Friday, 3 April 2009

TIM. PERDANA KE 2 : JANGAN LAYAN CADANGAN SAMPAH MCA INI !



Malaysiakini

Timbalan setiausaha agung MCA menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencermin "perkongsian kuasa" sebenar.

"Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepada ideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini.

"Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Jangan layan cadangan sampah ini. Tidak ada seorang pun pemimpin dan rakyat Malaysia yang mempertikaikan sumbangan besar MCA DAN MIC dalam membangunkan negara sejak merdeka lagi. Mereka sendiri yang merasakan demikian. Mereka ini dah makin besar kepala. Tak ada pun pemimpin MCA dan MIC sebelum ini yang menyibuk dengan cadangan sedemikian. Carilah cadangan lain untuk membangunkan dan menstabilkan negara. Dengan MCA jadi TPM ke 2, negara akan lebih stabil dan membangun ke. Semua yang ada pun ( wakil MCA ) dalam kerajaan tak sampai " PAR " dari segi prestasi mereka sebagai Menteri, dan Tim. Menteri atau S/U Parlimen.


Janganlah nak memyusahkan kepala PM baru kita. Banyak lagi perkara yang nak difikirkan untuk membangunkan dan memberikan makan kepada rakyat terbanyak. Cukuplah berpolitik tu. Perkuatkan parti anda dulu dari sebarang kemelut. Fikirkan cara nak menghadapi DAP. Ini nak lawan pengaruh DAP pun kemetot punggung anda.


MCA ini kalau parti mereka terancam atau tak kuat akan cari alasan dan akan menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan diri mereka. Ini stail yang pernah dibuat oleh Presiden Filifina iaitu Macapagal dan Marcos dulu ( kalau ada masalah , ungkit balik tuntutan Filifa ke atas Sabah ). Begitu jga dengan PM Singapura Lom Kuan Yew. DSAI pun sama. Taktik mengalih masalah kepada orang lain tu adalah cara lama. Orang sudah tak pakai. Fikir le cara lain yang lebih baik.


Penghuni Gua : Kepada PM baru, jangan layan cadangan sampah ni.

3 comments:

  1. MCA kena buktikan dahulu bahawa rakyat masih mahukan MCA. Jika apa yang dilihat pada PRU 12 yang lalu banyak calun2 MCA yang tewas. Yang menang pun diatas jasa pengundi Melayu. Sebelum meminta cermin kekuatan diri sendiri dahulu. Kalau pada PRU13 nanti Melayu semua boikot calun Cina daripada MCA apa jadi? Fikirkan.

    ReplyDelete
  2. Kalau TPM daripada kalangan MCA, PRU 13 nanti kami Melayu akan pastikan setiap calun MCA tewas.

    ReplyDelete
  3. bagi betis nak peha

    bagi peha nak kepala..(itu lah mca)

    belum apa lagi dah kecoh-kecoh..
    usha tak seberapa..

    ReplyDelete