Saturday, 23 May 2009

BUNGKUIH UMNO JIKA INI SIKAP KETUA PENERANGANNYA !


Dipetik sepenuhnya dari Blog : WBHIM
May 22, 2009 • 2:48 pm

“Tuan-tuan, hakim yang mengendalikan kes Perak ni putus wayarnya!” Ujar Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan semasa menyampaikan ucapan kepada lebih 800 Ahli UMNO di dewan Sri Jugra Kuala Langat pada malam 20 mei yang lepas.

Mulut Jahat

Mulut Jahat. Itulah yang boleh diungkapkan terhadap Ketua Penerangan yang bongkak, sombong dan tak ingat akhirat ini.

Ahmad Maslan yang baru dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO oleh DS Najib dengan penuh bersemangat mengutuk hakim Abdul Aziz Abdul Rahim hanya kerana Yang Arif terbabit tidak memihak kepada kerajaan dalam keputusan yang lalu yang melibatkan pengisytiharahan tidak sah MB Perak Dr.Zambry Abdul Kadir di mahkamah tinggi Kuala Lumpur minggu lalu.

Pandai sangat kah Ahmad Maslan dalam bidang undang-undang sehinggakan hakim yang Arif dikatakan putus wayar? Ahmad Maslan juga dengan bangga berkata beliau yang mempunyai ijazah sarjana muda Sains Politik Universiti Wellington dilantik sebagai ketua penerangan termuda dalam sejarah parti.

“I tanya Najib kenapa lantik I jadi ketua penerangan. Biasa ketua penerangan ni untuk orang yang dah nak out, tapi I baru nak in,”

Sungguh megah dan bongkak hamba Allah berusia 43 tahun ini. Kalau ini lah ketua penerangan yang UMNO miliki, jangan harap boleh menang pilihanraya akan datang?

Ahmad Maslan Kutuk Ahmad Sabu

“Saya katakan angka 121. 121 bermaksud, 1 orang melayu cari 2 orang melayu untuk sertai UMNO, dan 1 bukan melayu untuk sertai BN. Tapi tuan-tuan, angka 121 ini istimewa. Kerana angka 121 inilah bilik yang Ahmad Sabu kena tangkap basah! (sambil ketawa)”

Apa perlunya beliau mengaitkan misi ahli UMNO dengan Ahmad Sabu kena tangkap basah? Bukankah itu melambangkan ketidakmatangan beliau? Seharusnya kedatangan beliau menemui ahli UMNO adalah untuk memberi semangat, visi dan misi kepada akar umbi demi menguatkan lagi parti. Tetapi malang, Ahmad Maslan berkelakuan seperti kanak-kanak yang singkat otak dan terencat akal. Hentam orang sana sini, tanpa menunjukkan relevancy dalam kata-kata beliau.

Bodek Najib Rakyat Meluat

“DS Najib tak pernah kenal Altantuya. Pada malam Altantuya di bom, Datin Sri Rosmah Mansor sedang menghadiri jamuan berbuka puasa di bangunan Tabung Haji. Bila masa pula DS Rosmah terlibat?”

Saya ingin beritahu anak wak Maslan ni, bahawa janganlah terlalu kuat membodek. Malahan rakyat pun sudah jemu mendengar kisah Altantuya dikaitkan dengan Najib ini. Semua orang sudah tahu, apa perlunya beliau berulang-ulang kali sebut fasal perkara ini lagi? Bukankah banyak lagi perkara yang perlu dilakukan oleh UMNO dalam proses transformasi yang harus dilakukan oleh kita semua?

Jika tiada apa yang bernas untuk disemai ke akar umbi, lebih baik anak wak Maslan ini duduk diam-diam di rumah dan teruskan menambah ilmu di dada. Bukan pergi berkelakuan seperti orang kurang siuman hentam orang sana sini tanpa asas sebab musabab yang berkenaan dengan beliau dan keluarga beliau.

Malang parti UMNO memiliki seorang ketua penerangan seperti ini. Kepada DS Najib, saya berharap Dato Seri tidak mempunyai tabiat yang serupa dengan Tun Dr.Mahathir – tabiat salah melantik orang. Saya yakin, pada hemat saya dan rakyat sekalian yang lain, jawatan ketua penerangan UMNO ini lebih sesuai diberikan kepada Datuk Seri Dr.Rais Yatim, yang memiliki segala-galanya lebih daripada Ahmad Maslan?

Saya juga ingin bertanya kepada DS Najib, sistem KPI yang diperkenalkan kepada menteri-menteri kabinet, adakah ia juga wajar diaplikasikan kepada pemimpin tertinggi parti? Bukankah ia wajar, Datuk Seri? Kita tidak mahu pemimpin yang tidak siuman, kutuk mengutuk dan menghentam orang sesuka hati. Ini jelas bercanggah dengan konsep “Satu Malaysia” yang diajukan oleh Datuk Seri.

Seorang hadirin semasa pulang berkata kepada saya “Apa dia cakap ni? Tak ada satu pun yang boleh di bawa balik.”

Penghuni Gua : PG pun naik menyampah jika betul le komen Dr sid ini. dari pemerhatian PG tentang ketua penerangan UMNO ini sejak dilantik , nampak sangat egonya. Hari-hari bercakap menenyeh ketua penerangan bahagian dan cawangan.

