Monday, 8 June 2009

PR PULAU PINANG TAWAR EXCO PADA ARIF SHAH : BUKAN RASUAH ?


Berita Harian
8 mei 2009

Arif Shah tolak tawaran Exco Pakatan Rakyat

BUTTERWORTH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah terus dipikat kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk menyertai mereka, terbaru menawarkan jawatan Exco. Arif Shah yang mengesahkan menerima surat tawaran rasmi kerajaan negeri bagi dilantik Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Masyarakat Penyayang, minggu lalu, menyatakan tidak berminat dan tidak mengendahkannya. Beliau juga sudah memaklumkan penerimaan tawaran itu kepada Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang dan dinasihati memberi tumpuan terhadap tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat Barisan Nasional. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Melihat dan membaca berita di atas, PG ingin bertanya SPRM! Bukan rasuah ke tawaran sebegini. Jika tawaran tersebut diberikan setelah Arif Shah menyertai dahulu PR boleh diterima dan bukan rasuah. Jika di tawar jawatan tersebut sebelum Arif Shah menyertai PR / PKR maka ia adalah rasuah.

2. Kepada SPRM jalankan siasatan segera dan ini kes mudah kerana ia dibuat secara bertulis oleh kerajaan PR Pulau Pinang.

3. Parti yang bersih ini rupanya perasuah juga dan mengamalkan juga budaya lompat parti. Kalau ADUN PR lompat pada BN tak sah. ADUN BN lompat ke PR sah dan demokrasi. Demokrasi subur. Inilah politik DSAI.

4. Apa macam PAS. Tak ada komen ke. Tak mahu ke buat usul tergempar untuk mendesak agar satu suruhanjaya siasatan DiRaja menyiasat perkara ini ke? Semalam pandai sangat buat usul bagi ditubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk siasat kerajaan Perak yang dikatakan merampas kuasa. Ini bukan cuba merampas ke?

5. Ada ke hadith menghalalkan tindakan PR Pulau Pinang ini wahai PAS?

6. Fikirkalah sendiri hipokrasi gabungan PR ini.

7. Kepada Dato Arif Shah, buat lapuran polis segera atas tawaran rasuah ini . Jangan bercakap sahaja. Atau ada pihak lain yang buat repot. Atau jika tidak benar maka PR sendiri buat lapuran polis. Lihat siapa yang kena.

No comments:

Post a Comment