Sebab Petra tidak ke mahkamah
Apr 23, 09 1:04pm
Apr 23, 09 1:04pm
Selepas dua kali meringkuk dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), penulis blog terkenal Raja Petra Kamaruddin tidak sanggup lagi diseret ke penjara - kali ini atas pertuduhan menghasut.
Dalam artikel terbarunya yang menjelaskan sebab beliau tidak hadir di mahkamah pagi ini, beliau juga mendakwa beliau berselisih dengan istana Selangor dan keluarganya kerana mengkritik Sultan Perak awal bulan lepas.
Kini muncul khabar angin Raja Petra telah meninggalkan negara ini bersama isterinya. Maklumat ini bagaimanapun tidak dapat disahkan.
Penghuni Gua : Ini aje cara mengajar pemfitnah dan mreka yang suka membuat kacau dan baling batu sembunyi tangan. Cakap aje berdegar-degar. Semua orang tak betul dan semua YAA Hakaim tak adil. Dia sahaja yang betul dan adil. Penulis ini tak bertanggungjawab. Beliau sering tidak bertanggungjawab di atas tulisannya sendiri.
Tetapi yang hairannya mengapa jenis orang begini, orang boleh dengar cakapnya. Tulisannya dianggap setengah pihak macam Al quran, bible atau sabda nabi S.A.W. Tak boleh disanggah dan dianggap betul semuanya. Semua pengikut setianya ( semua tahu siapa ) ambil apa yang ditulisnya sebagai benar dan maksum dan membawanya ke parlimen untuk mengecam kerajaan di parlimen. Penulis dan tulisan tepi jalan dengan fakta tepi jalan yang tidak tahu dari mana sumbernya pun boleh di bawa oleh setengah ahli parlimen ke dalam parlimen. Ahli parlimen sebegini dilihat macam pelacur. Ini kerana asalkan boleh nampak menguntungkan dirinya atau kelompok mereka , semuanya akan diambil tanpa sebarang perkiraan lagi.
Inikah ahli parlimen yang boleh diharap akan mengambil alih dan memerintah Malaysia?. Tulisan dan fakta tepi jalan boleh dan senang-senang sahaja di bawa ke dewan yang mulia untuk mengecam kerajaan. Hujahnya hanya berdasar laman blog tak berasas dan tidak bertanggungjawab ini.
Kalau betul le YM Raja Petra ini melarikan diri keluar negeri , bagus le. Lagi senang diambil tindakan mahkamah untuk merampas hartanya. Sebab, dalam saman sivil oleh seorang Dato baru-baru ini beliau telah kalah dan di perintah oleh mahkamah agar YM RPK membayar RM jutaan ringgit juga. Mana nak cari duit ? Lelong dan kena rampas lah harta dan rumahnya nanti.
Mana penyokong-penyokong YM RPK yang setia. Tak ada seorang pun akan menolong bila dah jadi begini. YM RPK mungkin merasakan dia ramai penyokong tetapi bila YM RPK lihat di belakangnya hanyalah pandangan kosong. Tak seekor pun yang tinggal. Serupalah macam dalam filem Anak Bapak tu. Nak sehidup semati ? Haram tak ada nak tolong P Ramlee. Akhirnya tidor dalam beca lah dia.
Kepada Bloggers lain , berhati-hati dan bertanggungjawab di atas tulisan anda.
No comments:
Post a Comment