Sunday, 26 April 2009

PERLEMBAGAAN : PERBEZAAN ARTIKEL 140 DAN 150


Artikel 140

1. Kuasa di bawah artikel 149 adalah bebas dan tidak tertakluk kepada darurat.Dicipta untuk menentang subvesif.
2. Kuasa legislative kepada Parlimen untuk membuat undang-undang seperti ISA.
3. hanya satu kuasa diberi untuk membuat undang-undang iaitu kepada Parlimen atau di wakil oleh Parlimen.
4. Parlimen boleh membuat undang-undang menyekat kebebasan asasi di bawah artikel 5, 9, 10, dan 13.
5. Tiada kuasa eksukutif diberikan.
6. Struktur persekutuan tidak boleh di ganggu.
7. Tidak terdapat time limit (had masa) bagi undang-undang yang diwujud di bawahnya seperti ISA,RRE kecuali dinyatakan oleh undang-udang itu sendiri.
8. Undang-undang di bawah boleh ditamatkan apabila Parlimen memansuhkanya.
9. Undang-undang di bawah artikel terdapat `recital` menerangkan undang-undang tersebut diluluskan untuk melawan subvesif.
10. Undang-undang dibuat di bawahnya hanya perlu simple majority.
11. Semua undang-undang di bawahnya tertakluk di bawah artikel 151 iaitu memberitahu alasan tahanan dan peluang untuk membuat rayuan kepada lembaga penasihat.
12. Pindaan perlembagaan tidak dibenarkan

Manakala artikel 150 :

1. Kuasa di bawah artikel 150 bermula apabila darurat di istiharkan oleh YDPA.Dicipta untuk darurat dan dalam kes Stephen Kalong Ningkan V Govt.of Malaysia darurat termasuklah banjir,epidamic,kekurangan barangan komoditi.
2. Kerajaan persekutuan memperolehi kuasa baru legislative dan eksukutif iaitu membuat undang-undang dan memberi arahan kepada kerajaan negeri.
3. Dua pihak diberi kuasa untuk membuat undang-undang iaitu YADP dengan membuat ordinan semasa kedua-dua dewan tidak bersidang serentak dan Perlimen boleh membuat undang-undang.
4. Parlimen dan YADP boleh membuat undang-undang menyekat semua peruntukan perlembagaan kecuali perkara dalam artikel 150(6A).
5. Kerajaan persekutuan boleh memberi arahan kepada negeri-negeri tentang apa yang terkadung dalam state list seperti kerajaan tempatan,tanah,undang-undang islam.
6.Struktur persekutuan boleh digantung dalam mei ,1969 di mana semua dewan undangan negeri di gantung.
7. Had masa darurat adalah selama 6 bulan sahaja (150 (7)).
8. Undang-undang darurat boleh ditamatkan apabila ditarik balik oleh YADP dan apabila kedua-dua dewan menolaknya atau darurat ditamatkan oleh pihak berkuasa yang membuatnya atau selepas masa 6 bulan.
9.
i. Juga mengandungi `recital`.
ii. Ordinan oleh YADP mestilah dibentangkan dikedua-dua dewan. Jika tidak dibentang mahkamah akan membuat sama ada anya prosedur mandantory atau directory.Jika prosedur mandantori tidak dipatuhi maka tindakan manjadi tidak sah.Jika prosedur directory tidak di patuhi tindakan masih tetap sah.
10. dibuat oleh YADP.
11. Tidak tertakluk kepada artikel 151.
12. Pindaan perlembagaan dibenarkan.

No comments:

Post a Comment