Tuesday, 21 April 2009

SPEAKER SIVA MARAH !


Utusan Malaysia


IPOH 21 April — Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar mendakwa beliau telah difitnah berhubung arahan mengeluarkan notis persidangan dewan itu yang dijadual pada 7 Mei ini.

Katanya beliau terperanjat dengan laporan akhbar The New Straits Times (NST) semalam bahawa ada pihak mengatakan beliau telahpun dimaklumkan tentang persidangan DUN itu sebelum notis mesyuarat itu dikeluarkan sedangkan sebelum ini, beliau berkata notis itu dikeluarkan tanpa pengetahuannya.

“Saya tidak akan membiarkan perkara ini. Ini merupakan satu lagi usaha untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Ayo yo Tambi. Marah ke. Tahu pulak anda marah . Masa anda dan mereka yang serupa dengan anda menghina DYMM anda tak peduli tentang orang lain. DYMM di fitnah dan di keji dari berbagai sudut oleh orang yang serupa dengan anda dan disebabkan tindakan anda juga. Seluruh negara menghina DYMM Sultan Perak di sebabkan anda.

Inilah jenis Speaker yang paling kebal di dunia. Tak boleh ditegur oleh orang lain Dan tidak boleh dikritik oleh orang lain. Jika beliau mengkritik dan menghina orang lain boleh. Nak kata apa. Speaker paling kebal katakan. Kebalnya mengalahkan DYMM Raja-Raja.

Relak lah Tengku Siva. Kalau kebal sangat pun, jangan sensitif sangat.
Kalau tak tumbuh, tak melata,
kalau tak sungguh takkan orang mengata.

Kura-kura dalam perahu
Pura-pura tak tahu ?

He he he he he . Kebalnya engkau wahai Speaker Siva. tapi ingat semua tindakan anda adalah di luar dewan. Jadi tidak sah le tindakan anda.

Lihat Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang mengatakan " Speaker di dalam Dewan .........". Jadi faham saja lah. Jika dalam dewan anda kebal dan mahkamh tidak boleh mengganggu. Tindakan anda mengantung 6 ADUN adalah di luar dewan , sebab itu mahkamah mengatakan tindakan anda tidak sah. Jadi keputusan tersebut mengikat.

Kirim salam saya dan kabarkan perkara ini kepada YB Ngeh yang kerap memberi arahan kepada anda semasa sidang DUn berjalan melalui telepon bimbitnya...................... Anda ni puppet ke. Ngeh yang jadi Speaker atau anda. Malaulah dengan tindakan anda tu. cerminlah diri sendiri. Anda diperkudakan.

Sedih, sedih, sedih aku melihatnya.

No comments:

Post a Comment