Monday, 22 June 2009

UG : TOLAK SEBAB FITNAH DAN MAINAN UMNO KATA PR


Berita Harian

22 jun 2009


Pakatan Rakyat tolak kerajaan perpaduan

KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno/Barisan Nasional yang disifatkan suatu fitnah dan tindakan untuk menggugat kekuatan mereka. Dalam satu kenyataan media yang diedarkan di Parlimen sebentar tadi, ia menyifatkan idea itu sebagai fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak Umno untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Flip flop lagi. Bertaraf ulamak pun berbohong dan berbelit juga?

2. DSAI dan Hj Hadi kata ini fitnah dan mainan dan tohmahan jahat UMNO. Betul ke. Siapa yang gatal mulut yang mencetuskan idea UG ini? Bukankah Hj Hadi. Jadi mengapa kata ini fitnah dan tohmahan jahat UMNO.

3. Herot mulut kita Hj Hadi kalau berbohong. Dulu cakap lain. Sekarang cakap lain. Dah anda utarakan UG, UMNO sambut dan sanggup bincang. Jadi mengapa salahkan dan tuduh ini fitnah dan tohmahan jahat UMNO.

4. Jangan kita jadi munafik. Semasa beri sidang akhbar , Hj Hadi memakai serban dan berjubah lagi. Takkan bercakap menuduh UMNO pula. Ini berbohong. Berbohong ini memang sifat orang munafik. Jika DSAI yang cakap sedemikian, PG tak hairan. Memang dah perangai dia macam tu.

5. Sudah-sudahlah berdolak dalik dan berbohong. Kalau serban atas kepala, maka percakapan kita haruslah lebih cermat. Jangan nak perbodohkan kami diluar ni. UG dilontarkan semasa mukthamar Agung PAS baru-baru ini di Shah Alam. Salahkan diri sendiri. Bila gagasan anda tidak mendapat dokongan dari parti PAS sendiri, jangan pula menjadikan orang lain sebagai kambing hitam.

6. Politik-politik juga. Cakap jangan berbohong dan berulang kali menjadi munafik. Jaga nama baik orang islam apatah lagi jubah dan serban di kepala. Ini tidak , berbohong melebihi dari kami yang memakai pakaian biasa aje.

7. Cukup-cukuplah membelit dan besifat munafik. Meluat..................


8. Pertanyaan : Siapa mengetuai PR ni.Masa sidang akhbar petang tadi mengenai UG, asyik DSAI aje yang cakap. DSAI , Lim Kit Siang atau Hadiyang mengetuai PR atau lebih dominan dalam PR?. PG lihat DSAI aje seolah jadi ketua. PAS nampaknya melepas le nak jadi PM kalau impian nak tawan Putra Jaya tercapai. TPM pulak Lim Kit Siang. Hadi pula gigit serban aje le.

9. Pertanyaan kedua : Kerana Manek Urai ke , Hj Hadi ubah fikiran ? Ehemmmmmmmmmmmmmmmmmm.
10. Kepada UMNO dan BN, seperti PG sudah tulis sebelum ini, lupakan aje PAS. UMNO/BN masih kuat. Biasa aje. Apa nak takut. Tiga suku negara dunia ini memerintah dengan simple majoriti. Tolak Singapura, Kominis, kerajaan Tentera, Monarki. Yang lain semuanya simple majoriti. Jadi apa nak mendambakan sangat PAS tu.

3 comments:

  1. Assalamualaikum...Dengan nama Allah yang Maha mengetahui...Nampaknya cerita Kerajaan Perpaduan dah sampai ke penghujungnya.Ini berikutan kenyataan terbaru pemimpin-pemimpin pakatan rakyat yang menolak sebarang perbincangan berkenaan kerajaan perpaduan dengan UMNO atau BN. Apa yang peliknya ialah Hj Hadi pun turut bersetuju dengan perjanjian itu malah Hj Hadi dalam kenyataannya telah mengatakan UMNO dengan sengaja cuba membuat Fitnah Jahat! Saya begitu hairan dengan sikap ulamak sebegini. Jika kita renung dari awal lagi, idea cadangan untuk bekerjasama dalam isu kerajaan perpaduan ini datangnya dari beliau. Kenapa Hj Hadi menyatakan UMNO sengaja membuat fitnah jahat berkenaan isu ini. Kenyataan Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Muhyidin sangat terbuka dan ikhlas supaya UMNO dan PAS boleh duduk semeja untuk berbincang mengenai isu ini. Nampak gayanya penyatuan umat melayu dan umat Islam tidak dapat menjadi kenyataan.Puncanya ialah PAS yang takut dan bacul dengan rakan-rakan pakatan mereka bukan kerana faktor fitnah UMNO. PAS LEBIH SANGGUP BEKERJASAMA DENGAN RAKAN-RAKAN KAFIR DAP DARIPADA BEKERJASAMA DENGAN UMNO YANG SESAMA BANGSA DAN SEAGAMA...ALLAH MAHA BESAR...

    ReplyDelete
  2. Salam bro

    Yang paling kasihan dalam isu kerajaan perpaduan ialah Timb Presiden Nasarudin Md Isa. Mungkin taktik kerajaan perpaduan adalah taktik anuar ibrahim dan haji hadi untuk menyingkirkan nasarudin md isa dr kerusi timbalan presiden pas. sekiranya nasarudin benar2 merajuk dan keluar pas, puak erdogan berpeluang menaikan husam sebagai timbalan yg baru. jika benar taktik mencantas ini berlaku dalam pas, ia merupakan keadaan yg amat busuk sekali dalam sejarah politik negara selepas apa yg dilakukan oleh anwar terhadap arwah tun gaffar semasa di dalam umno dahulu. pemimpin sebegini harus di keji.

    ReplyDelete
  3. pemuda taman peruda dan ulat dan kulat. PG amat setuju dengan pandangan saudara tu. Mereka ini lebih redha berkawan mereka yang terang-terang menentang islam dan melayu . Juga mungkin benar seperti ulat katakan mungkin ini komplot DSAI untuk jatuhkan nasa. Padan muka dia. Nasa pun jilat ludah dan kahak dia, Nik aziz pun jilat kahak dia dan Hj hadi pun jilat dan telah kahak masing-masing. Semuanya tarik balik pendapat dan kata-kata mereka atas ahan DSAI dan Lim kit siang. Dunia dah akhir zaman, mereka lebih percayakan peliwat dan kafir dari islam dan sebangsa.

    ReplyDelete