Wednesday, 10 June 2009

SODOMI SAIFUL : DSAI MULAKAN LANGKAH PERTAMA .....


Berita Harian
10 jun 2009

Anwar mahu mahkamah perintah pendakwa raya bekalkan dokumen

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memohon Mahkamah Tinggi supaya memerintahkan pihak pendakwa raya untuk membekalkan kepadanya semua dokumen berkaitan kes liwatnya secepat mungkin.

Anwar dalam notis usul yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah mahu pendakwa raya membekalkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan kes liwatnya yang akan bermula dari 1 Julai hingga 24 Julai depan.

Antara dokumen yang diminta Anwar ialah pita rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, kenyataan saksi termasuk pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kenyataan polis dan beberapa dokumen lain. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : DSAI buat hal lagi. Macam ada niat nak menangguhkan bicara aje. Semua perkara yang diminta tu senang aje. Dikemudiankan pun tak apa. Atau semasa perbicaraan berlangsung.

2. Peringkat permulaan perbicaraan perlu dijalankan dahulu. Perkara-perkara teknikal dikemudiankan. Permulaan perbicaraan tidak memerlukan perkara yang diminta . Ia hanya melibatkan Pendakwa raya membentangkan kes dan memberikan pendahuluan serta gambaran sepeintas lalu tentang kes berkenaan. Disamping itu saksi-saksi serta jumlah yang akan dipanggil.

3. Jangan sebelum bicara dah nak ditangguh. DSAI juga hari ini meminta mahkamah mengenepikan kes ini sekiranya semua yang diminta daripada Peguam Negara itu tidak di penuhi oleh Peguam Negara. Antara lain beliau memohon mahkamah supaya melepaskan dan membebaskan beliau serta merta daripada tuduhan liwat atau prosiding kes liwatnya itu digantung selama-lamanya jika pendakwa raya tidak mematuhi perintah mahkamah supaya membekalkan dokumen-dokumen tersebut.

4. Senangnya nak bebaskan diri DSAI. Mahkamah dia kot macam tu. Bukan semudah itu anda boleh melepaskan dan melarikan diri. Ini semua adalah sebahagian permainan anda / DSAI bagi menunjukkan kepada penyokong tegarnya yang tidak memahami undang-undang, agar percaya bahawa DSAI dianiaya atas alasan Peguam Negara tidak membekalkan apa yang diminta.

5. Relaklah DSAI. Penyokong tegar anda yang buta mata hatinya boleh lah anda perbodohkan, bukan kami ni.

6. PG berani bertaruh: DSAI akan cari alasan untuk mengelakkan kehadirannya pada 1 jul 2009 ini di mahkamah. Misti dia tak akan datang. Adalah alasannya. Yang paling mudah MC dan dudk atas kerusi roda dan membalut tengkoknya pulak dengan alasan jatuh dalam bilik air..... Ha ha ha ha ha ha.

7.Lihatlah nanti.

1 comment:

  1. penghuni gua,ha,ha,ha, cukup menggelikan hati,semua orang dah bijak,drama sodomi belum ditayangkan penonton sudah tahu jalan cerita,terutama klimaknya,kah,kah,kah!kalau saya jadi Anwar hei malu,malu.....nak tunjuk muka depan public!!

    ReplyDelete