Wednesday, 8 April 2009

PILIHANRAYA KECIL SEMALAM : SATU REFERENDUM ?

MalaysiaKini


Pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kegagalan Umno untuk merampas kerusi Parlimen Bukit Gantang dalam pilihanraya kecil semalam, menunjukkan bahawa rakyat menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pilihanraya kecil itu merupakan satu referendum terhadap beliau. Keseluruhan kempen mereka meminta rakyat memberi peluang kepada kepimpinan baru. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Ya ke DSAI. Kome ni sedar ke . Apa makna referendum tu. Apa kaedah standard referendum tu. Kalau nak kata PRK semalam satu referendum yang PR kalah dalam PRU ke 12 tu sehingga kini masih belum dapat memerintah negara itu apa dia. Bukan referendum ke. Walaupun BN dapat majoriti mudah, tapi BN menang. Kemenangan tu bukan isyarat bahawa rakyat terbanyak masih menolak PR ?


Baca semua tu. Semalam PRK sahaja. PRU ke 12 itu seluruh negara. Yang mana harus dipakai kalau nak kata referundum. Yang mana lebih terpakai dan boleh menjadi petunjuk isyarat dan penerimaan rakyat. 1 kerusi pun ( seperti kerajaan PAS di Kelantan sebelum ini ) dikira menang.

Mana ada negara yang ada majoriti 2/3 didunia ini kalau ditolak Singapura dan negara kominis dan negara di bawah pengaruh tentera ? Tunjukkan jika ada. Semua negara maju , US, Kananada, Jepun, Korea, New Zealand, Australia, Jerman, Indonesia, India, Finland, Sweden, Russia, Perancis, Norway, Poland, dan sebagainya , semuanya hanya memeliki majoriti mudah.


Jadi apa masalahnya dengan Malaysia ? Apa yang nak sibok sangat dengan majoriti 2/3. Menang itu yang mustahak. Menang itu signifikannya bahawa rakyat terbanyak masih menerima BN dan kerajaan yang ada. Bukan BN baik tetapi lebih baik dari PR yang tiada hala tujunya.


Penghuni Gua : Pertanyaan yang masih belum terjawab ! Mananya pengumuman tergempar tu. hari ini dah 8 apr 2009. Kencing lagi le nampaknya. Dikencing lagilah semua penyokong PR dan PKR. Ikutlah . Dan Fikirkanlah sendiri.

1 comment:

  1. salam.

    sy juga tertunggu2 pengumuman tergempar tu..

    tapi.. dia gagal merampas Batang Ai.. jadi tiada pengumuman tergempar..

    ReplyDelete