Sunday, 26 April 2009

RAJA BERPELEMBAGAAN ( 1 )


Tulisan ini adalah dari nota-nota kuliah dan kertas-kertas kerja yang dikumpulkan semasa PG belajar dahulu ( 6 tahun lepas ). Jadi ia di papar di sini untuk pengetahuan kita semua bagi kita lebih memahami perlembagaan. Ia bukanlah baik sangat tetapi atas prinsip , ilmu bukan terhad di dalam kelas semata-mata. Ilmu dapat ditimba di mana sahaja dan di sebarang ketika. Juga jika kita berilmu atau mempunyai ilmu , ia perlu dikongsi bersama melalui berbagai cara termasuk cara penyebarannya.

Perlembagaan ini adalah sesuatu yang hidup dan ia terus berkembang dari segi tafsirannya. Jadi itu yang dipaparkan di sini . Ia akan dipaparkan sedikit demi sedikit kerana ia perlu diedit bagi kesesuaian dengan isu dan perubahan semasa. Jika ia bersalahan dari segi tafsiran , di harap pihak pembaca boleh terus memberikan komen bagi dibuat pindaan. Tafsiran kepada perlembagaan ini seperti yang ditegaskan sebelum ini adalah ia sentiasa hidup berdasar perkembangan dan kes semasa.


Raja berperlembagaan.

Raja memerintah mengikut perlembagaan dan tidak mempunyai kuasa mutlak. Kuasa YDPA boleh dilihat melalui artikel 40 yang menggariskan seperti berikut:

i. YDPA bertindak mengikut nasihat kabinet.
ii. Boleh menggunakan kuasa budibicaranya sendiri tanpa mengikut nasihat dalam kes berikut :

a) Perlantikan pedana menteri.
b) Tidak bersetuju dengan permohonan pembubaran parlimen.
c) Mamanggil mesyuarat raja-raja.
d) Perlantikan pengerusi pilihan raya.

Walaupun kuasa budibicara melantik pedana menteri terdapat pada YDPA ianya tertakluk kepada peruntukan artikel 43(2) iaitu melantik pedana menteri yang :

a) Seorang dari ahli dewan rakyat.
b) Mendapat kepercayaan majority.

YDPA juga tidak terlepas dari tindakan undang-undang di bawah artikel 32(1) apabila kekebalannya telah di pinda melalui perlembagaan pada MAC,93 dan boleh kenakan tindakan sivil dan jenayah oleh sifat peribadinya sahaja.Sekiranya tindakannya adalah atas menjalankan tugas resminya DYMM masih kebal dan tiada tindakan boleh diambil. Tindakan adalah melalui mahkamah khas dan dengan keizinan peguam negera (artikel 182,183). Dari kesimpulan di atas adalah jelas YDPA hanyalah sebagai simbol dan pihak berkuasa sebenarnya adalah kabinet atau parlimen. ` Monarchs are required to reign not to rule` [raja-raja diperlukan untuk memerintah dan bukan membuat pemerintahan]

Peranan Agong .

i. Menjaga keistemewaan orang melayu - artikel 153.
ii. Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera –artikel 41.
iii. Mengistiharkan darurat –artikel 150.
iv. Mengampun dan menanguhkan hukuman –artikel 42(1).
v. Ketua agama islam –artikel 3.
vi. Unsur badan perundangan adalah agong –artikel 44.
vii. Membubar parlimen –artikel 55(2).
viii. Berucap di Parlimen – artikel 60.
ix. Memperkenan rang undang-undang dan menanguh undang-udang selama 30 hari –artikel 66.
x. Menjaga parlimen semasa pembubaran parlimen- 43
xi. Membuat perlantikan penting :

a) Pedana menteri termasuklah memecatnya -40,43.
b) Jemaah menteri -43.
c) Hakim-hakim – 122B.
d) Anggota dan pengerusi pilihan raya – 114.
e) Peguam negara-145.
f) Juruodit negara- 105.
g) Setiausaha dewan rakyat dan negara- 65(2).
h) Ketua pos negara.

No comments:

Post a Comment