Tuesday, 16 June 2009

INTERNET PEJABAT JANGAN BUAT MACAM HARTA SENDIRI : AMARAN PM


Berita Harian

16 jun 2009


Penjawat awam dilarang guna modem untuk capaian terus Internet


KUALA LUMPUR:, 16 Jun (Bernama) -- Penjawat awam dilarang menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke Internet kerana ia melanggar Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di agensi-agensi kerajaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Jangan sesekali gunakan peralatan komputer di pejabat dan juga kenudahan internet di jabatan masing-masing untuk kepentingan persendirian.

2. Antara larangan yang telah dikeluarkan ialah :

i. Menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar lagu atau teks yang bercorak penentangan.

ii. Penjawat awam juga dilarang menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam secara dalam talian seperti newsgroup dan bulletin board, menggunakan kemudahan “chatting” melalui internet,

iii. Menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan peribadi dan menjalankan aktiviti komersil dan politik.

iv . Juga dengan lain perkataan : jika tiada harta sendiri, jangan le jadi bloggers dengan menulis blog dan posting di pejabat. Haram. Juga salah guna masa pejabat. Masa kerja , menulis blog dan tak buat kerja , maknanya makan duit haram le. Duit haram ini bukan nanti makan rasuah aje.

3. Jadi kalau nak jadi bloggers tu, cari le duit sendiri, beli komputer sendiri, dan beli broadband sendiri atau ke Siber cafe. Kalau tak mampu, baik lupakan nak jadi bloggers. Kalau jadi bloggers guna kemudahan jabatan, maka bloggers haram le kita.

4. Kepada semua bloggers, termasuk diri saya sendiri, sentiasa beringat akan peraturan tersebut. Jadilah bloggers yang standard. Tak mampu......................fikir le sendiri.

5. Mungkin yang dok nak berdemo esok di parlimen untuk pemansuhan ISA tu jenis yang tak ada kemudahan untuk jadi bloggers. Tidak pun tak reti nak buka blog. Itu yang bertempik terlolong berdemo dan menyusahkan orang.

6. Hari-hari lepas sembahyang ( yang islam le ) semuanya pohon pada Allah curahkan rahmat. Tetapi Allah dah anugerahkan rahmat dengan lahirnya komputer dan internet. Tapi tak nak guna. Yang tak pandai komputer tak nak belajar. Itu yang dok nak berdemo aje. Dengan internet apa bantahan, caci maki, keluhan, pandangan, dan sebagainyalah boleh disampaikan pada kerajaan tanpa keluar satu titik peluh pun.

7. Ini tidak, dok asyik pakai cara zaman batu dan kebanyakkkannya tak pakai otak sehingga menyusahkan semua orang dan negara. Jadi mereka ini dah tolak anugerah dan memberian rahmat tuhan. Jadi dengan lain perkataan , mereka ini adalah mereka yang zalim ( yang berdemo esok le maksudnya ).

8. Melencong sikit. Ambil kesempatan. Dah alang-alang tulis bab komputer. Akhirkata. untuk penunjuk perasaan esok, hargailah rahmat yang Allah dah kurniakan iaitu kurnian internet dan komputer. Tak ada nak menyusahkan orang. Kecualilah jenis yang car pasal dan tak ada otak. Kita sama-sama tengok esok.

9. Masuk neraka kita ini : minta dirahmati, dah Allah bagi rahmat dan kurnian ( kemudahan internet ) tapi ditolak , dan masih guna cara barbarian untuk menyuarakan bantahan. Nerakalah kita kerana menolak pemberian Allah. Menghina Allah kiranya.

10. Fikirlah sendiri. Guna analogi mudah. Semua atas dunia Allah jadikan untuk kita semua berfikir dan menjadi petunjuk. Jadi bukalah mata hati kita seluasnya.............

4 comments:

  1. salam bro.....

    Anwar Ibrahim harus bertaubat ....- karpal Singh.

    bloggers haram harus bertaubat...... hehehe

    ReplyDelete
  2. Salam PG,

    Sebenarnya, Garis Panduan untuk penjawat awam yang saudara sebut itu terkandung di dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003. Selain dari itu, Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 ada juga memberi panduan lanjut. Maksudnya, larangan-larangan yang DS Najib sebut itu telah wujud selama 6 tahun. Jadi agak hairan mengapa masih ada lagi penjawat awam melanggar larangan-larangan tersebut, sehingga diberi teguran oleh PM sendiri? Mungkin ada sesuatu yang serius.....?

    Tentang komputer dan internet, saya setuju ia adalah anugerah Allah kepada manusia. Soalannya, mengapa manusia (khususnya orang Melayu kita) tidak menggunakan komputer/internet untuk kebaikan dan manfaat bersama? Kita perhatikan komputer/internet banyak digunakan untuk tujuan hiburan, game, bahan-bahan lucah, caci-mencaci dalam blog, dll. Tidakkah kita tahu bahawa internet itu adalah satu perpustakaan raksaksa (mammoth library), dari mana kita boleh menimba ilmu dalam apa juga subjek? Guna saja Google untuk mencari topik yang ingin kita cari, pasti kita akan dapat jawapannya atau sebahagian besar jawapannya. Allah menganugerahkan komputer/internet kepada kita untuk mencari dan mendalami ILMU, bukan perkara-perkara yang tidak sihat. Berapa banyak orang-orang Melayu kita menggunakannya untuk mencari ilmu? Mungkin ada kajian tentang perkara ini, mungkin tidak. Saya masih tercari-cari.

    ReplyDelete
  3. Orang goverment sendiri ramai yang sokong pembangkang...diaorang tu jenis yang tak tau bersyukur...layan chat & hentam goverment dlm blog...

    Baguslah Najib tegur...kakitangan goverment ramai yang dah banyak lemak,loan senang dapat,elaun sana sini...tapi kerja hampeh...

    aku tau la..aku bergaul dgn diaorang ni...

    ReplyDelete
  4. PEJABAT SEKOLAH AKU DAH JADI MCM CYBER CAFE...SBB PUAK LARAK DEPA NI OPRG TEMPATAN,CIKGU2 DIKUTIP JD CIKGU YG BANTUAN JENIS KEPALA BANA,HAMPAS..SDH2 JD APA2 AQ YG KNE...X SLMT LH KORANG SMPI aKHIRAT NAYAKN AQ...HUHU...CPTLH BERAMBUS DR TPT CNI...

    ReplyDelete