Monday, 13 July 2009

HARAP ROYALTI MINYAK : TAKAT ITU JE KE KEPANDAIAN PAS !





Penghuni Gua : Aku tak tahu le kebenaran samada Kelantan layak ke tidak mendapat royalti bagi minyak yang di gali di kawasan bertindih di Teluk Siam tu. Yang PG nak bincang di sini ialah tahap kecerdikan pemimpin-pemimpin PAS ini dalam membawa masuk pelaburan daan pembangunan di Kelantan. Keratan akhbar di atas itu adalah tulisan Dato Husam mengenai royalti minyak yang dikatakan ia hak Kelantan.

2. Bab layak ke tidak tu, panjang lagi cerita. Kalau layak pun entah bila akan dapat. Jadi PG nak bincang kecerdikan mereka yang pandai bercakap tetapi tak tahu nak buat. Perbandingan nya pula tak jauh dan senang sahaja iaitu dengan kecerdikan Dato Ali Rustam dalam menguruskan negeri Melaka ini . Melaka ini hanya negeri tak ada apa. Kosong. Hanya ada sejarahnya sahaja. Itupun PAS dan PKR dan penyokong mereka telah lupakan.

3. Pemimpin PAS ni, kalau kita dengar mereka berceramah atau bercakap dalam parlimen, apa perkara mereka tak kritik kerajaan. Semua yang kerajaan buat salah semuanya. Tak ada yang betul. Contoh terbaru PPSMI. Teruskan salah, batal salah. Cuba kita tanya mereka bagaimana nak buat yang betul mengenai PPSMI. Kosong. Mereka akan cakap tentang konsep sahaja. Detail tak ada. Mereka takut nak detailkan kerana bimbang akan dipersalahkan rakyat jika kerajaan mengikuti cadangan mereka. Sebab itu mereka hanya cakap sahaja. tetapi tak ada satu kertas kerja pun dihantar kepada kerajaan bagaimana sesuatu perkara itu baik dilaksanakan.

4. Kalau ada hitam putih mereka terikat. Kalau cakap, senang dipusing. Inilah wajah PAS. Jadi bab bercakap ini, amat bijak sekali mereka ini. Semua isu , ada le modalnya. tetapi bila memerintah, berbagai slogan dibuat. Membangun bersama islam, bandaraya Islam dan berbagai islam lagilah. Tetapi perlaksanaan kosong. Nak bawa masuk dan mencari hasil pendapatan untuk negeri kosong. Mana sempat mereka fikirkan. Siang malam asyik berceramah, memfitnah dan mengumpat orang. Mereka ini semua , tak ada sekali pun buat sesi perah otak sesama mereka bagaimana nak menjana pendapatan negeri masing-masing.

5. Alih-alih, mereka akan mengemis dengan kerajaan pusat, nak itu, nak ini. Semuanya katakan mereka berhak. Putar belit berbagai isu .

6. Tak malu. Dah memaki hamun dan menghina Petronan separuh nyawa sejak Petronas ditubuhkan. Apa yang mereka tak cakap dan menghentam Petronans. Akhirnya kaki Hassan Merican pun sekarang mereka nak jilat untuk mengemis wang Petronas.

7. Jadi fikirlah sendiri bagaimana nak cari duit untuk negeri. Jangann asyik dok minta sedekah sahaja. Cakap pandai sangat. Memerintah ini bukan setakat slogan membangun besama islam, hudud dan sebaginya tetapi kena fikirkan bagaimana nak jana pendapatan bagi memberi rakyat makan dan memberi kemudahan kepada rakyat. Bukan setakat mengasah dahi jadi lebam, berserban kehulu ke hilir, berjubah tak mengira tempat dan pantang melihat padang nak solat hajat. Asyi mogok lapar, berdemo. Memerintah ini lebih dari itu.

8. PG bukan suka sangat dengan Ali Rustam ni kalau dari segi politik. Tapi PG dah lihat dari 1986, Melaka ni , hutam 80%. Nak makan kedarah pun susah. Nak ke Melaka pun susah. Tak ada apa di Melaka ni. Tapi sekarang kalau anda datang ke Melaka , bukan nak cakap besarlah, kalau nak bandingkan dengan Kelantan tu jauh langit dari bumi dalam semua perkara. KM nya pandai jana pendapatan dengan menarik pelabur luar.

9. Tanah pun senang diberi dengan premium yang cukup rendah untuk semua pihak samada jabatan kerajaan, swasata untuk dirikan pejabat dan pusat latihan atau perniagaan mereka. Sebab itu hampir semua jabatan kerajaan di Malaysia ini mendirikan pusat latihannya di Melaka. JPJ, Kastam , Imigresen, dan berbagai lagilah. Dengan terdirinya pusat0-pusat latihan di merata ceruk di Melaka, maka pembangunan di satu-satu kawasan membangun dengan sendirnya.
10. Rakyat pun boleh cari makan dalam berbagai bidang. Ada pusat animasi, berbagai IPTS dan IPTA. Jadi ini cara seorang pemimpin yang baik.

11. Jadi kepada pemimpin PAS terutama di Kelantan tu, berhenti-hentilah meminta sedekah yang belum tentu dapat. Banyak perkara yang berpotensi di Kelantan yang boleh menarik pelabur dan lain-lain pihak ke Kelantan. Ini tidak. Dok perabih ke hutam balak sahaja. Dapat duit balak, menikah orang Vietnam dan lain-lain.

12. Apalah kau orang ni.

No comments:

Post a Comment