SPRM hantar kertas siasatan Fairus ke pendakwaan hari ini
10/04/2009 3:24pm
PULAU PINANG 10 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghantar kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin ke Bahagian Pendakwaan hari ini.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata SPRM telah meneliti kertas siasatan berkenaan dan mendapati pada peringkat siasatan ia telah lengkap.
“Pada peringkat siasatan, ia telah lengkap tetapi jika pihak pendakwaan mahu kita menambah siasatan atau sebarang fakta bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, SPRM akan melakukannya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ditanya bila pendakwaan berhubung kes itu akan dilakukan, beliau berkata ia bergantung kepada Bahagian Pendakwaan untuk tindakan seterusnya.
“Sabarlah, bagi peluang kepada Bahagian Pendakwaan untuk meneliti kes itu dulu sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan selanjutnya,” katanya.
Mengenai sama ada Mohammad Fairus akan ditahan, Shukri enggan mengulas lanjut dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.
SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini yang disyaki terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai.
Pendedahan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda (AMK) Kepala Batas, Amizuddin Ahmat pada Februari lepas dan ia dipercayai menjadi punca kepada peletakan jawatan Mohammad Fairus. — Bernama

Penghuni Gua : Kena pada dia orang yang dah sah rasuah tak berbunyi apa pun. Fitnah pada PM yang tak tentu hujung pangkal , kau orang suruh PM letak jawatan. Apa le kau orang ni. Inilah dia parti ( PKR ) yang paling bersih dalam dunia. Undilah PKR. Anda akan ke syurga nantinya ?
No comments:
Post a Comment