Friday, 17 April 2009

SIDANG DUN PERAK 7 MEI 2009 : DYMM PERKENANKAN


Berita Harian
17 apr 2009
DUN Perak bersidang 7 Mei

IPOH: Teka-teki berhubung tarikh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak terjawab apabila notis pemberitahuan persidangan bertarikh 7 Mei ini dihantar Setiausahanya Abdullah Antong Sabri kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)hari ini. Abdullah turut mengesahkan beliau mengeluarkan notis untuk bersidang pada tarikh itu kepada semua Adun. "Itu (mengeluarkan notis) adalah tugas saya dan ia dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ada," katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata pihaknya sudah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung persidangan DUN itu semalam dan baginda berkenan menandatangani surat pengisytiharan berhubung persidangan berkenaan.Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kita semua akan tengok apa yang boleh YB Ngeh dan YB Speaker Sivakumar boleh buat. Semalam YB Ngeh menyaggah keputusan YAA Hakim dengan mengatakan bahawa keputusan YAA Hakim dalam membuat keputusan mengenai penggantuan 6 ADUN adalah menyalahi Perlembagaan Negeri dan peraturan Dewan.


Ngeh mengatakan bahawa YAA Hakim hanya membuat deklarasi dan luahan pendapat dan ia tidak mengikat Speaker Sivakumar untuk mematuhinya. YAA Hakim juga di katakan mencampuri bidang kuasa DUN yang telah dijamin pemisahan kuasanya oleh perlembagaan. Betul ke Ngeh . Ingat YAA Hakim bodoh ke. Keputusan tersebut adalah sebulat suara. Bukan keputusan majoriti wahai Ngeh.

Jadi kita sama-sama tunggu 7 mei ini sama YB Ngeh betul atau kita boleh lihat apa yang boleh dilakukan oleh Sivakumar.

Kepada YAB Menteri Besar Dato Zambry, segera usul /yang pertama bila mula sidang DUN iaitu usul bagi mengantikan Speaker dan Tim. Speaker baru dengan segera pada 7 mei juga. Dengan penggantian 2 orang ini sidang DUN akan berjalan dengan lancar dan tanpa gangguan nyamuk-nyamuk ini.

Mereka ini hanya mementingkan diri dan semuanya hendak dipolitikkan. Kepada kerajaan yang memerintah Perak, jadikan sidang DUN ini sebagai pentas terbaik untuk membela rakyat . Kita semua tidak ada masa dan tidak banyak pilihan di dalam keadaan yang penuh liku ini. Apa juga keputusan dan tindakan hendaklah mengutamakan kepentingan Agama, bangsa dan negara.

1 comment:

  1. Kini Sultan Perak sudah perkenankan Dato Zambri mengadakan sidang DUN (pada 7 hb Mei 2009) – jika ada sesiapa yang ada bertanya apa itu Raja Berpelembagaan – ini adalah antara contohnya.

    Contoh lagi, dalam kes bunuh, Raja ada kuasa pengampunan, dan seorang yang melakukan pembunuhan (jika sabit) hakikatnya, Sultanlah yang menggantungkan pembunuh tersebut sampai mati tetapi melalui Hakim (Hakim juga dilantik oleh YDPA/Sultan juga) dan Jabatan Penjara dengan menggunakan Undang2 Sultan. Bukankah semua undang2 memerlukan perkenan Sultan juga?

    Ramai yang tanpa segan dan silu melaungkan Raja Berpelembagaan sedangkan mengetahui hanya sedikit (atau fahaman salah) apa hakikat dan maksud Raja Berpelembagaan.

    Adalah hak rakyat untuk berpersatuan (dibawah Akta Pertubuhan) dan memperjuangkan kebajikan ahli-ahli mereka dan pada masa yang sama mencalonkan ahli-ahli mereka bertanding dipilihanraya untuk merebut kerusi DUN mahupun Parlimen. Rakyat turut serta terbabit dalam proses ini - namun perlantikan EXCO dan MB serta mandat pentadbiran kerajaan negeri/Negara adalah prerogatif Sultan samada mereka-meraka (ADUN2/ Ahli2 Parlimen) adalah suatu Management Team/Pakatan Pentadbiran (BN/ dan atau Pakatan Rakyat dan sebaliknya) yang boleh pada pandangan Sultan/YDPA membawa kepada kesejahteraan dan kemajuan kepada rakayat dan negera/negeri . Jika tidak, saya tidak nampak relevannya kenapa mandat pentadbiran yang diberikan Sultan/ YDPA kepada mana-mana Management Team/ Pakatan Pentadbiran samada BN atau Pakatan Rakyat itu tidak seharusnya ditarik balik oleh YDPA/Sultan.

    “Ketuanan Rakyat” yang diwawarkan mana-mana pihak atau pertubuhan jika tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan akan cenderung kepada fahaman atau unsur2 komunisme, sosialis dan atau republik. Ini adalah menyalahi dan bertentangan dengan konsep Raja Berpelembagaan yang dipegang dan amalkan di Malaysia (Rukun Negara). Pertubuhan yang sebegitu piagamnya boleh diharamkan kerana bergiat dalam aktiviti2 subversif sebenarnya. Jika ini halnya, ianya adalah sesuatu yang membabitkan isu keselamatan negara (ISA), kesejahteraan dan ketenteraman awam (Ordinan Darurat 1969), hasutan (Akta Hasutan), dan atau memerangi Pemerintah (Raja2 – Kanun Keseksaan).

    Kepada Management Team BN, selamat mentadbir negeri Perak dan jangan dipersia-siakan mandat Raja dan hasrat rakyat untuk agama dan Negara. Bagi Pakatan Rakyat – bukankah esok masih ada?

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah (jabatan Undang2 Awam)IIUM

    ReplyDelete