Wednesday, 13 May 2009

YB NIZAR FAIL RAYUAN : MUNGKIN DAH PANDAI KOT ?


Utusan Malaysia

Nizar fail permohonan ketepikan perintah penangguhan Zambry sebagai MB Perak
13/05/2009 3:45pm



PUTRAJAYA 13 Mei - Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah penangguhan yang diperoleh Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan beliau Menteri Besar Perak yang sah.

Notis usul permohonan itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan di sini pukul 2.20 petang melalui Tetuan Leong & Tan. - Utusan

Penghuni Gua : Mungkin YB Nizar dah pandai sekarang. Mungkin ada peguam yang nmenasihatinya dengan baik. Dicadangkan peguam ini nasihatkan juga tentang proses-proses dan hak=hak seseorang semasa di mahkamah atau jika di tuduh. Ada berbagai proses rayuan.

2. Tetapi yang PG rasakan akan berlaku lagi ialah :

2.1. Jika rayuan Nizar ini berjaya atau memihak kepadanya esok atau lusa, maka sudah tentu berderai pulaklah suara hipokrit ini akan berkata" mahkamah adil, Hakim Adil, Demokrasi telah ditegakkan. insitusi kehakiman telah bebas dari pengaruh BN , dll.

2.2. Jika keputusan YAA Hakim tetap menyebelahi Zambry , alamatnya siap le telinga YAA Hakim semua termasuk telinga kita semua. " Hakim bodoh;ah, Hakim makan duit lah, BN suap Hakim lah, Hakim tidak bebaslah dan blah, blah, blah......"

3. Biasalah, si hipokrit bertopengkan islam. Jika dalam Islam mereka ini dipanggil gulungan munafik. Atau dalam bahasa mudahnya mereka yang mempunyai 1 telingan dan 2 lidah. Biasalah.




4. Kepada Badan Kehakiman: Pedulikan suara-suara munafik ini. Jalankan tugas anda. Kita semua akan mati. Jumpa juga kita di akhirat. Itu aje kuncinya.

No comments:

Post a Comment