Sunday, 26 April 2009

SELSEMA BABI : HATI-HATI SELANGOR

( OPERASI MEMBUNUH BABI DI MEXICO )
Berita Harian
26 apr 2009

WHO bimbang selesema babi merebak

BANDARAYA MEXICO: Virus selesema baru yang membunuh sehingga 82 orang di Mexico mungkin menular menjadi wabak sejagat, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ketika penyakit itu semakin merebak ke Amerika Syarikat.

Virus baru itu, H1N1, menggabungkan genetik babi, burung dan manusia tidak pernah dikesan penyelidik sebelum ini. Sebelas kes sudah disahkan di California, Kansas dan Texas manakala lapan pelajar sekolah di New York City dijangkiti virus selesema, dipercayai jenis sama.

Kali terakhir wabak selesema sejagat ialah pada 1968 apabila virus "Hong Kong” membunuh lebih sejuta orang di seluruh dunia. - Agensi

Penghuni Gua : Mungkin Kerajaan Selangor boleh memikirkan semula hajatnya nak membangunkan kandang babi mega di Selangor. Jangan memperjudikan nasib dan keselamatan rakyat terbanyak. Juga kepada kerajaan Melaka.
Bagi Melaka , percepatkan pemindahan dan operasi penutupan kandang babi di sana sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Dengarlah keluhan rakyat di sana dengan penuh sedar. ( Jangan buat diam seolah tidak ada apa berlaku. Rakyat sedang memerhati anda wahai pemimpin semua. Fikirkan.

No comments:

Post a Comment