Sunday, 21 June 2009

DARAH DI IRAN : APAKAH INI YANG KITA KEHENDAKI ?

Berita Harian
21 jun 2009

13 terbunuh dalam rusuhan di Iran

TEHRAN: Televisyen kerajaan Iran melaporkan 13 orang terbunuh dalam pertempuran ganas di antara polis dan apa yang mereka gelar "kumpulan pengganas".

Laporan itu tidak menyatakan bagaimana kematian itu berlaku tetapi sebelum itu ia melaporkan beberapa orang terbunuh apabila beberapa perusuh menyerang sebuah masjid di barat Tehran.

Laporan hari ini saluran rasmi berbahasa Inggeris itu menyatakan stesen minyak terbakar manakala perusuh juga menyerang pos tentera.

Ibu negara Iran itu dihujani keganasan ketika pasukan keselamatan bertempur dengan penyokong Mir Hossein Mousavi, yang mendakwa beliau memenangi pilihan raya presiden pada 12 June lalyu.

Laporan itu adalah pengesahan kedua berhubung kematian sejak bantahan umum itu. Media rasmi menyatakan tujuh terbunuh pada awal minggu ini.

Penghuni Gua : Apakah ini yang kita mahu di Malaysia. Jika dibenarkan dan diberi kelonggaran untuk perhimpunan tanpa dikawal atau rapat umum parti-parti politik dibenarkan secara bebas dan tidak terkawal atas nama demokrasi , inilah akibatnya.

2. Jika berlaku perkara ini di Malaysia ( sudah berlaku berulang kali secara terpencil ) maka pejuang-pejuang hak asasi ini akan menghilangkan diri. Jika ada pun akan menuding jari kepada kerajaan. Itu sahaja kepandaian mereka.

3. Kepada kerajaan, PG tetap berharap agar sebarang undang-undang pencegahan haruslah diperkemaskan dan dikekalkan supaya perkara seperti di Iran sekarang tidak berulang. Kepada mereka yang kerap mendesak agar semua undang-undang pencegahan dan mendesak diberi kebebasan bercakap dan berhimpun , mereka ini hanya pandai bercakap. Tugas mereka hanya bercakap tanpa tanggung jawab.

4. Sekiranya terjadi seperti di Iran , mereka akan lari dari tanggungjawab. Di Iran , semuanya berjubah dan berserban. Tetapi apabila menyentuh politik dan kepentingan masing-masing : kita lihat sendiri sekarang. Masing-masing mempertahankan mereka benar. Yang menjadi mangsa adalah rakyat.

5. Kepada kerajaan, jangan mengharapkan kumpulan ini akan membantu sekiranya terjadi hal yang sedemikian. Mereka lari kesemuanya. Mereka ini dayus. Bila negara aman , mereka inilah juara demokrasi. Lihat sahaja tragedi 13 mei. Semuanya lepas tangan. Akhirnya, yang menyelesaikan adalah kita semua yang dikatakan gulungan kejam, haram, anjing, maha firaun dan sebagainya.

6. Kepada semua : pertahankan ISA dan semua undang pencegahan yang berkaitan. Inilah benteng pertahanan kita yang terakhir sekiranya apa-apa berlaku. Bukan kekuatan senjata yang menentukan keselamatan kita akan terjamin. Tetapi undang-undang inilah bagi membendung dari peristiwa seperti di Iran berlaku di negara kita. Selamatkan ISA dan undang-undang sepertinya.......

7. Lihat gambar terbaru krisis di Iran : Inikah yang kita kehendaki ?








No comments:

Post a Comment