Tuesday, 21 April 2009

PRK PENANTI : CONTOH JIWA PAHLAWAN : TAHNIAH DATO SAMY


Berita Harian
21 apr 2009

MIC mahu BN bertanding pilihan raya kecil DUN Penanti

KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu (gambar), mahu Barisan Nasional (BN) bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, demi menjaga nama baik parti itu.


Katanya, pilihan raya kecil itu penting bagi menjaga integriti dan imej BN sebagai sebuah parti yang menunjangi kerajaan di negara ini, walaupun kawasan terbabit dianggap sebagai kubu kuat parti pembangkang.


“Jika kita tidak mahu bertanding, ia bermakna kita takut kepada pembangkang... kita tidak patut takut berdepan dengan mereka. BN perlu bertanding di kubu kuat pembangkang itu demi memelihara integriti, prestij dan imej parti.

“Oleh itu, menang atau kalah, kita mesti bertanding untuk memelihara prestij kita dan kita yakin kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, BN kini mempunyai kemampuan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Tahniah Dato Seri Samy Vellu dan MIC. Inilah contoh jiwa pejuang yang masih ada pada Dato Samy. Walau apa pun yang orang kata , Penghuni Gua angkat tabik kepada beliau. Penjuang lain dalam BN hanyalah patung-patung pondan yang tak bermaya. MCA dan Gerakan serta PPP dari awal lagi setuju BN tak bertanding. Pada Penghuni Gua , PM hanya acah sahaja nak tengok tarian parti komponen.


Rupanya mereka tertarikh dengan umpan PM 2 hari lepas. Mereka inilah ibarat askar yang pengecut dan pondan di mana sebelum berjuang sudah mengaku kalah. Medan perang dan disediakan dan perang dah disitihar. Tiba-tiba kita nak menarik tentera yang sudah ada di medan perang. Fikirlah, tentera apa jenis ini. Dalam islam mereka ini semasa zaman Nabi Muhamamad Allah gelarkan orang munafik dan mushsyrikin.


Mushsyrikin ini nampak macam menyokong Nabi masa nak berperang. Bila hampir dengan perang mereka menarik diri dengan berbagai alasan. Inikah parti yang akan memacu negara unutk menghadapi cabaran global dan melakukan transformasi bersama PM. Lupakan lah DS Najib. inilah jeneral-jeneral sengket yang ada bersama anda. Singkir mereka ini pada dis 2009 nanti kerana KPI mereka dari segi politik ( jiwa pejuang ) tidak melepasi tahapnya.


Orang perak kata : Pengabih kan boreh aje.
Kepada BN, ambil kira hati dan perasaan penyokong anda di Penanti. Jangan biar jiwa mereka kosong dan memangkah calun bebas. Bila mereka sudah biasa memangkah bebas sebab tiada calun BN maka ia akan menjadi kebiasaan dan kesedapan.

align="justify">
Lama-lama mereka terus memangkah pembangkah dan bebas.Bertandinglah walau apa alasan sekali pun. Sekurang-kurangnya penyokong dan mereka yang simpati kepada kerajaan akan terasa kehadiran dan mereka terasa terbela dan dilindungi dengan kehadiran calun BN dalam PRK tersebut. PM jangan dengar sokongan pondan-pondan tersebut. Mereka ini ibarat , HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN AKAR-AKAR PADI.

2 comments:

  1. Hi, it's a very great blog.
    I could tell how much efforts you've taken on it.
    Keep doing!

    ReplyDelete
  2. HI OLIVE. TERIMAKASI ATAS PUJIAN ANDA. INI SAHAJA YANG MAMPU DITULIS. HANYA MENJADI PENYAMPAI DAN MENULIS KEMBALI PANDANGAN DAN PENGALAMAN LANGSUNG SEMENTARA UMUR MASIH ADA. TQ PENGHUNI GUA

    ReplyDelete