Friday, 15 May 2009

KRISIS PERAK : KOMEN PM ADALAH BENAR !


Di petik sepenuhnya dari : Malaysiakini 15 mei 2009

1. Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak harus dipersalahkan dalam kemelut politik di Perak kerana baginda telah mengamalkan prinsip dan semangat demokrasi yang sama ketika melantik Menteri Besar daripada pembangkang dan juga BN.Perdana Menteri berkata beliau sendiri juga tidak harus dipersalahkan kononnya menjadi punca kepada krisis itu yang sudah berlarutan lebih tiga bulan.
2. "Dalam amalan demokrasi kita, rakyat akan memilih wakil rakyat dan Sultan pula akan melantik menteri besar daripada kalangan calon yang mewakili parti yang mendapat majoriti, sebagai menteri besar," katanya pada sidang media dengan wartawan Malaysia di Manado, Sulawesi Utara, di akhir sidang sedang kemuncak inisiatif segitiga terumbu karang (CTI) di situ.

3. Najib berkata dalam urusan melantik menteri besar, Sultan Perak telah menggunakan prosedur yang sama ketika melantik Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dari BN sebagai menteri besar, seperti juga ketika baginda melantik Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS selepas pilihanraya umum 2008, lapor Bernama.Selepas pilihanraya umum itu, katanya, Sultan Azlan Shah melantik Nizar setelah mendapat pengakuan daripada majoriti ADUN yang mencadangkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar.

4. Selepas parti-parti pembangkang kehilangan majoriti, baginda telah melantik pula calon menteri besar yang dikemukakan oleh BN setelah tiga ADUN pembangkang, beralih menyokong BN dan membuat pengakuan akan terus menyokong cadangan pelantikan Dr Zambry, katanya."

5. Jangan salahkan Tuanku. Dalam pilihanraya umum 2008, BN adalah parti tunggal di Perak yang mendapat majoriti DUN dengan 28 kerusi...pakatan pembangkang tidak berdaftar dan tetap berupa tiga parti berasingan.'Tidak langgar perlembagaan'"Pada masa itu kalau Tuanku nak lantik Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali (bekas Menteri Besar) pun Tuanku ada hak kerana BN adalah parti tunggal yang mendapat majoriti terbesar.

6. Tuanku, atas semangat demokrasi berasaskan ketetapan yang dibuat oleh wakil rakyat daripada tiga parti pembangkang...(setelah) Tuanku dapat surat pengakuan mereka, maka Tuanku pilih Nizar sebagai menteri besar," jelas Najib.

7. Perdana Menteri berkata namun kini pembangkang sudah hilang majoriti DUN dan Sultan Azlan Shah melantik Dr Zambry yang dicadangkan oleh BN, menggunakan kaedah yang sama dan berasaskan prinsip yang sah tanpa melanggar sistem demokrasi dan perlembagaan.

8. "Ia berlaku melalui proses yang selaras dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan sistem demokrasi berparlimen. Ini mesti diterangkan dan sebab itu saya kata pilihanraya adalah satu opsyen dan budi bicara... bukan (hal yang) semestinya.

9. Yang menjadi masalah, dia (pembangkang) tidak terima dan menyusahkan proses ini berjalan seperti yang dilakukannya dalam DUN.

10. "Siapa suruh gantung MB dan Exco BN. Ini bertentangan dengan semangat demokrasi berparlimen. Kalau macam ni kita (BN) ada majoriti di Parlimen... kita boleh gantung 20 ahli Parlimen pembangkang kalau kita mahu. Dengan prinsip yang sama (dengan di DUN Perak), kita ada kuasa... budi bicara, kita buatlah sesuka hati kita," kata Najib.

11. "(Namun) Pembangkang pertikaikan pelantikan Dr Zambry dan bawa ke mahkamah. (Adakah) Kita bawa ke mahkamah bila dia gantung ADUN (BN). Masuk akal ke dalam sistem demokrasi, bila ada majoriti, Speaker boleh gantung enam orang. Jika begitu kita pun boleh gantung enam orang," katanya.

12. Perdana menteri menegaskan BN tidak merampas kuasa di Perak kerana peralihan kerajaan dilakukan mengikut peraturan dan undang-undang, yang jika diterima oleh semua pihak akan jelas menunjukkan bahawa kerajaan BN sekarang boleh mentadbir negeri Perak kerana mendapat majoriti yang cukup.

