Wednesday, 20 May 2009

PEGUAM GULUNGAN KEBAL / ISTIMEWA ?



Majlis Peguam baru-baru ini mengadakan mesyuarat tergempar (EGM) berhubung isu penahanan lima peguam Biro Bantuan Guaman di Balai Polis Brickfields di Shah Alam pada 7 Mei lalu.

Hasil daripada mesyuarat itu, Majlis Peguam meminta Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara meletakkan jawatan kerana tindakan polis meleraikan perhimpunan haram diadakan di hadapan balai polis tersebut didakwa melanggar hak seseorang mendapatkan khidmat guaman. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Apa istimewanya para peguam dan Majlis Peguam ni. Jika telah melanggar undang-undang , kerana anda peguam, maka tindakan tidak boleh diambil terhadap anda?


2. Kebal sangat ke Majlis dan para peguam ini. Penghuni Gua merasakan tindakan peguam yang mengadakan perhimpunan haram di depan Balai Polis Briekfield satu kesalahan di bawah akta polis di bawah sek 27. Mengapa tindakan tidak boleh diambil ke atas mereka. Adakah para peguam ini kebal dari tindakan undang-undang.


3. Dalam hal ini, apa komen SUHAKAM. Adakah SUHAKAM hanya berdiam diri di atas isu ini ? Di mana SUHAKAM berdiri yang sebelum ini begitu beriya-iya dalam mengadakan enquiry awam bagi mencari kesalahan polis. Mengapa mereka membisu hingga kini.


4. Adakah wajar, Majlis Peguam mendesak Menteri Dalam Negeri dan KPN meletakkan jawatan ? Apa hak mereka. Adakah 5 peguam yang ditahan ini mempunyai kekebalan dari segi undang-undang melebihi hak rakyat terbanyak yang lain ?


5. Dari satu sudut, para peguam ini dan juga Majlis Peguam pernah untuk menghapuskan kekebalan DYMM Baginda Sultan. Tetapi di dalam hal ini, mereka bersifat hipokrit dengan cuba menafikan kuasa polis untuk mengambil tindakan atas mereka.


6. Majlis dan para peguam adalah mereka yang mahir dalam aspek undang-undang. Sepatutnya mereka menjadi pelupor kepada yang lain terutama kepada semua rakyat Malaysia agar tidak melanggar undang-undang. Ini berlaku sebaliknya.


7. Jika Majlis dan para peguam ini betul-betul jujur dalam memperjuangkan keadilan dan keluhuran undang-undang dan membela hal asasi rakyat Malaysia, maka apa yang perlu dan menjadi keutamaan ialah dalam 2 aspek:


7.1. Sepatutnya Majlis dan para peguam ini, mengambil tindakan bagaimana untuk mengurangkan kejadian jenayah yang dilakukan oleh para peguam ini yang kerap menipu pelangganya/ orang ramai. Setiap hari ada sahaja lapuran tentang penipuan dan pecah amanah yang dilakukan oleh gulungan ini. Ini yang sepatutnya menjadi keutamaan kepada majlis. Setakat ini tiada cadangan dan tindakan konkrit yang dilakukan oleh majlis .


7.2. Juga kutamaan majlis ialah bagi menyelsaikan maslah kes tertunggak yang disebabkan oleh tindakan ahlinya yang mengambil 2-4 kes dalam satu masa dan kemudian menangguhkannya. Mereka ini hanya kengejar duit dan keuntungan. Jika timbul isu kes tertunggak maka majlis ini akan mencuci tangan. Tidak pernah sekalipun majlis mengakui bahawa kejadian kes tertunggak sebahagiannya adalah disebabkan oleh tindakan tidak jujur ahlinya. Apa pendirian dan tindakan majlis peguam dalam isu ini? Kosong.

8. Kepada Majlis Peguam, jangan cuba menegak benang basah dan jangan cuba menjadi juara untuk mengajar orang ramai melanggar undang-undang. Jangan eksploitasi undang atas kepandaian anda itu bagi kepentingan sendiri. Majlis Peguam sepatutnya lebih tegas dalam mendidik ahlinya supaya mematuhi undang-undang dan peraturan negara.

9. Cukuplah tindakan kurang ajar anda sebelum ini.

1 comment:

  1. Majlis peguam memang Hipokrit. Mereka sekarang melebih kuasa Agong dan Sultan. Boleh bertindak melangar undang-undang sesukahati.

    ReplyDelete