Friday, 12 June 2009

PUNGUTAN SUARA YB ONG TEE KEAT : MENGAPA DIPADAM ?


Utusan Malaysia

Pungutan suara bertajuk “Adakah Perlu MCA Keluar BN?” dikeluarkan dari blog Ong Tee Keat
12/06/2009 5:37pm

KUALA LUMPUR 12 Jun — Satu pungutan suara bertajuk “Adakah Perlu MCA Keluar BN?” dalam laman blog Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dalam versi Inggeris telah dikeluarkan hari ini bersama-sama dengan pungutan suara yang lain.

Respons pertama kepada pungutan suara “Adakah Perlu MCA Keluar BN"

dikemukakan pada 27 Ogos tahun lepas sewaktu Ong masih belum menjadi presiden parti itu. Setakat semalam, pungutan suara itu berjalan sperti biasa.

Akhbar harian berbahasa China, Nanyang Siang Pau hari ini melaporkan bahawa 76 peratus daripada responden dalam pungutan suara itu bersetuju bahawa MCA perlu keluar dari Barisan Nasional.

Bagaimanapun, bahagian pungutan suara itu telahpun dibersihkan pagi ini dan tiada soal selidik yang ditinggalkan di dalamnya. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Mengapa dibuang dan dibersihkan dari blog anda ? Mengapa Dato Ong Tee Keat? Nak uji pasaran? Atau anda dayus dan cuba menggugut BN / UMNO ? Atau Bla, bla, bla bla bla bla bla bla bla bla...................Mengapa dulu dibuat pungutan suara sekarang buangkannya dari blog anda? Kalau nak buang atau bersihkan mengapa tidak dari dulu?


2. Atau adakah YB Ong cuba menikam curi / menikam dari belakang secara lembut kepada BN.

3. Banyak persoalan yang bermain difikran PG mengapa pungutan suara itu dibuat dan kemudian dipadamkan. Adalah amat dangkal cara berpolitik dan juga kalau dilihat dari segi bersahabat . Cara pengutan suara itu dibuat dan kemudian dipadamkan menampakkan ketidak jujuran pemimpin utama MCA ini.


4. Kerap kali kita menyaksikan sifat keanakkan beliau dalam berpolitik. Baik semasa ia berpolitik dalam hal dalaman MCA atau dengan BN / UMNO.


5. Cadangan, cara bercakap, cara berfikir dan cara menangani satu isu dan krisis amat kebudakan / keanakan dan menunjukkan betapa mentahnya pemikiran beliau dan tak sepadan dengan tarafnya sebagai Preseden MCA dan merupakan parti paling kanan dalam BN ( MCA pun semasa zaman Tun Mahathir pernah diberi kepercayaan menjadi PM Malaysia oleh Tun Mahathir selama bebarapa jam bagi menyelesaikan krisis berkaitan dengan pengharaman UMNO satu ketika dahulu . Tun amat menghormati dan amat percaya sekali , bahawa Tun Ling Liong Sik yang pada masa itu Presiden MCA tidak akan belot dan akhirnya Ling Liong Sik menyerahkan semula jawatan PM kepada Tun Mahathir setelah pendaftaran UMNO ( Baru ) di daftarkan. Sehingga kini , inilah jasa besar yang Tun M serta semua orang UMNO amat menghormati dan amat menyanjung presiden -presiden MCA sebelum itu. ) .


5. Kecuali semasa presiden sekarang, nak memandang presiden ini pun kita semua naik menyampah apa lagi nak dengar ucapannya.


6. Dengan pungutan suara ini menampakkan MCA / Presidenya ini cuba memancing dan merancang strategi atau melihat untung atau rugi berada dala BN. Presiden ini cuba melihat sokongan terhadap MCA jika keluaar dari BN. Dan berbagai andaian boleh dibuat.


7. Apabila kecoh mengenai hal ini dalam masa 1 hari , pungutan suara ini dipadamkan dengan keputusan 76 % menyokong MCA berada diluar BN.


8. Mungkin juga Ong pada awalnya juga , akan membawa dapatan pungutan suara ini bagi menuntut perkara tertentu dari UMNO. ( dengan lain perkataan menggugut secara terhormat ).

align="justify">
9. Kepada YB Ong : Jika anda merasakan BN sudah tidak sesuai lagi menjadi rakan kongsi utama, maka istiharkan secara terbuka . Jangan berlindung dengan blog dan pungutan suara di dalamnya. Istiharkan dari sekarang. Jangan jadi duri dalam daging dalam BN. Kita lihat ramaikah pemimpin MCA lain yang akan bersamannya.


10. Contoh terbaru dah ada minggu lepas. Kayveas / PPP yang asyik menggugut BN selepas PRU ke 12, akhirnya menjilat balik muntahnya dengan melafazkan taat setianya kepada PM dan BN.


11. Jika anda masih ingin menjadi rakan kongsi dalam BN, berhemahlah dan matangkan diri anda seperti ( kalau tak lebihpun biarlah sama ) presiden-presiden MCA yang terdahulu. Mereka ini amat disenangi oleh orang melayu dan semua bangsa. Tutur katanya baik dan berpesonaliti. Presiden -presiden MCA terdahulu , kami semua rasakan mereka juga adalah pemimpin kami orang melayu juga. Tidak seperti sekarang, perasaan itu amat jauh dan boleh dikatakan tak ada perasaan tersebut langsung di dalam hati kami.


12. Jadilah seperti pemimpin MCA terdahulu. Berpesonaliti, jujur, diplomasi, ikhlas dalam percakapan, bijak dan amat disengani oleh semua.


13. Berhentilah dari sifat keanakkan anda tersebut. Memalukan. Kalau dah banyak idea sangat , cuba buat pungutan suara bagaimana caranya MCA boleh menjadi parti yang akan disenangi oleh orang cina di Malaysia. Dari situ anda boleh bertindak untuk meranagka pelan Strategi MCA bagi membawa MCA kepangkuan orang Cina seperti semasa kepimpinan MCA terdahulu.


14. Fikirkanlah YB Ong: sebelum terlambat. .................................

1 comment:

  1. Webmaster dia tertidur nyenyak kot...

    Kan bulan terdekat ni, YB Ong telah bantu UMNO tarik cable kat China, buat persediaan untuk DS Najib berbincang dengan pemimpin China.

    Aku rasa YB Ong ini sudah menunjukkan kelakuannya yang MCA masih close friend dengan UMNO. Kalu tidak, masakan dia buat kerja kuat-kuat tarik semua kable bagi DS Najib berbincang ekonomi di China.

    Kerana kejayaan DS Najib pulang ke Malaysia dengan bantuan ekonomi dari China, aku maafkan webmaster bodoh YB Ong.

    ReplyDelete