Tuesday, 2 June 2009

AWANG SELAMAT RACIST ?: TPM MENEGURNYA !!!

Malaysiakini

Muhyiddin tegur Utusan
Rahmah Ghazali Jun 2, 09 7:00pm

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur akhbar Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel yang didakwa mempunyai unsur perkauman.Beliau mengulas artikel yang disiarkan dalam akhbar tersebut bertajuk 'Melayu dikhianati' yang ditulis oleh Awang Selamat.Artikel tersebut antara lain menyifatkan kaum bukan Melayu membuat tuntutan yang didakwa oleh Awang Selamat melampaui batas.

Walaupun tidak mengikuti tulisan itu, kata Muhyiddin, beliau mengingatkan akhbar berkenaan supaya menghormati kaum lain di negara ini."Mereka yang diberi kewarganegaraan adalah rakyat Malaysia, tak kira mereka Melayu, Cina atau India," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG ada menyiarkan rencana Awang Selamat ini pada 1 mei 2009. PG siarkan sekali lagi tulisan ini untuk tatapan pembaca dan menilai sendiri adakah ia berunsur perkauman atau sebaliknya . Lihat di bawah :

ARKIB : 31/05/2009
Utusan Malaysia


Melayu dikhianati?


Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata: ''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka.

Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''. Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?


-Awang Selamat


Penghuni Gua : Setelah dibaca , PG berpendapat tak ada salahnya tulisan ini. PG pun berharap kepada TPM jangan sesekali meminta Utusan Malaysia meminta maaf. Bacul kita semua jika ini berlaku lagi. Cukup 2 kali pemimpin Melayu meminta maaf di atas kesalahan yang tiada pun dilakukan oleh mereka.


2. Apa salahnya Hishamuddin menghunus keris. Apa salahnya pemimpin UMNO mengisahkan semula asal keturunan rakyat Malaysia ( Dalam Hal ini pemberita akhbar cina dan pemimpin Gerakan telah sensasikannya untuk ubati kekalahannya di Penang ).


3. Apa salahnya Awang selamat memaparkan kembali kata-kata Tun Sambanthan di atas. Itu semua sejarah. Dan ia memang benar. Ia didokumenkan dan ada bertulis di dalam catatan sidang parlimen.


4. Komen Awang itu hanya untuk mengingatkan kembali kepada semua rakyat Malaysia agar jangan lagi mengkhianati orang Melayu yang begitu banyak bertolak ansur seperti mana pemimpin kaum lain terdahulu yang amat menyanjungi pengorbanan orang melayu dalam membrikan kerakyatan kepada kaum lain yang tidak pernah berlaku di mana-mana negara hingga kini.


5. Salahkan Awang selamat berbanding dengan tulisan akhbar cina setiap hari dan ucapan pemimpin cina yang setiap hari menghamburkan kata-kata perkauman dan menghina orang melayu? Salahkah Awang Selamat berbanding dengan surat khabar cina dan pemimpin cina samada pembangkang dan kerajaan yang mengungkit dan menuntut berbagai perkara yang mahu merungkai kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh dato nenek kita semua.


6. Salahkah Awang Selamat.


7. Kepada TPM, PG harap jangan lagi lakukan kesilapan dengan meminta Utusan meminta maaf. Tak ada ssalahnya tulisan tersebut. Ianya sejarah. Cuma dipaparkan kembali. Jangan sesekali mendengar radia burruk perkauman dari pemimpin Gerakan, PPP dan beberapa kerat pemimpin MCA yang kerap menikam pemimpin dan orang melayu dari belakang. Mereka tidak pernah pun merasa bersalah dan meminta maaf atas kesalahan mereka.


8. Bagaiman desakan Gerakan agar Chin Peng di benarkan pulang ke Malaysia pada minggu lepas? Tak ada apa pun komen dan teguran Dr Koh Tsu Koon kepada pengerusi Gerakan Pulau Pinang.


9. Kepada TPM juga : jangan kita terlalu mengalah dan melayan pandangan sampah pemimpin ini.

8 comments:

  1. Pada pendapat aku tak salah pun tulisan Awang Selamat.

    Kenapa bila orang Melayu nak bercakap tentang bangsanya dipanggil racist???????

    Kenapa bila Cina bercakap tetntang tentang bangsa mereka tidak dipanggil racist

    ReplyDelete
  2. TPM yg ada 2 telinga, 2 mata dan 1 lidah perlu juga ada keberanian di dada dan kecerdikkan otak bagi menghurai pemikiran dan maksud awang selamat,
    salam

    ReplyDelete
  3. Tan Sri Muhyiddin jangan mulakan langkah sumbang. Sudah cukup rasanya Melayu diperkotak katikkan oleh golongan rasis dar parti komponen BN sendiri. Jangan jadi pemimpin bacul dan lembut. Semua hak Melayu dibagi pada bnagsa lain. Bangsa lain apa sumbangan mereka pada Melayu?

    ReplyDelete
  4. aku orang melayu..tp aku xsokong umno..bg aku,aku hanya ada saudara islam..xkira dia bangsa ape skalipun..ape ade pada melayu??kalau kau melayu ko leh masuk syurga ke?Allah xpandang bangsa..tp Dia pandang agama kita..tulisan awang xsalah..tp sbb umno=parti melayu..sedangkan kami generasi muda ini terasa seperti di khianati oleh umno..bukan bangsa lain..oleh umno sendiri..aku bkn dari mana2 pihak..sbb aku tahu politik ni kotor..aku generasi muda ni harap pemimpin2 semua ubah sikap masing2..jgn pk kami ni muda kami tidak tahu yg mana betul n salah..umno akan jatuh kalau golongan muda seperti kami menolak umno..cuba bandingkan rumah nik aziz dengan rumah anuar musa? bagai langit dengan bumi bezanya!! kami golongan muda memerhatikan benda2 yg semacam itu..jgn pk kami buta mata n hati..igtlah pesanan kami..kalau umno ini tidak pernah berubah mmg penggal ini merupakan penggal terakhir bagi umno..aku sayangkan bangsa aku n agama aku..tapi umno menolak islam..byk kes yg menunjukkan umno menolak islam..jgn igt kami org muda kami tak tahu..kami bkn dengar ceramah pembangkang..kami kaji sendiri semua bende ni dari pemerhatian kami..

    ReplyDelete
  5. SIAR BANYAK KALI LAGI..AKU PUN AKAN SIARKAN JUGA..

    ReplyDelete
  6. Tanya TPM...jawatan TPM ke atau Melayu lebih penting? nasihatkan TPM dia disitu kerana Melayu yang nobat dia kat situ.Dia di situ UMNO yang angkat.Bukan MCA,MIC..

    ReplyDelete
  7. http://fromunderdogtotopdog.blogspot.com/2009/06/in-end-everyone-is-racist.html

    ReplyDelete