Sunday, 24 May 2009

BLOG PARTI KOMINIS MALAYA ( REGIMEN KE 10 ) : SEGERAKAN TINDAKAN



Penghuni Gua : Baru aje terjumpa blog PKM ( Regimen ke 10 ) . Blog ini di atas nama : Kampung Perdamaian Sukhirin - Kini Dan Silam . Alamat blog ini : http://matamin.blogspot.com. Mereka mula memblog pada 14 apr 2009. Blog ini beroperasi dari Kampung Perdamaian Sukhirin atau nama rasminya Kampung Chulabhorn Patana .


2. Kepada kerajaan dan Suruhanjaya Multimedia, diharap segerakan tindakan bagi menyekat talian ini dari dilihat oleh rakyat negara ini. Ini kerana blog ini dilihat secara sepentas lalu cuba mengambarkan perjuangan mereka adalah perjuangan rakyat Malaysia dan perjuangan yang tulen.


3. Semua fakta diblog ini cuba menggambarkan pengganas ini adalah pejuang bangsa dan tiada satu pun kekesalan mereka tentang beribu pembunuhan dan kecederaan yang terjadi ke atas rakyat dan pejuang kita.


4. Atas apa pun alasannya: pihak kerajaan seharusnya menyekat blog ini dari dilayari oleh rakyat Malaysia.


Nota : PG meneliti sedikit demi sedikit blog ini dan pada pandangan PG ia beroperasi di Malaysia rasanya. Blog ini cuba menghidupkan kembali dan mengagungkan Reg ke 10 PKM ini. PG malas nak mengulas panjang mengenai PKM ke atau Reg ke 10 ini ke. Tetapi PG seorang yang realis. Yang tak sepatutnya berlaku dah berlaku.

Sejarah hitam tidak dapat dipadamkan hanya kerana seorang terpelajar mengatakan ia pejuang. Jadi temberang blog ini dan penyokong mereka perlu disegerakan tindakannya oleh pihak berkuasa Malaysia. Pengganas tetap pengganas.Apa pun tori dan terminologi yang digunakan mereka tetap pengganas.

4 comments:

  1. maaf tapi bagi aku, orang melayu ini tetap pejuang kecuali komunis cina dan india. kebanyakkan orang melayu ini telah dilaga lagakan oleh british dahulu semata mata menjaga kepentingan mereka di negara ini walaupun selepas merdeka.

    awak harus ingat, british masih mempunyai kepentingan diwaktu itu dan masih berharap malaysia tidak jatuh kepada fahaman komunis. Kalau malaysia jatuh kepada fahaman komunis, mereka akan hilang satu punca pendapatan.

    aku tetap tidak mempercayai british walau apapun sejarah yang mereka cuba ciptakan. orang melau dah menentang british sejak tahun 1800 lagi.

    UMNO masa itu masih dibayangi oleh pengaruh british walaupun ianya gabungan orang melayu. pemimpin UMNO masa itu dari pendidikan british. Sedikit sebanyak mempengaruhi hala tuju dan perlembagaan UMNO.

    Aku menolak chin peng tetapi mengakui pejuang melayu walaupun mereka berhaluan kiri.

    ReplyDelete
  2. sori alan. anda masih kecil atau belum lahir semasa kami bersusah payah menentang komunis. PG terlibat secara langsung dengan reg ke 10 semasa di tanah merah kelantan. susahnya kami dan banyak melihat penderitaan rakyat. anda lahir semasa dunia dan malaysia dah aman. jika nada tahu dan pernah alaminya anda akan hargai keamanan dan tetap menentang kumpulan ini apatah lagi nak meraikan ulangtahunnnya. cuba anda tanya pegawai-pegawai kanan polis berbangsa cina yang terpaksa menyamar sevagai kominis selama bertahun tahun . meninggalkan anak isteri dan belum tentu akan pulang. cuba anda tanya keluarga mendiang ketua polis perak yang ditembak kominis di trafik light di ipoh perak. Anda akan tahu jawapannya.

    ReplyDelete
  3. orang bodoh jangan berlagaklah,you semua hantu UMNO pandai memutarbelitkan sejarah dan menindas orang Melayu supaya menerima informasi yang lain beza dari media UMNO,u orang memang jijik!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous.... apa cakap macam tu bagi lah dalam bentuk fakta dan ilmiah sikit...

      Delete