Dipetik dari blog : Datuk A. Kadir Jasin
A Kadir Jasin
SIR WINSTON Churchill berkata: “A pessimist sees the difficulty in every opportunity; an optimist sees the opportunity in every difficulty.”(Seorang pesimis nampak kesukaran di dalam setiap peluang, seorang optimis nampak peluang di dalam setiap kesukaran).
The Star Online berkata: “Barisan Nasional memutuskan tidak bertanding pilihan raya kecil Pananti, Pulau Pinang, 31 Mei ini.
“Pengerusi BN, Mohd Najib Abdul Razak sebagai berkata: “Kami berasa pilihan raya kecil ini tidak diperlukan; kami tidak akan turut serta dalam mainan politik pembangkang.”
“Dia berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN.”
Mahatma Gandhi berkata: “Fear has its use but cowardice has none."(Ketakutan ada kegunaannya tetapi penakut tidak ada sebarang guna.)
Dan apa agaknya kata 5,127 pemilih yang mengundi BN di Penanti pada pilihan raya umum tahun lalu dan 3 lebih juta ahli Umno.Saya?Tak mahu kata apa-apa lagi!
Penghuni Gua : Bab ini memang PG tak setuju dari awal lagi jika BN tak bertanding. Atas apa alasan pun BN wajib bertanding.
2. Kalah menang soal lain. Jangan nafikan pengundi dan penyokong anda di Penanti yang hampir separuh telah mengundi BN. Adakah hendak membiarkan dan mengajar mereka supaya mengundi parti lain semasa pilihanraya kecil Penanti nanti ?
3. Masa masih belum terlewat untuk BN mengubah keputusan.
4. Kepada DS Najib. Fikirkanlah semula keputusan ini.
Saya setuju BN tak bertanding. Lebih baik seluruh tenaga BN digembeling membangunkan negara. Macam-macam masalah yang timbul sekarang. Jangan main ikut rentak PKR. Masalah dalam PKR mengapa rakyat perlu terlibat dan di jadikan buah catur?
ReplyDeleteni bukan masalah ikut rentak
ReplyDeleteini takut beb..
parti-parti pembgkg x pernah penakut macam tu walaupun tau x boleh menang..mereka tetap lawan
apa ke punya pondan