13. "Jangan lupa pada 16 September lalu siapa yang cuba nak curi 21 ahli Parlimen kita. Dia (pembangkang) lakukan perkara sama, tetapi apabila gagal dan kita pula berjaya di Perak, kita pula yang dikatakan tidak demokratik. Kita pula yang dituduh merampas kuasa.

14. 'Percubaan rampas kuasa'"Percubaan merampas kuasa yang pertama dilakukan oleh pakatan pembangkang tetapi tak berjaya... bukan kita (BN) yang memulakan," tegas Najib.Mengenai tindakan melompat parti, Najib berkata hal itu dibenarkan oleh undang-undang dan berlaku di negara lain seperti bekas Perdana Menteri Britain Sir Winston Churchill yang beberapa kali bertukar parti dan terbaru seorang senator di Amerika Syarikat juga melompat parti.

15. Sementara itu, Najib berkata, beliau akan menetapkan tarikh pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat jika mereka tidak mengenakan sebarang syarat dalam mencari penyelesaian kepada kemelut politik di Perak.

16. "Kalau setakat nak berbincang, kita boleh bincang, tidak ada masalah. Saya sedia bertemu tapi jangan ada syarat. Nanti kita tetapkan tarikhnya dan masa yang sesuai," katanya.Pemimpin Pakatan dilaporkan mahu beliau menetapkan tarikh pertemuan itu tetapi mereka berpendirian bahawa jalan terbaik bagi menyelesaikan krisis politik itu ialah dengan membubarkan Dewan Undangan NegeriPerak agar pilihanraya negeri dapat diadakan.

17. "Saya tak menolak apa-apa. Kalau nak jumpa boleh, tetapi tidak semestinya bubar (DUN). Pembubaran itu satu opsyen dan tak bubar pun satu opsyen yang boleh kita lihat juga," tambah Najib, lapor Bernama.

17. Perdana Menteri berkata beliau juga perlu tahu siapa dan berapa orang pemimpin pembangkang yang ingin menghadiri pertemuan itu. Menjawab soalan mengenai saranan supaya beliau menasihati Sultan Perak Sultan Azlah Shah agar membubarkan DUN Perak, Najib berkata keputusan itu adalah hak baginda.Mengenai adanya pemimpin komponen BN sendiri yang setuju jika DUN Perak dibubarkan, Perdana Menteri berkata perbezaan pendapat seperti itu adalah satu perkara biasa.

18. "Tetapi hakikatnya ialah apa yang kita buat hendaklah tidak bertentangan dengan prinsip dan undang-undang negara serta peraturan dewan," katanya.Sebaik selesai sidang akhbar itu, Najib dan delegasi berangkat ke Makassar untuk menziarahi Makam Sultan Hasanuddin di Gowa dan kemudiannya berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Penghuni Gua : Mereka semua ini dah buta mata dan hatinya sekali DS Najib. Cakap apa pun , merekalah yang benar. PR parti maksum. Mana ada buat silap. Kan Ngeh dan Nga sudah bersabda memberikan panduan berpolitik. Mana boleh silap.

2. Hari ini pun, Siva ke mahkamah lagi. Kata mahkamah tidak boleh selesaikan krisis di Perak. Akhirnya dia juga yang pertama pergi. Kalau kalah nanti , kata YAA Hakim rsuah dan dipengaruhi UMNO pulak.
3. Dulu pun Nizar yang bawa ke mahkamah untuk pengesahan beliau MB. Bila jadi begini, kata mahkamah dipengaruhi UMNO. Katanya mahkamah tidak boleh selesai kan krisis Perak. Tapi dia buat rayuan juga.

4. Kerjanya tak lain. Nak gantung orang aje. BN dapat majoriti , gantung 7 YB. Main punggung le namanya PR ini. Tak pandai ilmu hisab kot.

5. Pedulikan mereka semua PM. Teruskan dan anda ikut gerak tari mereka. Tengok siapa yang tahan. Itu aje mengajar kumpulan ini. Terlau kurang ajar dan pembelit. Sentiasa nak menang. Nampak salah orang sahaja.

