Sunday, 21 June 2009

KES SITI HAJAR : INDONESIA CADANG BEKU HANTAR PEMBANTU RUMAH !


Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 18 Jun - Seorang pekerja sambilan di agensi pekerjaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada amah warga Indonesia, Siti Hajar Sadli dengan menggunakan air panas, tukul besi dan gunting. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Kes penderaan pembantu rumah Indonesia , Siti Hajar telah mendapat liputan meluas di Indonesia. Ianya sehingga mengundang berbagai reaksi dari rakyat dan pemimpin Indonesia dan Presidennya.

2. Reaksi yang penuh emosi sehingga berlaku tunjuk perasaan di hadapan kedutaan Malaysia di Indonesia.

3. Isu ini akhirnya membawa kepada cadangan dari menteri Indonesia yang bercadang membekukan penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia. Persoalannya, boleh ke perkara ini dibekukan, adakah rakyat Indonesia yang memerlukan dan terlibat dalam bidang ini akan bersetuju, dan adakah kes penderaan ini satu fenomena atau kes terpencil dan adakah Malaysia memerlukan sangat pembantu rumah Indonesia , apakah pilihan lain kepada Malaysia jika Indonesia benar-benar membekukannya.

4. Bolehkah Inddonesia membekukannya? Sukar. Cadangan dan ugutan Indonesia ini hanya gertakan kecil sahaja. Mereka tidaak akan mampu lakukan pembekuan. Ia akan mengundang bantahan dari rakyatnya sendiri. Kes penderaan ini adalah kes terpencil. Kes sebegini terjadi di mana-mana pun yang melibatkan semua pembantu rumah tidak kira dari negara mana dan berlaku dipelbagai negara termasuk di barat contohnya di Peranchis Melibatkan ibu Manohara yang mendera pembantu rumah mereka yang juga bangsa Indonesia di Peranchis ).

5. Berbanding dengan sejumlah kecil kes penderaan, keperluan rakyat Indonesia untuk mendapatkan sesuap nasi dari bidang ini adalah lebih utama jika dipandang dari kesukaran mereka hidup di negara sendiri yang penuh dengan rasuah dan kepincangan dari segala sudut. Kelantangan Indonesia dalam membicarakan isu ini lebih kepada helah untuk menutup kelemahan sendiri dalam menjaga kebajikan rakyatnya.

6. Tidak perlu memandang jauh ! Kes bantuan mangsa tsunami pun digelapkan oleh pemimpin mereka disegenap peringkat sehingga negar penyumbang membina sendiri rumah-rumah mangsa tsunami di Aceh ( termasuk Malaysia ). Ini kerana negara penyumbang melihat jika diberi bantuan melalui kerajaan maka bantuan tersebut akan lesap dan tidak sampai kepada kumpulan sasaran.

7. Rakyat Indonesia yang terbanyak masih memerlukan bumi Malaysia dalam segala bidang untuk sesuap nasi mereka. Kejadian ini kepada rakyat miskin di sana masih memandang tinggi kepada Malaysia. Kes terpencil begini tidaak diambil hirau oleeh mereka. Ini kerana risiko berada di negara sendiri adalah lebih besar untuk mendapatkan sesuap nasi berbanding dengan berada di Malaysia. Kes di atas tidak menghalang mereka untuk datang ke Malaysia dan ia bukan isu utama.

8. Kritikan dan juga bantahan serta kecaman terhadap Malaysia hanya lahir dari bangsa INdoneis yang sudaah senang lenang dan dari keluarga berada yang mana mereka sendiri tidaak pernah membantu bangsa mereka di Indonesia. Bangsa Indonesia yang diperlakukan seperti hamba lebih ramai di Indonesia berbandingkan satu ke 2 kes dalam setahun berlaku di Malaysia.

9. Jika benar berlaku pembekuan penghantaran pembantu rumah ini oleh pihak Indonesia, Malaysia tidak mempunyai Masalah besar dalam mendapatkan pilihn lain. Pembantu rumah Filipinaa yang lebih profesional mudah diperolehi dan juga dari negara kemboja jika kita mahu. Keperluaan pembantu rumah jika dipandang sepintas lalu di Malaysia lebih diperlukan oleh rakyat Malaysia keturunan Cina. Jadi Malaysia tidak begitu sukar jika pembekuan ini menjadi kenyataan.

10. Walau bagaimana pun, pada pendapat PG, ini hanyalah eksploitasi dan hipokrasi pihak Indonesia yang sedang sibuk dengan pemilihan Presiden. Masing-masing ingin menjadi juara dalam berbagai isu dan mengalihkan perhatian rakyatnya tentang isu-isu dalam negara dan keadaan rasuah yang berleluasa di segenap peringkat di Indonesia. Dari isu Ambalat, Manohara dan juga Siti Hajar adalah strategi lama Indonesia dan pemimpinnya terhadap Malaysia.

11. Malaysia pada pandangan PG, jangan melayan kerenah Indonesia ini. Kita hanya perlu hantar pulang semua pendatang haram mereka di Malaysia yang berjuta orang. Kita lihat , mampu atau tidak mereka menerima bangsa mereka sendiri. Seperti biasa , negara yang angkuh ini ( tidak sedar diri ) ini akan merayu dengan alasan serumpun , seagama agar tindakan menangkap dan menghantar pulang pendatang haram indonesia ini ditangguhkan sementara.

12. Tak percaya, cuba. Bila Malaysia umum untu operasi ops nyah maka berbondonglah pak menteri dan dutanya berjumpa pemimpin Malaysia untuk penangguhan ops nyah. Alasan tak ada lain. Serumpun, seagama, sebangsa dan sebudaya. Lembik tengkok mereka.

13. Kepada Malaysia, jangan melayan lagi kerenah negara dan bangsa yang tidak sedar diri ini. Kita tetap kita. Fikir hal negara dan rakyat kita yang utama. Isu-isu terpencil seperti di atas tidak perlu menjadi keutamaan kepada negara.

No comments:

Post a Comment