Thursday, 9 April 2009

PAC SIASAT SIAPA JUAL SYARIKAT AGUSTA EURO 1

Berita Harian
9 Apr 2009

Penjualan MV Agusta: PAC akan panggil Proton


GEORGETOWN: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil Proton Holdings Bhd bagi memberi penjelasan berhubung keputusannya menjual syarikat pembuat motosikal Itali, MV Agusta Motors SpA (MVAM).

Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata tindakan itu dilakukan kerana masih ramai pihak mempertikaikan keputusan Proton menjual MVAM kepada GEVI SpA pada harga 1 Euro.


Penghuni Gua : Penghuni Gua mengahrapkan PAC mencari sehingga ke lubang cacing siapa punya idea dan kepala yang mencadangkan Proton menjual MV Agusta dengan harga Euro 1. Atas sebab apa baru sekarang PAC berani menyiasat isu penjualan ini Penghuni Gua tidak mahu tahu. Tetapi siasat siapa yang mencadangkan dan idea siapa. Ada tau tidak penyelewengan dan hubungan mereka yang menjua denga n pihak yang membeli MV Agusta secara percuma ini.


Proton seolah memberi secara percuma sahaja kepada syarikat di atas dengan nilai euro 1. Syarikat ini kemudiannya menjual semula MV Agusta kepada syarikat lain dengan harga hampir 400 juta US. Apa cerita ni. Bodoh sangat ke pemegang amanah Proton ini. Tun Mahathir sudah berapa kali menasihatkan mereka ini ( TUN sebagai penasihat Proton ). Tetapi semuannya memeperlekehkan Tun dan memperlekehkan Tengku Mahalel. Akhirnya Tengku Mahalel disingkirkan dengan cara yang begitu hina.


Sekarang siasat sehingga ke lubang cacing. Siapa di belakang tabir penjualan ini. Pada masa dijual dengan harga euro 1, produk motosikal yan g masih ada digudang MV Agusta hampir 2 ribu buah termasuk teknologinya. Ini pun sudah berharga beratus juta.


Walaupun Proton mempertahankan penjualan ini dengan harga euro 1, dengan alasan ia bebas dari menanggung hutang Agusta. Tetapi akhirnya teguran Tun Mahathir adalah benar. Proton diperbodohkan oleh seorang Mat Salleh. Mengapa sebelum jual euro 1, ia tidak ditawar kepada rakyat dan tokoh koperat Malaysia.


jadi kepada PAC, siasat lah siapa dibelakang penjualan ini dan juga ada atau tidak sesiapa berkepentingan didalam syarikat yang membeli MV Agusta dari Proton. Ada atau tidak lembaga pengarahnya mendapat keuntungan dari penjualan ini melalui jalan belakang dengan menggunakan syarikat barat ( undercover ) bagi melindungi identiti mereka. Siasat segera.

1 comment:

  1. AKU DULU BERANGAN LAA NAK BELI MOTO AGUSTA DGN HARGA SESUAI UNTUK RAKYAT MALAYSIA

    AKU JUGA CADANG NAK BANGI DESIGN TRIKE AKU KEPADA PROTON...TAPI HARAPAN KECEWA...KENA BELI KAWASAKI JUGA....

    ReplyDelete