Monday, 6 April 2009

PERANAN MEDIA MENURUT PM

Berita Harian
6 apr 2009


Perlu pemberitaan bertaraf dunia, berdasarkan fakta: Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menekankan perlunya pemberitaan berdasarkan fakta kelas dunia di Malaysia dan media mestilah adil dan bertanggungjawab dalam laporan mereka.

"Adalah penting jika kita menjalin satu debat yang konstruktif mengenai masa depan negara kita. Saya percaya kita boleh bergerak di luar mereka yang menawarkan kewartawanan satu teori konspirasi dan khabar angin," katanya pada Malam Anugerah Wartawan Institut Akhbar Malaysia - Petronas 2008 di sini.

Beliau berkata laporan yang bertanggungjawab tidak bermakna berpihak kepada kerajaan sebaliknya pemberitaan yang bertanggungjawab bererti melihatnya lebih septikal dan kritikal pada sesetengah dakwaan daripada semua pihak dan khabar angin yang agak hebat sebagai sebahagian daripada hujah politik kita.

"Ini bukan hanya kebenaran di Malaysia, tetapi putar belit seperti itu juga berlaku, malahan di negara paling maju di dunia," katanya.

Najib berkata kuasa media, khasnya media cetak dan penyiaran, bukan hanya dalam laporan berita tetapi dalam memberikan kredibiliti kepada berita dan khabar angin bahawa penapisan daripada akar umbi dan internet.

"Media memberikan khidmat terbaik kepada kepentingan awam apabila ia melangkaui luaran; apabila ia menanyakan soalan-soalan sukar mengenai penyebar khabar angin; apabila ia tidak memberikan kredibiliti kepada berita palsu, dan sebaliknya, laporan mengenai fakta dan butir-butir - sama ada ia membantu kerajaan atau bukan," katanya.

Beliau juga berkata serangan peribadi telah melemahkan keyakinan awam dalam proses politik dan tidak melakukan apa-apa untuk membawa kita mencapai hasrat untuk negara ini.

"Saya telah menerima bahagian saya daripada sesetengah pihak dalam media. Saya akan sentiasa pertahan dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang saya buat sebagai Perdana Menteri.

"Tetapi saya juga tahu bahawa penghinaan peribadi dan tuduhan palsu yang dilemparkan terhadap pemimpin kebangsaan sangat memburukkan hujah politik negara dan reputasi antarabangsa," katanya.

Beliau berkata menghadapi serangan peribadi bukan semata-mata tanggungjawab mana-mana parti atau sesiapa pun tetapi ia adalah tanggungjawab setiap individu yang bertanggungjawab.

"Jadi, hari ini, saya menyeru semua pihak, semua pemimpin politik dan semua orang yang mahu terbabit dalam satu perbualan nasional baru mengenai masa depan negara kita - termasuk media - untuk berbuat demikian dalam cara menghormati pandangan orang lain, bahawa nilai-nilai perbincangan dan hujah-hujah dan yang mengiktiraf bahawa lawan tidak semestinya musuh, bahawa perbezaan pendapat tidak datang daripada motif dendam, tetapi daripada perhatian mendalam dan kekal untuk masa depan Malaysia," katanya.



Najib juga berkata perbualan nasional baru mengenai prinsip ketelusan dan kebertangggungjawaban, berkhidmat untuk semua dan hormat dan adil dalam dialog awam dengan kepentingan bagi setiap rakyat Malaysia, mestilah diwujudkan.

"Satu politik yang subur dan dialog awam adalah cara terbaik untuk maju bagi negara kita; masa memintanya dan orang ramai mengharapkannya. Janganlah kita mengecewakan mereka," katanya. - Bernama
Penghuni Gua : Masih belajar menulis. Bukan pemberitaan tetapi lebih pada komentar atas sesuatu isu dan peristiwa. Tujuan ! Kepentingan Agama, Bangsa, dan Negara Tercinta.

No comments:

Post a Comment