1. Berkaitan keputusan mahkamah hari ini yang membenarkan rayuan Dr Zambry maka berubahlah pandangan pejuang-pejuang islam ini.
2.Pejuang-pejuang islam ini tak boleh kalah. Mereka merasakan, mereka melebihi dan di atas undang-undang. Mereka ini tak faham ke ? Proses dan tindakan Zambry membuat rayuan itu adalah satu sistem dalam mana-mana undang-undang.
3.Mereka pun boleh merayu. Mengapa mereka ini dah jadi begitu bebal dan mahu undang-undang menyebelahinya. Tak puas hati, anda juga boleh buat rayuan. Apa yang nak bising dengan mengatakan Institusi kehakiman dengan berbagai gelaran yang tidak baik ?
4. Lihat pemikiran rendah pejuang islam dan keadilan ini :
Di petik dari Harakahdaily 12 mei 2009.
4.1. Naib Presiden Pas, Husam Musa : Dr M patut ketuk Najib - Husam . Sudah sampai masanya untuk Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuk Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tukul besinya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengulas Keputusan Mahkamah Rayuan tengahari tadi yang menyebelahi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. .............................................................................
Walaupun BN memperolehi perintah mahkamah yang menyebelahi mereka, kata Exco Kerajaan Negeri Kelantan itu, tetapi keyakinan rakyat terhadap kesucian doktrin pengasingan kuasa di bawah BN semakin luluh.
"Keputusan Mahkamah Rayuan tengahari tadi yang menyebelahi Zambry tidak mengejutkan. Itulah sistem kehakiman Malaysia," katanya. KLIK
4.2. Krisis di Perak sudah jadi politik kartun . Petang semalam Dato' Seri Nizar Jamaluddin disahkan Menteri Besar Perak. Tiba-tiba petang ini pula Dato' Dr Zambry Abdul Kadir diberi semula jawatan itu.
Tidakkah situasi ini memeningkan. Rakyat di bawah lebih bercelaru lagi apabila mengikuti perkembangan kes di Perak sekarang.
Apakah babak-babak kartun sudah mulai meresap ke dalam politik Malaysia.
Anggota parlimen Pasir Puteh, Mohamad Hussin berkata, krisis politik di Perak tidak akan selesai selagi mandat tidak dikembalikan kepada rakyat.
"Mahkamah bukan jalan terbaik bagi menyelesaikan konflik politik yang berlaku di Perak sekarang. Tengoklah apa yang berlaku hari ini. Semalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengesahkan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar. KLIK
Penghuni Gua : PG nak ingat satu aje. Mereka kata mahkamah bukan jalan terbaik bagi selesaikan krisis di Perak di atas. Jadi PG nak ingatkan sahaja. Siapa yang minta pengistiharan bahawa Nizar MB Perak yang sah. Siapa yang bawa ke mahkamah.? Kome le yang bawa. Zambry dan BN , ikut rentak kome semua aje. Dah undang-undang membenarkan saluran rayuan, merayu le.
Kalau tak ada rayuan ramai le yang mati daan di penjara buta aje di Malaysia ini. Mahkamah Mejistret jatuh hukum terus sumbat dalam penjara. Tak boleh rayu. Sistem jenis apa tu. Islam tunjukkan contoh begitu kot. Yang PG tahu islam pun benarkan rayuan.
Juga masa DSAI merayu ke liwat, dulu pada 1998, kemudian dibebaskan. Mengapa kome tak kata macam ni. Boleh pulak DSAI membuat rayuan. Menang pulak tu. Sampai punggung YAA Hakim seolah nak dijilatnya bila DSAI menang kes ini.
Orang ini juga. Sekarang, tiba-tiba tak boleh pulak merayu. Jadi kartun lah, tidak ikut hasrat rakyat lah, mahkamah bukan jalan terbaik lah dan berbagai lagi le, termasuk si Mahfuz yang tuduh YAA Hakim dipengaruhi oleh BN.
Apalah kome semua ni cakap. Waras lah sikit dalam memberi pendapat tu. Naik menyampah dibuatnya. Kalau kome semua ini dapat memerintah Malaysia, barangkali semua mahkamah rauan akan tutup semuanya. Nak merayu pada DYMM Agung dan DYMM Raja-Raja dan Kepada Gabenor pun tak boleh agaknya.
Nota : Dua tiga hari ini, PG buat ulasan sampah aje. Berpadanan le dengan pendapat sampah yang gulungan ini keluarkan. Jadi pulang paku buah keras balik.
Munafik sangat sifatnya. Itgu yang sembahyang hajat dah habis padang bola pun masih Allah tak perkenankan doa mereka ini. Takbur dan memfitnah sentiasa. Itu pun belum insaf petunjuk dan isyarat yang Allah berikan.
semoga bumi Allah ini sentiasa mendapat rahmat dan dijauhi dari kemungkaran..
ReplyDeleteTimah bukan perak tapi gangsa........
ReplyDeleteAKIL ABD RAUF akil_abd_rauf@yahoo.com.my
Salam tuan...........
Hakim Ramly tidak berhak melarang Nizar masuk pejabat menteri besar kerana mahkamah telah membuat keputusan Nizar sebagai MB yang sah. Harnya selepas keputusan mahkamah rayuan, baru boleh menentukan sama ada Nizar layak atau tidak duduk kerusi MB seterusnya. Tak sangka pulak ada lawyer yang loyar burok !!!!!!!!!!!!!
Lagi pulak keputusan Mahkamah Rayuan di buat pada 12/05/2009 1330 hrs.......
pa nie?????time tu klu gi buat report kat balai polis pantai Pasukan Gerakan Marin memang nak kena maki la.time org nak makan@lunch.
X daq time break ker mahkamah rayuan putrajaya.Tapi gerenti lepas ni kalu PR buat rayuan semakan keputusan Mahkamah Tinggi yang 100% menyebelahi Nizar,saper barani beating ????? gerenti x jalan punya silap hari bulan lepais PRU 13 pun fail x daftar lagi kat pendaftar Mahkamah Persekutuan.
p/s reply dalam blog nanti tuan.
thx...rgds
Timah bukan perak tapi gangsa........
AKIL ABD RAUF akil_abd_rauf@yahoo.com.my