Friday, 31 July 2009

DEMO HARAM MANSUH DAN SOKONG ISA : PDRM WAJIB BERTEGAS !






Penghuni Gua : Apa pun alasan, demo ini tetap demontrasi haram. Taiada permit ikeluarkan. PDRM wajib bertegas. Hak asasi awam perlu diberi keutamaan.


2. 1.5 juta warga Kuala Lumpur akan terancam dan tergangg dari segi perniagaan, tugas, hal-hal yang berkaitan dengan nyawa pesakit yang perlu dibawa ke hospital akan terperangkap dengan kesesakan dan kerugian perniagaan dan sebagainya. Kera-kera ini memang bijak dalam memberikan alasan. Jika terjadi kejadian buruk tidak ada sekalipun mereka ini mengaku bertanggungjawab. Yang kerap disalahkan kerana provokasi polis.

3. Perhimpuanan ini adalah haram. Ia perlu disuraikan samada secara lembut dan perlu dengan kekerasan jika mereka masih berdegil. Hantar isyarat yang betul kepada semua rakyat negara ini. Jika tidak budaya demontrasi haram ini akan dianggap sesuatu yang dibolehkan oleh kerajaan.

4. Juga perhimpunan dan perarakan Pemuda Gerakan ke Istana Negara hari ini pun sepatutnya disuraikan. Siapa mereka? Jangan sesekali memberi muka kepada parti nyamuk dan parti yang kerap bertindak menikam rakan dari belakang. Parti ini kerap mencari publisiti murah. Pemimpin UMNO dan kerajaan perlu mendesak kepada Tan Sri Koh Tsu Koon agar mereka ini dikenakan tindakan tatatertib parti dan meminta maaf kepada komponen BN.

5. Mereka ini adalah musuh dalam selimut. Pertimbangan agar Parti ini perlu atau tidak , bagi terus berada dalam BN perlu difikirkan jika mereka terus menerus bertindak seperti pembangkang. Mereka ini adalah paria kepada BN dari segi tindakan mereka. Adakah tidak ada saluran dalam BN sehingga pemuda Gerakan bertindak begini ? Tak ada ke saluran kerajaan untuk Pemuda Gerakan ini menghantar memorandum mereka.

6. Apa guna presiden Gerakan sebagai Menteri? Hanya menjadi tunggul kayu yang hanya berdiam diri sehingga pemuda Gerakan tidak boleh menyalurkan pandangan mereka ini melalui presiden mereka.? Adakah presiden mereka tiada mata dan telinga atau memang tindakan pemuda hari ini adalah atas restu presiden? Presiden pun menyembunyikan tangan nya. Siapa tak kenal presiden ini? Seperti kata bekas presiden Gerakan( Lim Chong Eu ) baru-baru ini bahawa Tan Sri Koh ini adalah presiden Gerakan yang paling teruk yang pernah meminpin Gerakan sejak ia ditubuhkan.

7. PDRM perlu bertegas tanpa mengira siapa atau parti. Biar mereka kenal siapa anda.

2 comments:

  1. aku sokong ko.. apehal bodoh sgt diorg ni? menyusahkan orang.. patut tembak smpai mampus je org2 cam ni..

    ReplyDelete
  2. kepada mereka yang suka berdemo dan menyusahkan hidup warga kota...aktiviti alternatif yang boleh mereka sertai:
    1. "Big Walk" di Putra Jaya...kalau tak ambil bahagian pun beri sokongan kepada peserta yang termasuk anak-anak sekolah.
    2. Dengar ceramah TDM di UKM.
    3. Adakan gotong-royong untuk membersihkan sekitar kota bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.

    kan lebih berfaedah....dapat pahala lagi!

    ReplyDelete