Hashim Suboh tak tolak kemungkinan sertai pembangkang
Muda Mohd Noor May 20, 09 1:02pm
Muda Mohd Noor May 20, 09 1:02pm
Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, beliau sedang memikirkan sama ada akan kekal dalam Umno atau menyertai pembangkang.
"Saya sedang menilai hala tuju politik saya, ke manakah arah politik saya.
"Tak kan saya hendak tunggu saya naik ke atas. Apa yang berlaku ini sedang menjadi perhatian saya.
"Bukan soal saya menunggu tawaran, jika keadaan sudah tidak sesuai, mahu tunggu apa lagi" katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Tindakan bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis yang mengacah-ngacah nak keluar di atas adalah gaya politik basi iaitu gaya politik 60an. Kalau nak keluar, keluar sahaja.
2. Cara acahan ini ada dua sebab sahaja :
2.1. Untuk mendapatkan habuan / jawatan.
2.1. Untuk melihat sokongan ahli akar umbi.
3. Cara ini cara lama. Orang dah tak buat lagi. Kepada UMNO atau BN sekalipun, sekiranya ada ahli, pemimpin, atau parti komponen sekali pun yang menggunakan taktik ini maka UMNO atau BN perlu menari mengikut rentaknya.
4. Acah kembali dan beri laluan luas untuk mereka keluar. Kalau melayan acahan ini dengan berbagai pujukan atau tawaran jawatan maka sampai bila masalah dalam parti tidak akan selesai. Jangan layan ahli politik yang telah " expired " ini.
5. Mereka yang jenis ini, tidak boleh menerima kekalahan. Kekalahan akan dianggap oleh mereka yang seperti ini sebagai parti tidak melayan mereak dengan baik. Tidak hormati mereka sebagai orang lama. Parti melayan mereka seperti pariah.
6. Pertanyaan yang PG nak tanya kembali kepada pemimpin ini atau yang sepertinya ialah adakah anda melayan parti dengan baik. Atau anda juga melayan parti macam pariah. Jangan tanya apa sumbangan parti kepada anda. Tetapi tanya berterusan apakah sumbangan anda kepada parti.
7. Jangan berjuang dalam parti kerana sesuatu tujuan. Jika sudah menyumbang kepada parti, biar Allah yang membalas jasa anda. Jangan mengungkit jasa anda kepada parti.
8. Pemimpin parti selalu bercakap bahawa perjuangan mereka untuk rakyat dan kepada rakyat. Jadi jika merasakan diri sudah tidak diperlukan maka kita berundur dengan baik. Apa perlu mengungkit dan mengatakan parti melayan anda seperti pariah.
9. Jenis yang pariah ialah mereka yang selalu mengungkit jasa dan pengorbanan yang telah di beri. Pariah , bila kita tidak akur bahawa masa kita sudah sampai untuk berundur setapak kebelakang dalam politik.
10. Berundur bukan mengalah , tetapi menghormati dan menghargai kepimpinan baru yang lebih bertenaga. Mungkin anda semua boleh berperanan dalam parti dalam bentuk berlainan sesuai dengan perubahan poltik semasa.
11. Jadi, kalau masih nak keluar, keluar aje lah. Jangan cakap berlapik-lapik dan berbelit macam Hindraf bercakap. Memalukan sahaja sebagai tokoh veteran. Akhirnya akan menjilat semula kahak yang dikeluarkan.
12. Eeeeee. Geli dan meluat serta nak muntah PG membaca kenyataan bekas Ketua Penerangan Perlis ini.
Adanya manusia macam inilah yang merosakkan UMNO, masuk UMNO untuk habuan yang bakal dimiliki, bukan membantu memperjuangkan nasib bangsa dan agama. Kawan rasa, ramai lagi manusia-manusia macam ni ada dalam UMNO.
ReplyDeleteKawan setuju, dengan kata deme Berrrrrrrabuslaaaah kamu dari UMNO.
yanggambi.blogspot.com
Kereta dia nak kena tarik, kot... suruh dia pergi jumpa Anwar le.. dia banyak duit. USA kasi..
ReplyDelete