Sunday, 14 June 2009

HADI KATA KERAJAAN PERPADUAN : NIK AZIK KATA BONEKA UMNO !


MalaysiaKini

Penyokong k'jaan perpaduan belakangi nasihat mursyidul am...
Jun 14, 09 5:22pm

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dilaporkan berkata pihak yang berkeras menyokong cadangan kerajaan perpaduan sebagai tidak mendengar nasihat dan cuba membelakangkan kuasa beliau sebagai Mursyidul Am PAS. "Bagaimanapun sebagai pemimpin parti, saya akan terus menasihatkan ahli, walaupun ada yang tidak mendengarnya," katanya dalam laporan Bernama. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Wow, wow, wow. Mana satu nak ikut ni. Mana satu nak pakai istilah ni. Takkan salah satu salah. Dua-dua tok guru dan ulamak. Satu Presiden, satu Mursyidul Am PAS.

2. Tuan Guru Hj Hadi betul ? Takkan TG Nik Aziz salah!

3. Tuan Guru Nik Aziz betul ? Takkan Tuan Guru Hj Hadi salah!
4. Biarlah labu. Biarlah. Biar si luncai terjun dengan labunya. Kesian labu dan luncai. Samalah tu............
5. LU FIKIR LAH SENDIRI. Ulamak kalau dah tak ikhlas dalam berjuang dan gunaka agama untuk kepentingan parti inilah jadinya. Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu dari kejadian ini kepada semua pemimpin dan pengikut tegar PAS.

2 comments:

  1. Dua-dua manusia biasa tak lari dari kesalahan. Mereka bukan maksum macam para Rasul. Tapi yang pasti UMNO lagi teruk, berlagak nak tegakkan syiar (lambang) Islam saja, syariat Islam tolak tepi. Sedangkan jika persoalkan hukum Allah pun boleh tergelincir akidah dan iman, apa lagi kalau tolak tentulah boleh terbatal iman. So orang umno yang tolak hukum Allah tu banyak-banyak la mengucap kalimah syahadah yer hehehe

    ReplyDelete
  2. Para sahabat,

    Bagi saya Nik Aziz pun betul, Hadi pun betul.
    Mungkin Nik Aziz menolak sekiranya PAS hanya nak dijadikan boneka.kalau nampak ada win win mungkin mungkin hadi dan aziz cantum jadi 'hadiz'

    Umum tahu Nik Aziz ni celupar. Bahasanya tak teratur.Hadi pun kena berhati-hati.Maksudnya disitu kut.

    Hadi pula nak buktikan beliau tidak jumud. Ruang perbincangan dengan parti UMNO tidak seharusnya ditutup.Dalam masa yang sama beliau juga nak buktikan kepada parti-parti dalam PR ini bahawa PAS bukan menumpang sesiapa.Jangan perkudakan mereka. Sekarang ni pun Hadi dan Aziz duk ketawa berdekah-dekah kerana kesan lontarannya mengusarkan Kit Siang,Karpal dan Bro Nuar. UMNO pun jadi serba salah.Nak tolak salah.nak terima salah. Jadi semmuanya serba salah.

    Politik ni penuh dengan muslihat.Kita tak payah nak risaukan tentang kedua-duanya.Kerajan Perapaduan mungkin jadi.Mungkin jadi tak jadi. Mungkin jadi tak jadi,jadi.Mungkin jadi tak jadi, tak jadi...wallauhalam.

    P.Ramlee kata "berapa banyak tjai,tak jadi daaa!"

    ReplyDelete