Wednesday, 17 June 2009

NAK KELUAR , TAK KELUAR, KELUAR : MELUAT !


Malaysiakini

Syarat Hashim Suboh sertai pembangkang...
Muda Mohd Noor Jun 17, 09 1:09pm

Bekas ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, beliau akan hanya menyertai pembangkang jika optimis mereka dapat membentuk kerajaan baru di negeri itu.Katanya, beliau tidak mahu menyertai pembangkang sekadar mahu menjadi pengkritik kerajaan sedia ada sekarang. "Ketika ini saya masih melihat gelombang tidak puas hati terhadap Umno negeri yang berlaku di peringkat akar umbi. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Menyampah dan meluat PG membaca berita di atas. Dah lama cakap nak keluar. Tak keluar-keluar juga.


2. Ada juga jenis orang macam ni. Jenis hipokrit dan tak ikhlas dalam perjuangan untuk bangsa dan negara. Alasan nak tengok dulu, nak lihat gelombang, nak lihat itu ini, akan sertai pembangkang jika pasti pembangkang dapat perintah Perlis dan sebagainya.

3. Jadi kita semua boleh bayangkanlah orang macam ni. Jenis yang suka mengambil kesempatan. Jika untung dia, mapus pilah orang lain. Janji dia hidup sudah.

4. Kepada UMNO , keluarkan aje , orang jenis begini. Ada pun bukan boleh bawa untung. Jadi liabiliti kepada parti dan negara adalah. Tanyalah semua bloggers, meluat dan menyampah. Jenis muka tak malu. Dah kalah tu, udah lah. Dah sampai masa kena belayar pergi. Redhalah pada kada dan kadar Allah.

5. Eh eh eh eh.... ada juga manusia jenis ni lagi sekarang. tak malu sungguh. Mungkin Datuk Hashim ni masih mimpi kot. Dia tak sedar apa dia cakap. Mungkin darah tinggi sedang naik lebih dari 140 - 80 kot. Mungkin naik 200/ 180.

6. Kah, kah, kah, kah......................labu-labu..............

1 comment:

  1. Kalau tak silap kawan, mamat ni pengerusi Pergerakan Belia 4B Perlis. Frust sangat ke Ali Rustam kalah? Atau tak ada tempat kat Perlis lagi? Negeri sekangkang kera pun nak bergaduh tak sudah-sudah......

    ReplyDelete