2. Perancangan yang dibuat, PG tak nampak apa pun. Paling tidak pun penerangannya dan gerak kerja yang dirancang bagi memberi faham tentang one Malaysia ke, Krisis Perak ke, atau panggil bloggers ( paling tidak dekati bloggers ) bagi memberi input ke. Tak ada. Terkial-kial le kita semua dok menulis dan mencari maklumat sendiri.

3. Apalagi kalau yang tak tahu komputer. Lagi le buta , nak dapatkan bahan bagi memahami apa yang berlaku.

4. Kepada ketua penerangan UMNO tu, minta maaf le cepat kepada YAA Hakim Mahkamah Tinggi tu. Jika tidak bungkuih kome kena saman. Celupar mulut dan beliau pada pandangan PG , sepatutnya pergi belajar / kursus mengenai pengurusan media atau tentang pengucapan awam serta belajar sikit bab undang-undang kalau dah bodoh sangat.
5. Apa hak beliau untuk mengatakan begitu kepada YAA Hakim berkenaan. Beliau tidak seperti kepimpinan tertinggi UMNO yang lain yang sentiasa melaungkan agar menghormati Badan Kehakiman. Jika ini le sikapnya, nyahkan cepat kerana ini boleh mencelakakan UMNO dalam jangka pendek dan jangka panjang.

6. Ini main komen macam kedai kopi aje dan seperti kata Dr sid, mengada-ngada dan menonjolkan diri. Kurangkan bercakap. Kerja mahu lebih.
7. PG setuju dgn Dr Sid bahawa jawatan Ketua Penerangan ini sepatutnya diberikan kepada Dato Seri rais Yatim. Beliau lah dari dahulu ke hulu ke hilir ( RTM pun buta pada masa itu ) dalam menerangkan krisis di Perak. Hingga memanjat RTM dan meminta untuk memberi penerangan : bagi memberikan penerangan mengenai isu semasa untuk kakitangan RTM.
8. Itupun tak disiarkan sepenuhnya penerangan ini. Mujur le ada TV 3 menyiarkan lebih panjang mengenainya. Jika nak harap menteri Penerangan masa itu pun, Hmmmm. Tak tahulah. Harap senyum aje lebih. Sibuk nak berdebat aje.
9. Kepada DS Najib: PG cadangakan lantik secepat mungkin Dato Seri Rais. Banyak untungnya. Setiap butir beliau bercakap bagai permata berharga. Paling tidak pun sejuk mendengar bahasanya baik Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.

6 comments:

  1. saya setuju rais yatim sbg ketua penerangan yg baru.

    ReplyDelete
  2. terlajak kereta boleh undur, terlajak cakap dalam kempen undi lari lah. Walaupun Hakim tu buat silap dan memihak kepada Nizar jangan kita marah dia.. tak elok dia kan Yang Arif.

    ReplyDelete
  3. itu LE YANG PG MENYAMPAH DENGAN KP UMNO INI. DIA TAK FAHAM UNDANG-UNDANG DAN ILMU SIKIT. TAPI NAK CAKAP LEBIH. BUKAN SUKAR NAK FAHAM UNDANG-UNDANG , FIKIRAN KENA LEBIH TERBUKA UNTUK MENERIMA PANDANGAN ORANG DAN JANGAN EGO. FAHAM LAH IA. KP UMNO INI TAK FAHAM , YAA HAKIM MAH TINGGI TU BUKAN BUAT SALAH, CUMA KEKHILAFAN/ KESILAPAN. BANYAK ASPEK PERLU DIAMBIL KIRA DAN DIKAJI OLEH HAKIM. SEBAB ITU SISTEM KEADILAN JENAYAH KITA ATAU PERUNDANGAN KITA ADA PERINGKAT2 NNYA SEPERTI MAHKAMAHRAYUAN, MAHKAMAH PERSEKUTUAN DAN RAYUAN KEPADA DYMMAGUNG ATAU RAJA2 MELAYU ( KES GANTUNG SAMPAI MATI ). JADI INI BAGI MEMBUAT PEMERIKSAAN SEMULA JIKA ADA KEKHILAFAN. JADI YAA HAKIM TU TAK SEPATUTNYA LANGSUNG DIKATAKAN WAYAR PUTUS. IA DIBUAT BERDASAR HUJAH JUGA. CUMA KHILAF.

    KP UMNO INI KALAU BERCAKAP DI KEDAI KOPI KAT PANTAI TIMUR DAH LAMA KENA TELUR TEMBELANG. KERJA LEBIH LE BRADER. CAKAP MAHU KURANG.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Ahmad Maslan,

    Kalau Najib kata out tak apa, tapi adakah anda ingat bahawa Allah boleh kata out any time. Tak kira anda berumur 40 kah 30 kah hatta 1 tahunkah.

    Bagaimana pun saya rasa genbira kerana UMNO meletak kan orang seperti Ahmad Maslan ni sebagai ketua penerangan. Makin cepatlah UMNO pupus.

    ReplyDelete
  5. LAH! NI YANG MENYEBABKAN UMNO DIBENCI RAKYAT

    SILAP PILIH ORANG JADI CHIEF PENERANGAN.. MAMPUISLAH UMNO..

    UMNO BARU NAK NAIK DIA BAGI UCAPAN MACAM TU... BANYAK MODALLAH PR

    ANYWAY GOOD FOR THE EXPOSURE

    ReplyDelete
  6. cian...si amad maslan...hehe haha huhu

    ReplyDelete