6. Susah-susah, MAGERANKAN aje Perak tu. Habis cerita. PAS Kelantan dah merasa dulu peritnya. Jadi mungkin pantai barat belum merasa bahanannya. One Malaysia, Rakyat diutamakan. Jadi MAGERAN membolehkan agenda kepada rakyat diteruskan tanpa ganguan dari nyamuk-nyamuk ini.

12 comments:

  1. SULTAN TAK SALAH..

    NAJIB TAK SALAH..

    LOMPAT PARTI TAK SALAH..

    SEMUA NGAKU TAK SALAH.

    KENAPA PERAK BERMASALAH..?

    ReplyDelete
  2. Tidak... Rakyat Perak tidak pernah pun memyalahkan Tuanku Sultan Perak dan "mungkin" tidak salahkan PM Najib. Rakyat Perak cuma salahkan UMNO/BN yang merosakkan negeri Perak dan menyusahkan rakyat dinegeri Perak. Sebagai PM negara Malaysia dan juga taiko UMNO/BN, beliau boleh menasihati Tuanku Sultan Perak membubarkan DUN negeri Perak untuk membolehkan rakyatnya memilih kerajaan yang dikehendaki oleh rakyat sendiri. Begitu juga dengan Zambry yang mengaku dirinya sebagai "MB yag sah" (dia yang cakap). UMNO/BN jangan lagi nak memyusahkan Tuanku Sultan yang dikasihi oleh rakyat Perak dengan mengaitkan Tuanku Sultan dalam kemelut politik di Perak. Kenapa takut sangat dengan pilihanraya kalau yakin sangat rakyat Perak tersangat menyokong UMNO/BN. Itukan yang diminta oleh rakyat dinegeri Perak. PM jangan lupa slogon "1 Malaysia dan RAKYAT diutamakan". Atau pun PM negara Malaysia ini suka CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

    ReplyDelete
  3. anoy : juga saya nak tanya, mengapa takut sangat nak adakan sidang tergempar DUN. Berdosa ke sidang DUN. mengapa dok gantung 7 orang. Sidang DUN mudah, murah, selamat, cepat dan tak buang masa. jadi jangan tanya orang. tanya diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. anoy : Bersidang di DUN tu memang tak berdosa. Tapi perompak perompak tu yang berdosa. Tanpa RAKYAT mana ada ADUN. Tanpa ADUN mana ada DUN. Kenapa tak dikembalikan balik hak demokrasi kepada rakyat sendiri. Bagi rakyat menentukan apa yang mereka mau. Susah sangat ke ??? (takkan hak rakyat juga nak dirompak) Sebagai anak jati negeri Perak, ini memang kehendak kami. Tak tahu la anoy ni anak negeri mana ???

    ReplyDelete
  5. senang saje, negeri dah bergolak, adakan pilihanraya, bubarkan dun, kembali kepada rakyat, biar rakyat yg menentukan siapa yg nak mentadbir perak, bukannya najis antau zambry mandela....lupakan pasal tiga ekor katak yg bermasalah itu dua ekor katak itu ada kes rasuah..., i katak lagi gila kuasa...so kenapa 2 ekor katak hilang tiba2 dan muncul dgn muka tak malu bersama najis...tak kan tak apa2 kot, tak kan 3 ekor katak ini dgn free je nak lompat sokong bn sampai sebuah kerajaan jatuh ke tangan kerajaan haram bn...pikir2lah sendiri..kalau i nak lompat parti pun sampai boleh menjatuhkan kerajaan,,tak kan senang2 je..tak kan tak dak syarat kot...guna otak sikitlah....so ignore tiga katak haram itu, buat prk beradu dalam gelanggang, siapa menang dia ambil itu jee yg rakyat perak mahu..bukan susah pun,piliharaya satu malaysia boleh buat, tak satu negeri nak pikiar mcm2 buang masalah , buang duitlah...boring betullah hari2 baca pasal pergolokan di perak..cepat selesaikan, ingat kepada rakyat..kesihan kpd mereka...berapa lama nak duk dlm keadaan mcm ini...paham2lah kpd pemerintah negeri perak..jgn buat de rentihan rakyat perak,,nanti kalau dah terlambat lagi huru hara negeri perak...

