1. Penghuni Gua siarkan komen dan ucapan terima kasih dari seorang pembaca di laman blog PG iaitu Rimbo Malaya. Kepada Rimbo Malaya PG juga melahirkan terima kaseh kerana memberikan komen yang baik terhadap blog PG.
2. Walau bagaimana pun , liputan dan pandangan blog ini berkaitan krisis Perak seperti yang dikatakan oleh Rimbo amat baik tidak akan jadi sedemikian tanpa adanya pandangan yang amat bernas yang dilontarkan secara berterusan oleh Prof Dr Abd Rani. Beliau berterusan menghantar pandangannya ke blog ini. Jadi PG hanya memaparkanya kerana dilihat amat baik bagi kita semua mendapat berbagai pandangan dan dapat membuat kesimpulan serta memahami isunya dengan lebih tepat.
3. Akhirnya, seperti yang Rimbo katakan: dengan keputusan mahkamah rayuan hari ini telah membenarkan semua pandangan Prof Dr Abd Rani berkaitan krisis di Perak.
4. Ketepatannya berbanding dengan Prof undang-undang dan peguam yang lain kerana ia tidak berpihak dan beliau tiada dendam kesumat. Juga pandangannya mengambil kira berbagai sudut tanpa bias . Setengah Prof yang lain bercakap dipentas politik tetapi bersembunyi dan mempergunakan gelaran Prof untuk menghentam kerajaan dan bukan bagi memperbaiki keadaan. Prof Dr Abd Rani ini juga menghormati pandangan orang lain. Inilah kelebihan Prof ini berbanding rakan sejawatannya yang lain.
5. Beliau dilihat memberi pandangan secara bebas sebagai tanggungjawabnya kepada negara dan masyarakat. Inilah kelebihan Prof ini. Semuga Prof Dr Abd Rani terus memberikan pandangan dan terus berjaya dalam kerjaya. Kami semua doakan. Terima kasih juga kepada Rimbo Malaya. Anda memberi semangat kepada saya untuk terus menulis dan berkongsi pandangan.
Komen Rimbo Malaya
1. Salam sejethera kepada PG. laman berita ini yang banyak menyumbang sumber sumber manfaat kepada pembaca berkaitan isu semasa poltik DUN Perak dan berkaitan isu semasa politik di negara kita. isu rumit cuba memperoalan kedualatan perundangan dalam pertikaian DUN Perak.
2. saya amat berasa terkilan dan sedih melihat gara-gara komen setengah pihak yang begitu emosi dan ada kala mengelirukan masyarakat bila mana memberi komen yang bukan-bukan yang berbauh hasutan dan taksub kepada satu percayaan ideology parti politik mereka walaupun banyak memberi kontrovosi. usaha murni PG amat saya hargai kerana sudi meluangkan masa memfokuskan blog ini untuk tantapan masyarakat perihatin mau tahu sebenar apa yang berlaku dalam kemelut isu DUN Perak.
3. Saya suka menilai pandangan mereka-mereka dalam Blog PG terutama yang menyentuk krisis perak berhubung kait pakar-pakar pengamal undang berkaitan Perlembagaan dari rumusan oelh beberapa prof. undang-undang juga tidak ketinggalan memberi pendapat dan pandangan mereka menyentuh krisis DUN Perak. saya sendiri terkileru ada segelintir Pakar Undang2 cuba mengesahkan Mesyuarat di bawah POKOK DUN itu sah?
4. Aku hiran seolah tiada bangunan yang sah? Mungkin pokok tempat berhimpun pun terkejut apa dah jadi pilih pokok dibawah “aku ini kata pokok”? Mungkin pokok itu pun terjeut sebabnya “kalau pokok boleh bercakap” apa tak pakai ISA?
5. Saya sependapat dengan PG, pendapat seorang Prof Dr. Abdul Rani dari undang-undnag Faculty UNdang IIUM tidak bersependapat dengan Prof. Aziz Bari yang banyak menurus kepada pembelaan PR.
6. Saya suka baca pendapat Prof Rani, kerana terus menerus serta tegas mengeluarkan pendapat beliau menjurus kepada isu perundangan mengikut Perlembagaan secara jelas mendokong Bahawa kuasa kuasa Yang Teramat Mulia Tuanku Sultan Perak berhak dan berkuasa melantik MB Dr. Zambry diperkanannya yang mendapat majority pilihan rakyat melalui Kerusi DUN Perak mengganti YB Nizar.
7. Terima Kasih Prof Rani, dia seorang pengamal undang-undang berani mendesak terus supaya mereka mereka yang melanggar undang undnag tubuh negeri dan Tuanku Sultan itu ditangap masuk dalam karung ISA. Ada bagusnya cadangan itu supaya orang yang biadab melanggar undang itu tau, rendah tinggi nya langit.
8. Supaya mengajar masyarakat hormat undang-undang. Jangan babit Istana kerana mereka yang kecoh itu dikalangan ahli DUN sendiri perlu taulah limit permainan dalam berpolitik di bawah naungan Negeri Tuanku. Kini sampai ketika masanya kita dah dapat jawapan dari yang amat arif keputusan mahkamah rayuan bahawa perlantikan MB Dr. Zambri dan kekal MB yang Sah yang telahpun diberi mandate diperkanan TUANKU SULTAN sebelum ini.
9. Syabas PG dan Prof kerana kupas undang secara tidak memihak mana mana pihak tetapi menjurus kepada pengertian dan penggunaan kepada Undang2 itu sendiri demi kepentingan keselamatan rakyat, bangsa agama, Negara.
Posted by RIMBO MALAYA.
No comments:
Post a Comment