Sunday, 28 June 2009

KETUA PEMUDA PAS KATA UTUSAN PERLU MINTA MAAF PADA TGNA !


Harakah

Penulis rencana Utusan didesak mohon maaf pada Nik Aziz
Nyza Ayob Sun Jun 28, 09 7:41:57 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan mendesak penulis, Zaini Hassan memohon maaf kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menganggap Menteri Besar Kelantan itu seorang pengamal 'political animal'.

Beliau menyifatkan istilah 'political animal' yang digunakan oleh penulis tersebut dalam ruangan rencana Utusan Malaysia adalah berniat jahat untuk merendahkan kewibawaan Nik Aziz. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Ketua Pemuda PAS ini sedang mimpi kot. Siapa yang perlu minta maaf pada siapa. Siapa yang mengatakan kepada siapa dahulu. TGNA yang mengatakan dan menyamakan UMNO sebagai parti kominis, ajaran sesat Ayah Pin , firaun, parti kafir lah pada 2 ke 3 hari lepas . Jadi siapa yang perlu minta maaf pada siapa.

2. Atau oleh kerana ia bertaraf Tok Guru, beliau dibolehkan memaki hamun dan mengatakan yang tak baik kepada orang lain. Tetapi orang islam lain tidak boleh mengatakan yang serupa kepada Tok Guru? Ilmu mana yang dipelajari oleh Nasaruddin ni. Adakah beliau masih mimpi atau masih buta dan tidak mendengar / pekak atas apa yang berlaku.

3. Siapa yang terdahulu memaki hamun dan mengatakan yang buruk? Tok-Tok Guru dalam PAS yang memulakan dahulu. Bukan baru-baru ini sahaja. Sejak dahulu lagi. UMNO Kafir, pemimpin UMNO jahiliaah, Mahafiraun, Abu Jahal dan sebagainya. Semua perkataan buruk yang PG dengar sejak dulu , memang dilemparkan dituturkan oleh mulut-mulut munafik/ dan muluk busuk mereka yang berkopiah dan mengaku berpengetahuan agama.

4. Kepada Nasaruddin, lihatlah ke belakang kisah dan isu ini. jangan terlebih sangat berpolitik. Sesekali beristifgahfar lah. Masuk neraka kita jika terus berbohong dan memutarbelitkan isu. Tim Perdana Menteri pun dah kata semalam, TGNA sepatutnya minta maaf dengan Allah.....

5. Bertaubatlah. Adakala kita ni, lupakan politik sekejap. Barulah otak kita akan stabil sedikit. Kalau lebih sangat berpolitik yang halal jadi haram dan yang haram jadi halal.

No comments:

Post a Comment