Thursday, 2 July 2009

CONTOH KEBEBASAN AKHBAR ALA PAS !


Harakahdaily

Harakah jadi tumpuan isu buang rencana AJK PAS
author_photo("Jimadie Shah Othman")
Jimadie Shah OthmanJul 2, 0912:10pm

Akhbar rasmi PAS Harakah keluaran terbaru menjadi tumpuan ramai ekoran laporan yang menyatakan percetakannya dihentikan sementara bagi membuang artikel mengenai isu kerajaan perpaduan.Artikel tersebut tulisan ahli parlimen Kuala Selangor dan juga ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad diberikan tajuk "Gagasan Pemikiran Kerajaan Perpaduan, Mana Silapnya?". Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Inilah contoh kebebasan akhbar ala PAS. Kalau akhbar arus perdana dihentam dan dicerca kerana tiada kebebasan akhbar katanya. Bila kena batang hidung sendiri dan tidak menepati selera mereka walaupun tulisan dari pemimpin sendiri tidak disiarkan dan dibuang.

2. Ini ke , kebebasan akhbar PAS dan PR? Atau ini ke cara islam dalam memperkatakan kebebasan akhbar. Mungkin PG kurang mahir kebebasan akhbar mengikut kaedah islam PAS.

3. Minta beri penerangan sikit , kebebasan akhbar cara islam kalau boleh . Harap pemimpin dan penyokong PAS sudi menerangkan kebebasan tersebut. Tetapi mistilah cara yang dituntut oleh islam. Bukan cara pemikiran tok-tok guru dan ulamak PAS. Cara islam.

No comments:

Post a Comment