macam PKR atau Satu Malaysia macam Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak, logiknya Bumiputera kenalah dapat 60 peratus juga.

align="justify">
Tapi Bumiputera tak tuntut pun. Tak buat tunjuk perasaan macam pertubuhan haram Hindraf. Tak buat demo macam reformasi. Mereka terima 30 peratus yang Allahyarham Tun Abdul Razak bagi bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dekat 40 tahun lalu.Orang Melayu dan Bumiputera hati mereka baik . Tak banyak mintak. Tak banyak tuntut.

align="justify">
Asyik tolak ansur saja. Mereka sokong Umno. Mereka sokong BN sampai ke hari ini. Tengok hasil pilihan raya kecil Batang Ai baru-baru ini.MP dan Adun BN dari MCA, Gerakan dan MIC itu pun menang fasal undi Melayu. Dalam pilihan raya umum lalu mereka kalah teruk pasai pengundi Cina dan India tolak mereka.

align="justify">
Sampai hari ni pun Cina dan India lebih rela sokong calon Pas daripada BN macam di Bukit Gantang.Ini bukan kenyataan perkauman atau cauvinis. Ini realiti. Ini keputusan pilihan raya. Tapi PM Mohd Najib bagi juga jawatan kabinet, exco negeri dan timbalan menteri. Ada yang bertambah pun.Tapi bila kementerian yang jadi payung dan sumber ilham peniaga kecil Bumiputera, iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) dibubarkan dan kuota saham Bumiputera dihapuskan secara sistematik, kita wajib tanya apakah pemerintah tidak peduli lagi tentang matlamat DEB dan tentang perasaan orang Bumiputera?

align="justify">
Kalau tersilap tutup MECD, tak apa buat flip flop yang positif dengan menghidupkannya balik. Lagi pun Mohd Najib kata bukan semua kerajaan tahu. Sekarang Bumiputera dah bagi tahu. Mereka marah MECD dibubar.Boleh bubarkan MECD dan boleh batal pemilikan saham Bumiputera, tapi apa gantinya? Kita boleh tolak ansur, tapi kenalah tolak ansur secara adil, telus dan mudah. Kalau ada habuan biarlah boleh dirasa oleh semua kaum, khasnya kaum majoriti Bumiputera.

align="justify">
Selain pelancaran skim baru saham amanah PNB dan janji-janji pembangunan seimbang, mana program untuk perkasa ekonomi Bumiputera yang semakin tenat sejak akhir-akhir ini?Pemerintah sendiri akui yang jurang pendapatan antara kaum semakin meluas. Bumiputera, khasnya di Sarawak dan Sabah, semakin jauh ditinggal oleh Cina daripada aspek pendapatan isi rumah. Hatta India pun lebih tinggi pendapatan puratanya berbanding Bumiputera.Ini bukan angka saya, tapi angka Unit Perancang Ekonomi dan angka Bank Dunia.

align="justify">
Tak apalah kalau Mohd Najib rasa sistem kuota tak bagus atau tak berjaya. Tak apalah kalau Mohd Najib hendak perluas meritokrasi. Bukankah la ni zaman liberalisasi, globalisasi dan meritokrasi dan macam-macam “si” lagi?Tetapi boleh ka kita capai Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan kalau 60 peratus rakyat Malaysia tercicir dan berasa kurang yakin dengan nasib mereka sekarang dan pada masa depan?

align="justify">
Perlembagaan adalah tonggak kekuatan orang Melayu dan kaum Bumiputera walaupun hak kaum-kaum lain tetap dijamin.Allahyarham Tun Abdul Razak perkasakan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera dalam Perlembagaan ini dengan melancarkan DEB.Kalau DEB tidak berjaya 100 peratus, bukan salah Tun Abdul Razak atau salah DEB. Itu salah pelaksana dan penerima. Tapi kita kena ingat, kejayaan DEB yang sikit itu pun dah cukup banyak naikkan taraf ekonomi dan maruah orang Melayu dan kaum Bumiputera.Tak apalah kalau nak tuduh Melayu suka tongkat atau mentaliti subsidi.

align="justify">
Tak pa kalau nak kutuk usahawan Bumiputera fasal dapat kontrak dan penswastaan. Memang kita suka kutuk bangsa sendiri pun.Tapi apa pula halnya dengan monopoli gula yang sampai hari ini dibagi kepada Robert Kuok? Atau lesen judi kepada Goh Tong, Vincent Tan dan Ananda Krishnan?Atau lesen penjana bebas, kontrak hospital dan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kepada Yeoh Tiong Lay dan konsesi balak kepada Tiong Hiew King dan Ting Pek Khiing?Orang Melayu dan Bumiputera bukan saja kena tahu apa yang mereka dapat, tapi kena juga tahu apa yang orang lain dapat.

align="justify">
Jangan berebut sama sendiri saja fasal apa yang ada di tangan mereka sangat kecil.Dalam dok tengok gelagat politik ni, saya tanya diri saya sendiri, kalau Umno hancur macam banyak orang dok ramal sekarang, boleh ka atau mahu ka Pas jadi parti yang pertahan Melayu?Atau Pas juga sanggup bertolak ansur kerana hendak berkuasa sampai kedudukan Islam dan orang Melayu dipersenda dan dipersoal?

align="justify">
Seperti saya kata dalam posting 22 April “Perdana Menteri boleh buat apa sahaja dengan peruntukan DEB. Tetapi seandainya dalam tindakan beliau itu orang Melayu, kaum-kaum Bumiputera dan Orang Asli yang berupa rakyat majoriti terus miskin dan terpinggir, matlamat Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan mustahil tercapai.

align="justify">
”Tentang pelantikan tambahan dan pembahagian jawatan dalam Majlis Tertinggi Umno, saya tak mahu ulas panjang. Yang nampak berat ialah pesalah politik duit dan kayu reput terus ada tempat dalam MT.


Alahai.


Posted by A KADIR JASIN at 2:58 PM

No comments:

Post a Comment