Saturday, 6 June 2009

MELAYU RACIST ? TUN SAMBHANTAN BERTANYA LEE KUAN YEW !


Dipetik dari blog : KudaKepang ( Dato Ruhanie Ahmad ) atas tajuk : Selamat datang Lee Kuan Yew. Selamat berjuang Samy Vellu

Berita Harian 25 Jun 1965 seperti berikut:

KUALA LUMPUR, 24 JUN 1965 – Menteri Kerjayara, Pos dan Telekom, Datuk V.T Sambanthan, hari ini telah bertanyakan Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura, di negeri mana di dalam dunia ini bangsa-bangsa yang mendatang diterima baik menjadi warganegaranya beramai-ramai.

Beliau menegaskan bahawa hanya negara ini sahaja di dalam dunia ini telah memberi segala kemudahan kepada semua bangsa yang mendatang di sini menjadi warganegaranya.Datuk Sambanthan berkata demikian di dalam Dewan Rakyat tadi ketika dewan mendebatkan titah ucapan Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong.

Di dalam ucapannya selama 45 minit, Datuk Sambanthan telah mengkecam hebat sikap Lee Kuan Yew yang memainkan peranan perkauman di sini untuk kepentingan diri sendiri.Beliau menuduh Lee Kuan Yew cuba memainkan politik perkauman dengan mengatakan Kerajaan Melayu Pusat cuba menguasai Kerajaan Negeri.Datuk Sambanthan telah bertanyakan Lee Kuan Yew di mana letaknya logik tuduhannya itu.Katanya:

“Jikalau sungguhlah dakwaan Lee Kuan Yew itu, memang bodohlah pemimpin-pemimpin Melayu di sini dalam tahun 1957 dahulu memberi segala kemudahan kepada bangsa-bangsa asing di sini menjadi warganegara di sini.“Jika benar laungan-laungan Lee Kuan Yew itu bahawa Kerajaan Melayu Pusat hendak mengusai bangsa-bangsa lain, mengapa mereka membenarkan bangsa-bangsa asing itu dengan senang saja menjadi warganegara di sini”.

“Ini amat bodoh sekali kerana adanya lebih ramai bangsa-bangsa asing (khususnya Cina dan India) menjadi rakyat di sini, tentu sukar bagi orang-orang Melayu di sini hendak menguasai bangsa-bangsa lain itu.

“Jika benar mereka hendak menguasai bangsa-bangsa asing di sini, mereka denga mudah sahaja berbuat demikian dalam tahun 1957 dahulu dengan tidak memberi kemudahan untuk bangsa-bangsa asing menjadi warganegara.Beliau menerangkan bahawa sungguhpun orang-orang Melayu telah bermurah hati menerima baik bangsa-bangsa asing, tetapi sekarang ini mereka itulah (Melayu) golongan bangsa yang termiskin sekali.

Datuk Sambanthan bertanya:

“Siapa yang memiliki bandar-bandar dan gudang-gudang serta ladang-ladang di sini. Adakah gudang-gudang dan ladang-ladang ini dimiliki oleh orang-orang Melayu?”

(Berita Harian: 25.6. 19650).

Kuda Kepang : Hansard yang menjadi asas kepada kenyataan Sambanthan di atas pastinya masih tersimpan di pusat data Parlimen Malaysia. Kenyataan tersebut amat relevan kepada Samy Vellu, DAP dan kita semua, khususnya orang Melayu yang asyik dituduh sebagai perkauman, walaupun dalam menyatakan kebenaran mengenai sejarah etnisiti di tanah air ini. Fikir-fikikanlah!

Penghuni Gua : Samy minta kerajaan tuduh Awang Selamat di bawah Akta Hasutan. Pemuda MIC buat lapuran polis terhadap Presiden Perkasa : Datuk Ibrahim Ali kerana di katakan racist. PG nak tanya aje, pembelaan MIC tehadap Hindraf bukan racist ke.

2. Semua penjenayah yang memukul pegawai kanan polis semasa hindraf berdemo di KL di bebaskan atas desakan Samy Vellu, itu tak rasis ke ?

3. Tim Menteri MIC yang menyertai perhimpunan haram menyokong pengganas LTTE bukan perkauman ke dan tak boleh dituduh ? Pemimpin racist Hindraf yang di tahan ISA tak berhenti MIC dan Samy Vellu minta kerajaan bebaskan? Ini bukan perkauman? Siapa perkauman? Awang Selamat atau MIC / Samy Vellu ?

4. Yang betul penjenayah , minta dibebaskan. Penulis pejuang rakyat seperti Awang Selamat minta dituduh dibawah akta hasutan. Apa ini Mr Samy. Nak dapat sokongan masyarakat India carilah cara lain. Jangan guna politik murahan begini. Low Class.

5. Sebab itu PG siarkan berita tentang ucapan Tun Sambhantan di parlimen pada 25 jun 1965. Mungkin Mr Samy dan MIC serta parti perkauman yang lain sedar apa yang orang melayu korbankan untuk negara ini. Bukan mengungkit. Tapi mengingatkan. ini sejarah. Ada tertulis.

1 comment:

  1. Ya, aku fikir inilah sebabnya mereka begitu meluat dengan Akhbar Utusan Melaysia dan sebagainya..

    Pohon korek dan keluarkan bahan2 sejarah seperti ini supaya generasi muda dapat rasa apakah perasaan toknekmakbapa mereka sewaktu diberi kerakyatan denga percuma..

    Make it a daily publication to remind semua!!

    Bota

    ReplyDelete