Sunday, 14 June 2009

PUNGUTAN SUARA PRESIDEN MCA : AWANG SELAMAT KATA KELUAR !


Mingguan Malaysia
14 jun 2009

Satu pungutan suara bertajuk "Adakah Perlu MCA Keluar BN ?" dalam laman blog Presiden MCA, Ong Tee Keat dalam versi Inggeris telah mencetuskan bantahan beberapa pihak termasuk UMNO.

Awang turut tertanya mengapa perlunya pungutan pendapat itu dalam laman blog pemimpin parti komponen dalam BN. Topik itu telah dimuatkan sejak tahun lepas dan dibiarkan lama biarpun ketika Tee Keat sudah menjadi Presiden MCA.

Bagaimanapun pungutan suara itu dikeluarkan daripada laman blog tersebut kelmarin. Berdasarkan laporan akhbar, 76 peratus daripada responden dalam pungutan suara itu bersetuju bahawa MCA perlu keluar daripada BN.

Persoalan mengapa pungutan suara dengan tajuk yang sedemikian dibuat dan dibenarkan dalam laman blog Presiden MCA?

Bayangkan jika Pergerakan Pemuda UMNO dalam blognya menyiarkan bancian bertajuk "Setujukah anda bahawa MCA gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya umum lalu dan wajar dicerminkan dalam pembentukan kabinet?"

Sudah pasti MCA akan melompat dan menjadikannya isu besar. Pada Awang dan ramai lagi, pungutan suara itu adalah sebahagian daripada muslihat MCA mahu menekan UMNO. Strategi sedemikian tidak akan berkesan kerana prestasi MCA merudum teruk dan gagal mengatasi pengaruh DAP yang begitu agresif. Kalau masyarakat Cina sudah menolak MCA, untuk apa lagi memberi muka kepada parti itu?

Malah jika MCA mahu meninggalkan BN, tiada apa yang perlu dibimbangkan. Dengan adanya MCA sekalipun, BN belum tentu dapat memenangi hati masyarakat Cina (termasuk pada pilihan raya umum depan). Sebaliknya UMNO akan sentiasa diasak untuk banyak mengalah kononnya atas nama perubahan.

UMNO mesti bersedia daripada sekarang menghadapi sebarang kemungkinan daripada percaturan politik parti komponen tertentu. Jika ada parti yang mahu keluar, usah ditahan. Biarkan sahaja.

Mungkin UMNO perlu merangka model politik baru dan mencari mekanisme terbaik mendekati hati bukan Melayu tanpa melalui parti komponen. Jika kaedah itu tidak banyak membantu di peringkat awal, tidak mengapa. Yang penting, UMNO tidak seharusnya lagi bermurah hati semata-mata mahu menjayakan perkongsian kuasa sedangkan ada parti komponen yang sentiasa mengenakan tekanan. Mereka sahaja yang mahu menang dan bersikap keterlaluan. Maka untuk apa lagi perkongsian kuasa yang sebenarnya lebih menguntungkan pihak lain?

Penghuni Gua : PG setuju 100 % pandangan Awang Selamat tersebut. Yang baiknya Presiden MCA INI KELUAR DULU. Yang lain tu mungkin ok juga. PG dah meluat sangat dengan MCA juga Gerakan dan PPP. Boleh jalan. Tengok. Sejauh mana mereka boleh pergi. Ingat 67 % undi PRU 12 orang melayu adalah mengundi BN.

2. Kepada PM/ Pengerusi BN, minta penjelasan dari MCA dan dan arahkan Presidennya beri penjelasan dan meminta maaf pada semua orang Melayu dan UMNO. Jangan beri muka lagi kepada pemimpin seperti ini. Mereka ini jenis pemimpin yang hipokrit. Tidak seperti presiden-presiden MCA sebelum ini. Presiden ini hanya tahu gaduh, tak tahu cara nak selesai termasuk pergaduhan dalam parti sendiri, tahu ugut, dan hanya tahu memperli dan memperlekehkan orang.
3. Idea sendiri bagaimana nak bantu MCA menarik pengundi Cina menyokong BN tiada. Idea nak kuatkan kerajaan dan meningkatkan ekonomi kerajaan tak ada. Jenid yang senyum sinis aje tiap kali bercakap. Tapi nak tunjuk dan buat-buat bijak. Kepala kosong. Hanya memalukan orang cina aje.

4. Arahkan Mr Ong inj minta maaf. Jangan beri muka lagi.

5 comments:

  1. Tindakan Ong mmg melampau!!! Lebih2 lagi beliau ketua parti!!! apa teladan beliau utk pngikutnya! Melayu, bersatulah!

    ReplyDelete
  2. Nak keluar boleh. tetapi perjanjian antar Melayu, Cina dan India sewaktu pra kemerdekaan perlu ditarik balik. Mereka akan hilang hak dalam banyak hal. setujukan mereka?

    ReplyDelete
  3. Najib kata: "MCA tidak akan keluar walaupun bancian mengatakan majoriti menyarankan MCA keluar BN"

    Tun Razak kata: " Kerusi kabinet akan ditarik sekiranya MCA tidak menunjukkan prestasi dalam pilihanraya"

    Satu keturunan, personaliti berbeza.
    Ayahnya lebih berani dari Najib. Kuah tidak tumpah ke nasi..

    ReplyDelete
  4. Salam PG

    Belacak dah highlight benda nih dalam posting bulan april lepas. Setuju dengan tuan. Kita sedia carpet merah dan perarakan turun panji-panji untuk MCA. MIC dan GERAKAN keluar dari BN!

    ReplyDelete
  5. Salam bro.

    MCA keluor BN atau ganti pemimpin MCA? Atau MCA dah ketandusan pemimpin nak dipilih? hehehe

    ReplyDelete