    ReplyDelete
  6. to anoy. Siapa yang ketua perompak. Ketua anda dsai tu lah ketua perompak. 16 sep dia yhang mengajar. tak salah pula bila dia buat. 31 dun bn nak dirompaknya sampai ke taiwan. tak apa pula. kalau orang rampas kuasa, perompak, kudeta. kamu le yang mengajar 16 sep . tapi bodoh. tak dapat rampas. dah malu bodoh kata orang kudeta. apa kuasa rakyat. jangan nak bodohkan orang ah. jangan jual nama rakyat lah. semua perompak vodoh macam kamu semua mulut bercabang. perompak bodoh. nak rompak 16 sep tak pandai.

    ReplyDelete
  7. anoy bahalol !!! Memang sah kamu ni lembu tak berakal. Kalau kamu bukan anak jati Perak jangan nak putar belit rakyat Perak. Rakyat Perak berhak menentukan kerajaan mana yang mereka suka. Kenapa suka sangat menafikan hak rakyat ??? Janganlah terlalu taksub dengan perangai gengster sehingga lepas merampas negeri Perak rakyatnya dijadikan macam banduan yang tak berhak untuk bersuara. Cubalah tanya rakyat Perak sendiri apa yang mereka mahu. Saya berani cabar kamu dengan mengatakan lebih dari 50 peratus rakyat maukan pembubaran DUN. Jadi siapa yang jual nama rakyat ??? Tanya diri sendiri. Jangan macam lembu yang ditarik hidungnya mengikut ketua kamu membuta tuli tanpa menyemak fakta fakta yang betul. Nasihat saya.... pulanglah kepangkal jalan yang betul.

    ReplyDelete
  8. hairan bin ajaib... apasal rayuan zambry boleh diluluskan dlm masa kurang dari 5 jam dengan 1 hakim tapi rayuan nizar memerlukan masa 1 minggu dgn 3 hakim. lepas tu ditunda pulak kehari lain. Memang adil buat pengikut bn tapi tidak pada pandangan rakyat. pikir2 la sendiri.

    ReplyDelete
  9. ANOY: jawab DULU PERTANYAAN. SIAPA YANG MULAKAN 16 SEP. sIDANG DUN PUN IKUT PERLEMBAGAAN. APA TAKUT SANGAT. PEMIMPIN ANDA BODOH. BELAJAR KUDETA TAK HABIS. DAH KALAH MARAH. SUDAHLAH PANTAT. BELAJARLAH UNDANG-UNDANG LAGI. IKUT LE JUBUR ANUAR TU.

    ReplyDelete
  10. Penghuni gua.. u ni penyokong setia UMNO la..sengaja nak post blog camni nak buat apa..BUta pun tau siapa yg buat hal ..kalau bukan UMNO siapa lagi?

    ReplyDelete
  11. Btulke rakyat perak nak DUN dibubarkan? Ke DAP dan PKR yang ada agenda lain? PAS patut hati-hati sikit ya.

    ReplyDelete
  12. Nampaknya, rakyat tidak faham perlembagaan. Buat apa hendak buar DUN bila majoriti ada ditangan? Kenapa Dato Seri Nizar tidak bubar DUN sebaik menjadi MB pada awalnya? Bodohlah nak bubar DUN bila ada majoriti. Bila tiada lagi majoriti, beliau mendesak Sultan bubar DUN? Bukankah itu untuk BN usulkan kepada Sultan bukan pihak yang minoriti. namun bodohlah BN jika mengusul kepada Sultan DUN dibubar sedangkan pihak BN ada majoriti.

    Bukankah kuasa bubar DUN hak Sultan? Maka bubar DUN bukan lagi suatu opsyen bilamana Sultan tidak perkenankan DUN dibubar. Ini juga tidak difahami setengah “pakar-pakar perlembagaan” - apatah lagi yang lain-lain. Bukan juga suatu opsyen untuk MB Dato Nizar enggan letak jawatan bila Tuanku titah Dato Nizar letak jawatan dibawah fasal 16 (6) Undang2 Tubuh Perak dan Sultan tentunya berhak menyingkir MB Dato Nizar bila beliau "berdegil.".
    Kenapa BN wajib bubar DUN sedangkan BN ada majoriti?
    Kenapa DUN Kedah dan DUN Selangor tidak dibubar dahulu? Bukankah itu tindakan bodoh?

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah IIUM

    ReplyDelete