Friday, 22 May 2009

YB DR ZAMBRY KEKAL MB PERAK : KEPUTUSAN MAHKAMAH RAYUAN


Agenda Daily

DR ZAMBRY KEKAL MB PERAK YANG SAH...: KEPUTUSAN SEBULAT SUARA
May 22, 2009 : 04.23 PM--->

Keputusan tiga hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya petang ini sebulat suara memihak kepada rayuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk ketepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu yang sahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar. Ini bermakna Dr Zambry terus kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Penal tiga hakim yang membuat keputusan itu terdiri dari Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.

Mereka memutuskan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya pada 11 Mei. Menurut mereka Sultan Perak layak melantik Dr Zambry apabila Nizar hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.Bila tiga Ahli ADUN pembangkang lompat jadi Bebas dan sokong BN jumlah disebelah BN ialah 31 manakala pembangkang tinggal 28.


Kedua-dua Nizar dan Dr Zambry tidak hadir di mahkamah semasa keputusan itu diumumkan. Sementara itu Ahli Exco Kerajaan Negeri Perak Datuk Hamidah Othman dan Datuk Ramly Zahari yang ditemui di situ menyuarakan rasa lega dan bersyukur dengan keputusan itu. Seperti kebiasaannya bila keputusan mahkamah tidak memihak,kira2 150 penyokong pembangkang jerit takbir dan reformasi di kawasan Mahkamah Rayuan bila dapat tahu Nizar kalah. -22/5/2009

Penghuni Gua : Tahniah Zambry. Keadilan sudah ditegakkan. Ingat ini adalah keputusan sebulat suara. Bukan majoriti.

2. Dengan keputusan ini , semua pihak harus menerima dengan hati terbuka terutama kepada pihak yang tewas. Beri keutamaan kepada agenda pembangunan dan keselamatan rakyat Perak. Jangan berdalih dan mencari berbagai alasan lagi untuk menyebabkan krisis ini terus berpanjangan.

3. Jangan juga dengan keputusan ini ada pihak mempertikaikan ketelusan dan keadilan badan Kehakiman. Keadilan telah ditegakkan.

4. Walau bagaimana pun PG percaya , misti ada suara-suara sumbang yang akan mempertikaikan keputusan YAA Hakim-Hakim ini denganberbagai tuduhan seperti dipengaruhi BN, berpihak, tidak telus, rasuah dan sebagainya.

5. Kepada mereka ini PG menyeru dan mengingatkan bahawa pandangan dan keputusan pihak ketiga dan tertinggi sekali dalam sistem keadilan kita harus dihormati dan dipatuhi.

5. Kepada pihak kerajaan dan semua badan penguatkuasa yang berkaitan : jika badan kehakiman ini terus diejek dan dikeji dengan berbagai gelaran dan tuduhan, sewajarnya sesuatu tindakan keras wajib diambil bagi memberi pelajaran kepada mereka erti menghormati undang-undang.

6. Jangan mentafsir undang-undang mengikut kepala dan fikiran sendiri. Keputusan telah dibuat, jadi patuhi. Pegang prinsip rule of law bukan rule by law.

7. Kepada Prof Dr Abd Rani Kamaruddin yang tidak putus menyumbangkan pandangan bertulis mengenai isu ini, PG mengucapkan ribuan terima kasih. Dengan pandangan-pandangan yang dituliskan oleh pihak Prof kami semua dapat memahami mengenai kemelut ini dengan sudut yang berbeza.

8. iiah juga kerana semua pandangan Prof dalam isu ini adalah tepat dan benar. Terjadi demikian kerana, Prof tidak berpihak. Juga Prof seperti yang selalu katakan bahawa kita misti membaca undang-undang. Bukan belajar. Lepas belajar , semua pengamal undang-undang termasuk kita semua, perlu membaca undang-undang untuk mengetahu yang tersurat dan tersirat.

9. Inilah kelebihan yang ada pada Prof. Juga kesempatan juga diambil bagi memberikan penghargaan kepada Dr Siddiq Azazi yang kerap PG mengambil pandangannya bag disiarkan di blog PG. Juga semua pandangannya adalah tepat.

11. Selepas ini, mungkin sekarang pun sudah ada suara sumbang " Menang Hakim adil, Kalah Hakim tak adil " berkumandang. Biarkan si Luncai terjun dengan labunya.

12. Tahniah Dr Zambry dan tahniah kepada semua yang memberikan pandangan dan ulasan ke blog PG sehingga kita semua dapat berbagai pandangan dan pendapat. Terima kasih : Krisis akan berterusan lagi...........

13. Selesai satu perkara bukan penamat segala masalah. Ia adalah permulaan kepada sesuatu perkara dan masalah yang baru.

No comments:

Post a Comment